Pages

Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Friday, 27 April 2012

Apam Labu Kelapa Parut

Assalamualaikum...

Renungan Jumaat...Keluhuran peribadi seperti bersopan-santun, berbudi bahasa dan suka membantu perlu dipraktikkan sentiasa. Dalam hal ini sememangnya keluarga memainkan peranan yang besar dalam mendidik, membimbing dan mencorakkan keperibadian seseorang individu semenjak dilahirkan. Ia mampu mempengaruhi persekitaran dan mewujudkan suasana aman tanpa sebarang pergaduhan.


 Aspek budi bahasa mencerminkan budi pekerti seseorang. Mencaci maki, menyumpah seranah dan yang seumpama dengannya tidak membawa kebaikan kepada sesiapapun malah ia memalukan sesiapa yang menuturkan, begitu juga ia akan memalukan ibu bapa yang berkenaan. Justeru dalam membentuk masyarakat yang baik dan beradab semuanya bermula daripada didikan akhlak yang betul. Salah asuhan menjadikan masyarakat kacau bilau dan di antara satu sama lain tidak terjalin persefahaman dan kasih sayang. 






Salam Jumaat yang penuh barakah...salam manis dan salam ceria buat semua teman-teman yang setia melewati dapur sri...terima kasih sri ucapkan...Jumaat terakhir di bulan april dan lagi beberapa hari kita akan melangkah ke bulan baru...mohon maaf andai ada salah dan silap...kita semua adalah insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.


Untuk hari nie sri nak kongsikan resepi apam labu kelapa parut...bagi yang belum ada idea nak masak apa untuk 'tea time' nanti...bolehlah cuba...sri buat dalam bentuk yang kecil-kecil dan sri letakkan kelapa parut dalam adunan...sebab tue namanya dah jadi panjang sikit...tapi best tau sebab bila kita makan...setiap kunyahan akan terasa kelapa parut...lagi-lagi kalau kita letak kelapa parut muda...sodapnyaaaa (^^,).






Kalau nak lagi cepat...buat ajer dalam loyang...dah siap kita potong kecil-kecil dan salutkan dengan kelapa...sonang keje...hehehe...jom lah intai-intai apa yang ada dalam resepi tue.



Bahan-bahan:-
-*1 cawan labu manis yang telah direbus empuk dan dilecek
-*3/4 cawan gula pasir
-*1 cawan air
-*1 1/2 sdb yis kering
-*1 1/2 cawan tepung beras
-*1/2 cawan tepung gandum
-*3/4 cawan kelapa parut






Cara-cara:-
-Satukan labu, gula dan air dalam pengisar...dan kisar halus.
-Tuang ke dalam mangkuk adunan dan masukkan tepung beras, tepung gandum, yis dan kelapa parut...gaul sebati dan perap selama 30 minit.
-Tuang dalam loyang atau papercup (letak dalam acuan lompang)...kukus hingga masak.






SELAMAT MENCUBA :)

Wednesday, 1 February 2012

Apam Alunan Kasih

Assalamualaikum...

Salam 8 Rabiul Awal dan salam mesrraaa...hehehe...hari nie cuaca memang ceria sangat-sangat...dari awal pagi lagi sang matahari dah muncul...apa la yang sri melalut nie kan...sebenarnya sri tak pandai pun nak madah-madah nie...:)) resepi hari nie apam alunan kasih...wahhh...suka hati jer letak nama...bukan apa, bila tengok corak tu beralun jer jadi sri letak la nama apam nie apam alunan kasih...apam nie pun ceria juga macam cuaca sekarang.






Sesuai untuk hidangan sarapan pagi ataupun minum petang...kalau tetamu datang mengejut pun sempat nak buatkan apam nie sebab sekejap je cuma yang penting bahan-bahan kena la ada dalam peti..:)) apam nie sri buat hujung minggu lepas untuk minum petang...macam sponge apam nie...jom tengok bahan-bahan yang diperlukan...zZuUsS.



Bahan-bahan:-
-*3 biji telur gred A
-*25ml santan pekat
-*Secubit garam
-*1 sdt ovalet
-*100gm gula
-*80gm tepung gandum
-*1/2 sdt baking powder
-*25gm minyak jagung / minyak masak pun boleh
-*Pewarna






Cara-cara:-
-Ayak tepung gandum bersama baking powder...ketepikan.
-Dalam bekas lain...satukan telur, garam dan ovalet...pukul hingga kembang.
-Setelah kembang...masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi.
-Masukkan santan dan pukul rata.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul rata...setelah itu masukkan minyak dan gaul sebati.
-Bahagikan adunan dan warnakan...tuang adunan berselang seli ke dalam loyang...kukus.






SELAMAT MENCUBA :)





Friday, 20 January 2012

aPaM pOLkaDot siRi II

Assalamualaikum...

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah s.w.t dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.".....Riwayat At-Tabrani






Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan...hari nie sri cuma nak ulang tayang resepi apam polkadot...apam nie N3 tertunda sebab sri buat masa anak sri nak balik asrama awal bulan hari tue...nie sri buat pun dah 'last minute' atas permintaan anak...sempat juga siap sebelum dia bertolak balik asrama...layannn :))



Bahan-bahan
-*3 biji telur (di sejukkan) - kali nie sri guna telur yang dekat luar jer sebab nak cepat..ok jer.
-*200gm gula castor
-*1 1/2 sdb ovelette
-*150ml susu segar (disejukkan)
-*280gm tepung gandum
-*1sdt baking powder
-*pewarna
-*filling (choclate, choclate chip, jem)


Cara-cara
-pukul telur, gula castor & ovelette hingga kembang dan putih.
-masukkan susu dan pukul hingga pekat & berkrim.
-masukkan tepung dan pukul sebati.
-masukkan dalam piping bag dan piping dalam acuan kertas...piping separuh adunan dulu...kemudian letakkan apa-apa filling ikut kesukaan dan piping lagi adunan tadi...kemudian baru dot dot atau buat corak atas apam tadi.
-utk menghias...guna adunan yg sama dan warnakan mengikut design yg hendak di buat.
-Kukus apam dengan api sederhana kerana takut nanti apam pecah.



SELAMAT MENCUBA :)





Saturday, 22 October 2011

Apam Polka Dot & Apam Comel

                                                         apAm PoLkA dOt


Bahan-bahan
-*3 biji telur (di sejukkan)
-*200gm gula castor
-*1 1/2 ovelette
-*150ml susu segar (disejukkan)
-*280gm tepung gandum
-*1sdt baking powder
-*pewarna
-*inti (choclate, choclate chip, jem)

Cara-cara
-pukul telur, gula castor & ovelette hingga kembang dan putih.
-masukkan susu dan pukul hingga pekat & berkrim.
-masukkan tepung dan pukul sebati.
-masukkan dalam piping bag dan piping dalam acuan kertas.
-utk menghias...guna adunan yg sama dan warnakan mengikut design yg hendak di buat.




                            bEe           fLowEr            oRanGe     sTRawBerRy


SELAMAT MENCUBA :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...