Pages

Showing posts with label iKAn. Show all posts
Showing posts with label iKAn. Show all posts

Wednesday, 10 April 2013

Asam Pedas Ikan Pari Dengan Timun

Assalamualaikum...


Selamat pagi dan salam 1 Malaysia...bertemu lagi kita didapur maya walaupun sejak kebelakangan nie sri asyik on...off ajer...cam biskut chipsmore...sekejap ada...sekejap tak ada...kadang-kadang hilang sekejap jer...adakala tue laaaaaaammmaaaaanya hilang bersembunyi...hihihi.(^^,)*


Bukan apa...kekangan masa yang tak mengizinkan untuk sri berdating dengan dapur rosri nie...ada saja yang jealous..hurrrmmmm....tapi biarkanlah ye...hari nie jom kita dating...masak apa tue...berasap sakan sri tengok dapur kawan-kawan...sedapnya bauuuu...nanti kita tukar-tukar mangkuk boleh.






Taaraaaa....hari nie sri nak kongsikan salah satu menu kegemaran sri, asam pedas ikan pari...memang mengancamlah...tambahan pula ada ikan masin atau ikan pekasam yang jadi pelengkap...makan pula dengan nasi panas-panas...tak nampak dah sapa yang lalu...kali ni sri buat letak timun...tapi kalau dapat timun bendang lagi sedap tau...selalunya sri letak bendi.






Kalau nak beli ikan pari nie kena hati-hati ye puan-puan...sebab takut terbeli yang berbau hancing (kalau tak salah, ikan pari yang berbau hancing nie sebab baru lepas melahirkan anak)...masa nak beli tu, cium dulu bau dia...kalau bau segar, ok boleh ambil...kalau tidak nanti tak sedap asam pedas kita.






Bagi yang nak cuba asam pedas cara sri, bolehlah jenguk-jenguk kat bawah ye...jom kita layannnn(^^,)*



Bahan-bahan:-
-*600 gm ikan pari - potong ketul-ketul
-*1 biji timun - buang biji
-*4 keping asam keping
-*daun kesum / cenehom
-*garam
-*serbuk perasa

Bahan Kisar:-
-*15 biji cili kering - buang biji dan rebus
-*5 ulas bawang merah
-*2 ulas bawang putih
-*belacan
-*2 inci kunyit hidup






Cara-cara:-
-Letak ikan dan timun yang telah dibersihkan dalam periuk.
-Tuang bahan kisar, asam keping, garam, serbuk perasa dan daun kesom.
-Renehkan sehingga ikan masak dan timun lembut.






Yang nie ayam goreng sempoi-sempoi jer...main campak-campak rempah ratus...saja nak bagi kelainan rasa pada ayam goreng...bila kunyah tu rasa cam wangi je sebab campuran rempah ratus...jom tengok apa yang sri campak tue..(^^,)*


Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - potong kecil-kecil
-*1 sdt serbuk lada sulah
-*1 sdt serbuk ketumbar
-*1 sdt serbuk jintan putih
-*1 sdt serbuk jintan manis
-*1 sdt serbuk cukup rasa
-*garam
-*serbuk kunyit
-* minyak untuk menggoreng


Cara-cara:-
-Gaulkan semua bahan-bahan dengan ayam...perap 5 minit.
-Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan atau sehingga ayam masak.







SELAMAT MENCUBA (^_^)*



Wednesday, 4 July 2012

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri

Assalamualaikum...


Salam manis dan salam sayang buat semua...terima kasih pada yang sentiasa sudi menjengah dapur sri walaupun dah banyak hari tak ada menu baru yang dikongsikan...beberapa hari nie betul-betul hari yang sangat sibuk buat sri...bila keletihan, malas tue memang menguasai diri nie...jari jemari pula malas nak menaip...fikiran macam kabur je nak berfikir apa yang harus dikatakan.

Sekadar berkongsi...malam ini adalah malam Nisfu Sya'ban iaitu bermula pada hari 14 Sya'ban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib...Nisfu Sya'ban adalah akhir laporan amal manusia pada tahun lalu dan permulaan laporan amal manusia pada tahun depan...menjelang kedatangan Nisfu Sya'ban, kita sepatutnya mempersiapkan diri untuk menyambutnya...ia juga sebagai persiapan awal kedatangan tamu agung berikutnya iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak...agar sesebuah laporan elok dan baik, ia mestilah dimulakan dan diakhiri dengan sesuatu yang baik dan salah satunya adalah dengan meluahkan rasa cinta kepada Allah s.w.t...Pencipta dan Pemberi rezeki kita.

Dia yang mewujudkan kita daripada tidak ada menjadi ada...Dia yang menghidupkan kita dan kepada Nya juga kita akan kembali...ketika nyawa dikandung badan, kita masih boleh memilih untuk berbuat baik atau buruk tapi ketika ia tidak bersatu lagi dengan jasad, maka yang tinggal adalah hasil daripada yang baik atau yang buruk yakni syurga atau neraka...(jika ada yang salah harap diberitahu)






Hari nie sri nak kongsikan resepi masak lemak cili api cara sri...sedap menyengat gitu...makan dengan nasi panas mau menangis nie...mana tak nya...suka hati jer letak cili padi...jom kita layannnnn.






Bahan-bahan:-
-*6 ketul ikan tenggiri - garam kunyitkan.
-*1/2 cawan cili burung / cili kampung (sebab tengok kecil...sri letak banyak...lepas tue amik ko makan sambil menangis...tapi sodapppp)
-*1 biji cili hidup
-*6 ulas bawang merah
-*2 ulas bawang putih
-*2 inci kunyit hidup
-*2 inci halia
-*3 batang serai - dititik
-*1 cawan santan pekat
-*garam
-*serbuk perasa
-*minyak





Cara-cara:-
-Goreng ikan tenggiri tapi jangan terlalu garing...ketepikan..
-Panaskan minyak dalam 1 sdb dan goreng bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, cili burung dan cili hidup...goreng 3 minit dan angkat...kemudian kisar bahan tadi.
-Masukkan bahan kisar dan serai dalam periuk dan didihkan sebentar...kemudian masukkan garam, serbuk perasa, ikan tenggiri yang dah digoreng dan santan...kacau perlahan dan masak hingga kuah pekat.

**pastikan sentiasa kacau agar santan tak pecah minyak.





  SELAMAT MENCUBA (^_^)*


Thursday, 24 May 2012

Ikan Kukus Asam Cencaluk

Assalamualaikum...


Salam ceria dan salam manis buat semua...banyak betul kerja hari nie...sri harap semua dalam lindungan-Nya...amin...dah kenyang ek semuanya...mata cam kuyu-kuyu manja aje tue...hehehe...sama la dengan tuan punya dapur nie...rasa cam nak lentok-lentok je.






Hari nie sri nak kongsi resepi 'lunch' yang 'simple'...kalau ikutkan nak 'update' pagi tadi...tapi tak sempat lak sebab banyak kerja yang kena bereskan...lambat pun tak apa lah ye...tuan dapur tak cukup tangan hari nie.. (^^,)*...resepi dari mak sri...jom tengok bahan apa la yang ada kan.






Bahan-bahan:-
-*10 ekor ikan temenung/kembong @ siakap
-*1 1/2 biji limau nipis - ambil jus nya
-*2 sdb cencaluk - nak letak lebih pun boleh
-*garam
-*serbuk cukup rasa

Bahan Kisar:-
-*1 biji cili hidup
-*3 biji cili padi
-*3 ulas bawang merah

Bahan Hias:-
-*daun bawang
-*cili hidup


Cara-cara:-
-Panaskan kukusan.
-Bersihkan ikan dan tos sekejap...satukan jus limau, bahan kisar, garam dan serbuk cukup rasa...gaul sebati dan perap bersama ikan selama 10 - 15 minit.
-Susun ikan dalam bekas...tuang bahan perap tadi atas ikan...letakkan cencaluk di atas ikan...kukus hingga masak.
-Taburkan daun bawang dan cili hidup yang dihiris nipis sebelum menghidang.






SELAMAT MENCUBA (^^,)*

Wednesday, 14 March 2012

Ikan Bawal Masam Manis

Assalamualaikum...

Salam ceria dan salam sejahtera buat semua yang sudi melawat dapur sri...dah beberapa hari tak menjengah...rindu pula rasa...baru-baru nie sri pergi kerumah sedara di Chenor, Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu sri...bukan sepasang tapi dua pasang pengantin...kakak dan adik...selamat pengantin baru sri ucapkan dan sri doakan semoga kekal hingga ke Jannah...amin...






Hari nie sri nak kongsikan resepi ikan bawal masam manis...macam hidup kita...adakalanya masam dan adakalanya manis...rencah kehidupan yang perlu dilalui dengan kesabaran, kecekalan, kewarasan dan kebijaksanaan...sebenarnya lauk nie sri masak untuk hidangan beradap pengantin...jadi chef bidan terjun...tak tahu pun nak kena masak...sri nie kalau dapur yang tak biasa rasa kekok sikit...bukan apa...tak tahu dimana nak mencari bahan-bahan...tapi hentam sajalah labuuuu...harap pengantin puas hati :)) terima kasih juga pada yang membantu sri.









Sri masak 2 ekor tapi resepi nie sri bagi untuk seekor ikan sahaja...kalau nak buat lebih boleh gandakan ajer ye...jom layan...



Bahan-bahan:
-*1 ekor ikan bawal - buang perut dan bersihkan
-*1/4 lobak merah - di dadu
-*1/2 labu bawang besar - didadu
-*1 ulas bawang putih - di cincang
-*1/2 biji tomato - didadu
-*1/8 lada benggala merah - didadu
-*1/8 lada benggala hijau - didadu
-*2 sdb sos tomato
-*2 sdb sos cili
-*garam
-*gula
-*serbuk perasa
-*serbuk kunyit
-*1/2 cawan air
-*minyak masak






Cara-cara:-
-Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit...goreng dan ketepikan.
-Panaskan minyak untuk menumis...tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan lobak merah, bawang besar, tomato, lada benggala merah dan hijau...kacau rata.
-Masukkan sos tomato, sos cili, garam, gula, serbuk perasa dan air...masak hingga pekat dan tutup api.
-Curah atas ikan yang telah siap digoreng.


SELAMAT MENCUBA :)


Gambar-gambar yang sempat dirakam:


























Wednesday, 25 January 2012

aSAm pEDas kEriSik

Assalamualaikum...

Selamat tengahari dan salam ceria buat semua...salam 1 Rabiul Awal...cuti tahun baru cina baru-baru nie tak sempat nak pergi mana-mana pun...sibuk sikit tapi dapatlah berehat dirumah mak sri dan hari isnin pulang kekampung mertua pula...pagi tadi baru sampai rumah sebab suami dah kena kerja hari nie...sambil balik kampung sempat lagi belajar buat tapai pulut dari mak mertua...nanti nak cuba buatlah...tapi hari nie sri nak kongsi hidangan lain ye :))






Kali nie jom tengok resepi asam pedas kerisik...zZzuUusSs.



Bahan-bahan:-
-*4-6 ekor ikan kembong / 4 ketul ikan tenggiri
-*2 sdb kerisik
-*10 biji cili kering
-*5 ulas bawang merah
-*3 ulas bawang putih
-*2 inci kunyit hidup
-*2 inci halia
-*1 batang serai
-*2 batang serai - di ketuk
-*1/6 ketul belacan (sukatan ikut belacan RM0.30-satu ketul bahagi 6)
-*3 keping asam keping
-*daun kesom
-*garam
-*serbuk perasa
-*1 biji tomato - belah 4






Cara-cara:-
-Gaul ikan dengan garam dan kunyit...goreng sekejap...jangan terlalu garing...ketepikan.
-Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, serai dan belacan...panaskan 3 sdb minyak dan tumis bahan-bahan kisar  beserta dengan asam keping dan serai hingga naik minyak.
-Selepas itu masukkan sedikit air untuk dijadikan kuah...jangan letak terlalu banyak air sebab asam pedas nie tak berapa sedap kalau kuah terlalu cair.
-Bila dah mendidih masukkan kerisik dan gaul sebati...kemudian masukkan ikan, daun kesom, garam dan serbuk perasa...biar mendidih sekali lagi dan tutup api...setelah itu baru masukkan tomato.




Jom semua...jemput makan...*(^__^)


SELAMAT MENCUBA :)


Wednesday, 4 January 2012

aSAm pEDas piNDaNg tEMpoYak

Assalamualaikum...
Selamat petang dan salam ceria buat semua...dah selesai menjamu selera ke...Alhamdulillah...sri pun baru sudah...syukur atas nikmat dan rezeki yang diberikan...hari nie sri nak kongsikan resepi asam pedas pindang tempoyak...sekarang kan musim durian...:)) resepi nie sri dapat dari mak sri...meh tengok bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan asam pedas pindang tempoyak.






Bahan-bahan:-
-*10 ekor ikan temenung / kembong (ikan ikut selera nak letak ikan apa ye)
-*3-5 sdb tempoyak (ikut selera juga ye)
-*2 biji cili merah - buang biji
-*10 biji cili padi
-*6 ulas bawang merah
-*2 ulas bawang putih
-*2 inci kunyit hidup
-*1 inci halia
-*belacan - secukupnya
-*garam
-*serbuk perasa
-*daun cenehom / kesom
-*1 keping asam keping






Cara-cara:-
-Kisar halus bawang merah, bawang putih,cili merah, cili padi, kunyit hidup, halia, belacan bersama dengan tempoyak...masukkan dalam periuk.
-Masukkan asam keping, garam, serbuk perasa dan daun kesom ke dalama bahan tadi dan masak hingga mendidih.
-Setelah itu masukkan ikan dan biar mendidih sekali lagi dan tutup api.






Memang best la...tambahan pula kena dengan Jus Tembikai 7up...leganya tekak bila minum waktu cuaca panas camnie kan.


SELAMAT MENCUBA :)

Saturday, 29 October 2011

iKAn kAYu mSk sAmBaL tUMis kiCAp

Pening juga memikirkan nak masak apa tengahari nie...kalau boleh yang ringkas2 je sbb nak kena mula projek buat popia salju...aidiladha dah dekat...jadi kena la siapkan tempahan sebelum isnin...lagipun bila kaum adam yang pergi pasar (sbb mr suami pun pening nak beli apa utk menu tengahari) ;)...yang nak masak nie lagi lah pening memikirkan apa yang nak dimasak bila yang dibawa balik hanya ikan kayu putih @ ikan tongkol...yang terlintas resepi sambal tumis kicap...resepi dari mak...





Bahan-bahan:-
-*1 ekor ikan kayu putih
-*15 biji cili kering
-*1 labu bawang besar
-*3 ulas bawang putih
-*3 ulas bawang merah
-*belacan
-*1 inci halia
-*1 sdt kicap pekat
-*1 sdb kicap manis
-*1sdt kicap masin
-*garam
-*gula
-*1 keping asam keping
-*serbuk kunyit




Cara-cara:-
-Bersihkan ikan dan gaul dengan garam serta serbuk kunyit...goreng ikan tersebut...ketepikan.
-Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan.
-Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak...masukkan asam keping.
-Masukkan kicap pekat, kicap manis, kicap masin, garam dan gula...kacau sebati.
-Masukkan ikan tadi ke dalam bahan tumis dan masak seketika.




SELAMAT MENCUBA :)

Wednesday, 26 October 2011

pAIs iKAn sArDin

Menu hari nie saya masakkan sesuatu yang simple dan mudah untuk di sediakan buat santapan tengahari... pais ikan sardin...boleh juga kalau nak ganti dengan ikan2 lain yang dirasakan sesuai atau mengikut citarasa masing2...pais ikan nie salah satu kegemaran saya...aroma daun kunyit yang terbit semasa membakar memang menaikkan selera...tambahan pula di bungkus dengan daun pisang...bahan2 nye pun mudah di sediakan...



Bahan-bahan:-
-*6 ekor ikan sardin (blh ganti dgn ikan kembong @ ikan tenggiri)
-*1 cawan kelapa parut
-*5 ulas bawang merah
-*1 ulas bawang putih
-*2 inci halia
-*2 inci kunyit hidup @ 1 sdt serbuk kunyit
-*5 biji cili kering
-*sedikit air asam jawa
-*garam & serbuk perasa
-*1 helai daun kunyit (di potong nipis)



Cara-cara:-
-Satukan semua bahan2 kecuali kelapa parut & daun kunyit...kisar hingga lumat.
-Masukkan kelapa parut dan kisar lagi.
-Letak dalam mangkuk dan masukkan daun kunyit...gaul sebati.
-Ambil sikit dan letak di atas daun pisang kemudian aturkan ikan diatasnya...letak lagi kelapa tadi di atas ikan dan bungkus...kemaskan dengan lidi.
-Bakar selama 20 minit.


SELAMAT MENCUBA :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...