Pages

Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Friday, 7 June 2013

Selamat Pengantin Baru Ct & Yusri

Assalamualaikum...


Salam Jumaat yang penuh barokah...semoga hari ini lebih baik dari semalam dan apa jua yang kita lalui semuanya adalah ujian dari Yang Maha Esa buat hamba-hamba-Nya...segalanya adalah kasih dan rahmat dari Allah s.w.t...mudah-mudahan kita sentiasa berada dibawah lindungan dan dipermudahkan segala urusan oleh Nya...aminn..






Salam sayang buat semua jiran-jiran dapur sri dan tak lupa juga buat tetamu-tetamu yang sudi menjengah...terima kasih sri ucapkan...di sini sri nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Ct & Yusri yang telah melangsungkan perkahwinan pada 25hb Mei yang lepas...sri juga nak ucapkan terima kasih diatas tempahan yang dibuat...diharap berpuas hati dan minta halal lebih dan kurang ye...:))



Foto From Puan Ct






Puding Roti Kurma ...manisan makan beradab yang ditempah oleh Pn Ct...sebelum nie sri dah pernah letak dalam blog...cuma warnanya ajer yang tak sama...bagi yang tengok gambar dan resepi yang lepas boleh klik dekat link yang sri sertakan sebab untuk kali nie sri akan kurangkan adunannya...bagi yang baru nak mencuba boleh ikut sukatan yang sikit nie dulu...:))









Bahan-bahan:-
-*13 gm agar-agar tali
-*400 ml air
-*300 ml susu segar
-*175 ml susu cair
-*2 keping roti 
-*1/4 + 1/8 cawan gula pasir
-*7 biji kurma - buang biji dan cincang halus
-*pewarna - sri guna warna kuning telur, ungu, maroon dan biru


Cara-cara:-
-Masak agar-agar dengan air hingga semua larut...kemudian tapiskan.
-Satukan susu segar, susu cair, roti dan gula pasir dalam pengisar makanan...kisar hingga halus.
-Kemudian tuang dalam agar-agar tadi dan masukkan buah kurma yang dicincang halus.
-Masak dengan api perlahan selama lebih kurang 10 minit...tutup api dan angkat.
-Bahagikan kepada beberapa bahagian yang kita hendak letak pewarna dan warnakan.
-Caranya...tuangkan lapisan pertama kedalam mould atau loyang yang telah dibasahkan..bekukan sekejap dalam peti ais...kemudian tuang pula lapisan kedua dan seterusnya ulang langkah tadi dan buat hingga habis.

***NOTA..masa kita sejukkan setiap lapisan...pastikan lapisan tidak terlalu keras...ini kerana untuk mengelakkan lapisan terpisah antara satu sama lain...dan masa hendak tuang lapisan berikutnya, pastikan juga senduk atau sudu yang diguanakan berada dekat dengan lapisan yang bawah masa kita nak tuang adunan kerana takut adunan yang bawah pecah dan bercampur.

***NOTA..kalau takut setiap lapisan akan terpisah...boleh guna kaedah nie...sebelum tuang lapisan yang baru keatas lapisan yang dah mengeras...gariskan lapisan yang beku tadi dengan garpu...layangkan garisan pada permukaan atas saja dengan lembut...kemudian baru tuang...InsyaAllah...lapisan tak akan terpisah.

-Sedap dihidang sejuk.






Fruit Tartlet juga salah satu manisan yang di tempah oleh Pn Ct...resepi nie pun sri dah pernah kongsikan untuk teman-teman...nak tengok N3 yang lepas boleh klik dekat link...ataupun boleh bawa tetikus kebawah untuk tengok siaran ulang tayang sebab sri tengah rajin nak c&p dekat sini...hihi...layannnn (^^,)









Tart Shell
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*250 gm butter
-*40 gm gula icing - ayak
-*1 sdt esen vanilla

Bahan B
-*1 biji telur

Bahan C
-*420 gm tepung gandum - ayak
-*1 cawan susu tepung

Cara-cara:-
-Putar bahan A hingga sebati dan lembut...kemudian tambahkan bahan B...putar lagi.
-Masukkan sedikit demi sedikit bahan C...boleh terus guna mixer atau uli guna tangan...sri guna tangan jer...bila dah sempurna doh tadi...simpan sekejap dalam peti ais selama 30 minit.
-Setelah itu...keluarkan dari peti ais dan bolehlah mula tekan adunan pastri kedalam acuan tart...sri guna acuan tart bersaiz 5.5cm...bakar tart shell pada suhu 160 c selama 20 minit (guna api atas bawah)...bila dah masak, sejukkan sebelum letak filling.

NOTA...sri guna acuan 5.5'...untuk mendapatkan tart shell yang sama tebal, sama cantik..sri bulat-bulatkan doh dan setiap satu doh beratnya 20gm...boleh tengok dekat gambar..:))







Krim Kastard
Bahan-bahan:-
-*3/4 cawan tepung kastard
-*1 cawan susu segar
-*1 cawan susu cair
-*1/2 cawan air
-*5 - 6 sdb gula
-*1/4 sdt garam halus


Cara-cara:-
-Satukan semua bahan-bahan krim dan kacau hingga semua bahan mesra...masak atas api yang sederhana...sentiasa kacau adunan untuk elakkan adunan berketul...bila adunan mula memekat...tutup api dan alihkan periuk...teruskan mengacau hingga adunan nampak pekat dan licin...setelah itu, masukkan dalam piping bag yang ada nozel bintang (tak guna nozel pun tak apa)...rehatkan sekejap...lepas itu pipe kan dalam tart shell tadi dan susun buah-buahan yang di sukai...sejukkan sebelum menghidang.

NOTA..kalau adunan krim kastard terlalu pekat...tambahkan air panas sedikit demi sedikit dan mix adunan.






Tart Nenas Gulung yang gebu-gebassss dan Biskut Semperit Chocolate Chips yang kiut miut juga ditempah oleh Pn Ct sebagai bauh tangan kepada tetamu...(^^,)*



Tart Nenas Gulung



Semperit Choc Chips



Untuk resepi biskut...lalink-lalink semua klik dekat link ye...rasa macam dah panjang sangat N3 nie...puas pulak dok skroll mouse kan...mmmuuuaahhh...sayang u olls...hihi (^^,)*



SELAMAT MENCUBA (^_^)*





Thursday, 17 January 2013

Frambozen Kenari

Assalamualaikum...

Selamat petang dan salam sayang buat semua...selamat datang sri ucapkan pada tetamu yang baru singgah disini...pada yang tak jemu-jemu bertandang ke sini, terima kasih sri ucapkan atas sokongan semua...kalau ada salah dan silap harap dimaafkan.






Dah petang baru dapat masuk sini...boleh lah kemas-kemas apa yang patut...(^^,)
Hari nie sri nak kongsikan resepi yang sri dapat masa pergi jalan-jalan kat dapur zila4ever...Frambozen Kenari Berkuaci nama di beri oleh tuan empunya dapur...baru tengok dah tahu sedap...bila dah cuba...memang sedap i cakap u...tak caya cercuba...cercuba...tak rugi wooo...:p






Sri kongsikan resepi Frambozen Kenari disini bagi yang nak mencuba dan juga sebagai nota buat sri...halalkan ye zila sri coretkan disini resepinya...jom kita semak apa yang diperlukan untuk menyediakan biskut yang mabeles nie..:)






Bahan-bahan:-
Bahan A
-*250 gm tepung gandum / tepung redrose - sri guna tepung gandum
-*100 gm gula icing
-*110 gm serbuk badam - sri guna 60 gm badam cincang
-*195 gm butter - suhu bilik
-*1 biji kuning telur
-*80 gm susu tepung


Bahan B
-*Filling blueberry - untuk lapisan tengah


Bahan C (Royal Icing)
-*60 gm telur putih - sri guna 40 gm telur putih (dari 1 biji telur saiz A)
-*80 gm gula halus
-*2 sdb tepung jagung


Hiasan
-*Badam Keping secukupnya






Cara-cara:-
-Putar butter dan gula icing , kemudian masukkan telur kuning, tepung, susu tepung dan badam cincang..pukul lagi hingga jadi doh.
***uli dengan tangan...kalau lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit hingga adunan tak melekat pada mangkuk.
-Lapik tray (sri guna loyang cutter 11" x 9") dengan kertas...adunan nie cukup untuk satu loyang atau tray 12x12x2.
-Letakkan adunan dan padatkan...cucuk dengan garfu permukaan doh.
-Bakar selama 30 minit pada suhu 170 c.

Royal Icing.
***sementara menunggu adunan masak...kita sediakan royal icing.
-Putar putih telur hingga berbuih...masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan putar hingga putih telur kaku.
-Masukkan tepung jagung dan dengan menggunakan spatula..kita kaup balik adunan hingga semua sebati.

-Setelah adunan masak...sapukan dengan filling blueberry hingga rata...kemudian kita ratakan royal icing.
-Taburkan dengan badam keping.
-Bakar lagi selama 20 minit pada suhu 170 c.
-Tambahkan lagi masa membakar selama 1 jam pada suhu 100 c untuk mengeraskan royal icing.

***bagi yang menggunakan tray...potong biskut kepada beberapa bahagian ketika masih panas.
AMARAN:biskut ini sangat rapuh dan SEDAP...hehehe






SELAMAT MENCUBA (^_^)*



Thursday, 9 August 2012

Tart Nenas Gulung

Assalamualaikum...

Salam manis dan salam 20 Ramadhan...aduhhhh....pantas je masa berlalu...tinggal beberapa hari saja lagi bulan yang mulia ini akan meninggalkan kita...semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat semua dan dapat menyucikan diri kita...amin.






Terlebih dulu sri mengalu-alukan kedatangan jiran-jiran yang masih sudi menjengah dapur nie walaupun dari kita mula berpuasa tiada resepi baru yang dikongsikan...sri minta maaf sangat sebab memang tak dapat nak on9...rutin harian yang mencemburui serta keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.






Jadi hari nie sri nak kongsikan salah satu resepi biskut yang memang wajib ada atas meja rumah sri setiap kali musim perayaan...Tart Nenas Gulung...ada lagi beberapa resepi biskut yang akan sri kongsikan nanti jika diberi kesempatan...Tart Nenas nie memang gebu sangat-sangat...cair dimulut giteew...hehehe.






Iklan jap...(^^,)*...tapi tempahan untuk Tart Nenas Gulung nie dah ditutup...kalau nak juga kena order lepas raya ye...sempat lagi promote sri nie kan...^_____^*
Tapi kalau nak rasa juga...jom belek resepi yang sri kongsikan disini...zzzuuuusssss.



Bahan-bahan:-
Bahan A
-*350 gm Butter
-*60 gm Gula Icing

Bahan B
-*1 biji Telur
-*1 sdt Esen Vanilla
-*1 sdt Pewarna Kuning 
-*2 sdb Shortening

Bahan C
-*60 gm Tepung Jagung
-*40 gm Susu Tepung
-*1/2 sdt Emplex

Bahan D
-*500 gm Tepung Gandum

Bahan E
-*Jem Nenas secukupnya - bulat-bulatkan...sri beli jem yang dah siap kat bakery.
-*1 biji Telur - kocakkan sedikit dan letak pewarna kuning lemon...ini untuk sapuan atas tart nanti.






Cara-cara:-
-Putar bahan A hingga sebati...kemudian masukkan bahan B dan pukul rata.
-Satukan bahan C dan masuk sedikit demi sedikit hingga adunan bercampur rata.
-Masukkan tepung gandum dan uli dengan tangan hingga semua sebati...masukkan dalam acuan tart dan pipekan atas plastik supaya mudah untu kita ambil...pipekan adunan yang ada corak dibahagian atas supaya masa kita terbalikkan...bahagian kosong akan ada diatas...letakkan inti nenas yang siap di bulat-bulatkan dan gulung...sapukan telur dibahagian atas...bakar selama 15 minit pada suhu 160 c.






SELAMAT MENCUBA (^^,)*





Friday, 20 July 2012

Biskut Semperit Ku Berwarna Jingga

Assalamualaikum...

Salam sayang buat semua...Sya'ban bakal melabuhkan tirai dan Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelma untuk kita sama-sama mendapat rahmat dan nikmat dari Allah s.w.t...Salam penghulu segala hari.






Hari nie sri nak kongsi resepi biskut semperit...tapikan warnanya dah bertukar sikit...hehehe....nie kes tersilap capai botol pewarna...dah letak 3@4 titik baru perasan...alamak...bedal aje lah...lagipun, kiut juga kan...ok lah...tak nak bebel lama-lama sebab sri nak deco kek coklat...saja buat untuk makan-makan petang nanti sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang dinanti...kalau berkesempatan...petang nanti sri update ye...sekarang jom kita layan resepi biskut semperit yang best nie.






Bahan-bahan:-
-*250 gm buter
-*120 gm gula icing
-*1 sdt esen vanilla
-*1 biji telur (gred A)
-*120 gm tepung jagung - ayak
-*100 gm tepung kastard - ayak
-*260 gm tepung gandum - ayak
-*1 sdt emplex
-*pewarna kuning - optional (sri dah terletak warna jingga)

Hiasan
Ceri secukupnya...merah / hijau





Cara-cara:-
-Satukan butter, gula icing dan esen vanilla...putar hingga sebati.
-Masukkan telur dan pukul lagi hingga rata dan mesra.
-Masukkan emplex, tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum yang telah diayak dan gaul dengan menggunakan spatula hingga semua sebati.
-Letakkan pewarna dan uli hingga rata...masukkan dalam piping bag yang telah diisi dengan nozel bintang.
-Pipe kan atas dulang...lenggokkan sedikit masa menekan dan tarik keatas sedikit nozel tue  supaya masa kita nak letakkan ceri diatasnya...kita tekankan sedikit...bunga nya akan jadi lebih cantik.






SELAMAT MENCUBA (^^,)* 

Wednesday, 20 June 2012

Butter Cookies

Assalamualaikum...


Selamat pagi dan salam sejahtera buat semua...sarapan apa ye pagi nie...yang pasti mesti sedap-sedap belaka...sri sarapan roti sosej lada hitam (homemade blackpepper sauce) jer...Alhamdulillah...syukur rezeki pagi nie.






Tapi hari nie sri bukan nak kongsi resepi sos lada hitam tapi nak tayang resepi Butter Cookies ala-ala danish butter cookies...dijamin sedap dan yang pasti halal...kalau tak percaya cer cuba...cer cuba...hehehe...jom kita layannnnnn.






Bahan-bahan:-
-*125 gm butter
-*45 gm gula icing
-*140 gm tepung gandum
-*1/4 sdt baking powder
-*1 sdt butter emulco
-*1/2 sdt esen vanilla

***bahan hiasan - choclate chip, kismis @ badam






Cara-cara:-
-Panaskan oven.
-Pukul butter dan gula icing hingga kembang...masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
-Bila sebati..masukkan butter emulco dan esen vanilla...uli hingga mesra alam gitu...rehatkan dalam 10 minit.
-Masukkan adunan dalam piping bag yang ada nozel bunga dan pipe kan bentuk yang di suka..
-Bakar selama 10 minit pada suhu 150 c.






SELAMAT MENCUBA (^^,)*

Thursday, 31 May 2012

Semperit Choclate Chips

Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam manis dipetang khamis.






Sejak dah masuk bulan Rejab nie...ramai betul rakan-rakan fb yang post gambar-gambar biskut raya...tak kurang juga ada yang dah mula mempromosi dan mengambil tempahan...bila dah tengok gambar-gambar biskut yang comel-comel...teringin pula nak makan...jadi baru-baru nie sri buatkan biskut yang paling cepat nak disediakan...biskut semperit choclate chips...resepi asal kepunyaan mak sri tapi nie versi derhaka dah...buat ikut selera tekak sri...hehehe...tengok bahan-bahan pun dah ada...jadi jom jalankan misi...(^^,)*






Bahan-bahan:-
Bahan A
-*175 gm butter
-*40 gm gula icing
-*1 biji telur
-*1 sdb shortening

Bahan B
-*pewarna kuning
-*1 sdt esen vanilla

Bahan C
-*240 gm tepung gandum
-*60 gm tepung jagung
-*60 gm tepung kastard
-*40 gm susu tepung
-*1/2 sdt emplex

Hiasan:-
-*Choclate chips secukupnya






Cara-cara:-
-Panaskan oven pada suhu 160 c selama 10 minit.
-Satukan bahan A dan pukul hingga sebati.
-Masukkan bahan B dan pukul lagi hingga mesra.
-Masukkan bahan C sedikit demi sedikit dan pukul...bila mixer terasa berat...uli adunan dengan tangan hingga semua bahan sebati...masukkan dalam piping bag yang dah diisi dengan nozel bunga...pipekan atas dulang dan letak choclate chip diatasnya...bakar selama 15 - 20 minit ikut kepanasan oven masing-masing.






SELAMAT MENCUBA (^^,)*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...