Pages

Showing posts with label wEsteRn fOoD. Show all posts
Showing posts with label wEsteRn fOoD. Show all posts

Saturday, 26 November 2011

hoMEmaDe cHEzZy wEDgEs


Assalamualaikum...
Selamat malam semua...mesti ramai yang dah di buai mimpi indahkan...mata sri nie aje yang susah nak lelap...dah alang-alang on9 nie, apa kata sri kongsikan N3 yang sri buat petang tadi...jom lah tengok resepi dan bahan-bahan yang perlu untuk buat homemade chezzy wedges...buat sendiri lebih jimat dan boleh letak banyak-banyak atas wedges...:)))






Bahan-bahan Chezzy:-
-*3 keping keju
-*1 sdb marjerin
-*1 sdt tepung gandum
-*200ml susu segar
-*1/2 sdt serbuk cili
-*1/2 sdt lada sulah
-*garam
-*pewarna kuning (untuk nampak lebih cantik)


Cara-cara:-
-Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum...kacau sebati.
-Kemudian masukkan susu segar, serbuk cili, serbuk lada sulah, keju dan garam...masak menggunakan api yang sederhana...
-Apabila adunan mula memekat...masukkan pewarna...masak hingga kepekatan yang di sukai.







Bahan-bahan:-
-*4 biji kentang 
***basuh dan di potong dua...tak payah buang kulit...rebus hingga empuk dan toskan...kemudian potong kentang tadi dalam bentuk wedges.

-*garam
-*serbuk cili
-*tepung jagung
-*serbuk kari daging
-*serbuk maggi cukup rasa


Cara-cara:-
-Gaul kentang yang telah dipotong tadi dengan bahan-bahan lain secukup rasa.
-Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
-Hias dengan chezzy dan mayonis.


SELAMAT MENCUBA:)

Friday, 18 November 2011

cHicKEn bOxiNg wITh bROccOLi cREam

Assalamualaikum...
Salam Jumaat yang penuh rahmat...sekalung tahniah buat pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR semalam...berakhirnya sesi persekolahan 2011...bila dah musim cuti nie secara langsungnya bermulalah musim kahwin...walaupun selalu ada tapi ramai yang mengambil kesempatan bila tiba musim cuti sekolah...dan termasuklah adik sri...kalau tak ada aral pertengahan disember nie adik sri akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya...

Untuk hidangan hari nie sri nak kongsi resepi chicken boxing dengan krim brokoli...sebenarnya hidangan nie sri masak petang semalam...masa tengah sedia tue terlupa pula nak ambil gambar cara-cara nak lurutkan isi ayam...dah siap semua baru teringat...






Tapi mudah je nak buatnya...bagi yang tak tengok masterchef Malaysia, cara dia ialah dengan memotong keliling hujung tulang yang nak dijadikan pemegang...lepas tue lurutkan isi ayam perlahan-lahan ke bawah dan lipat isi ayam tadi supaya nampak bentuk bulat dan isi tak akan tertarik ke atas kembali...







Bahan-bahan:-
-*10 ketul kepak ayam
-*garam
***buat macam yang sri nyatakan di atas...untuk 10 ketul kepak ayam boleh dapat 20 ketul chicken boxing sebab kita guna bahagian 'wing' dan 'drummettes'.

-*2 sdb tepung gandum
-*2 1/2 sdb tepung jagung
-*2 sdb tepung beras
-*1 sdt serbuk lada sulah
-*1 sdt serbuk lada hitam
-*secubit garam
-*1 biji telur
-*serbuk roti secukupnya (sri guna yg readymade punya...kalau nak buat sendiri pun boleh...bakar roti keping...hancurkan dan bakar lagi dlm 2 min)






Cara-cara:-
-Perapkan chicken boxing dengan garam dalam 3-4 minit dan letak dalam mangkuk atau pinggan dan kukus selama 15 minit dan tos...kita akan gunakan stok kukusan tadi untuk buat krim brokoli.
-Panaskan minyak untuk menggoreng.
-Satukan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan garam...gaul sebati.
-Ambil chicken boxing tadi dan salutkan dengan adunan tepung...kemudian 'mandikan' dengan telur hingga rata...lepas tue golekkan dalam serbuk roti.
-Goreng hingga kekuningan dan lakukan proses yang sama hingga habis semua chicken boxing tadi.






Bahan-bahan Krim:-
-*50gm brokoli
-*50ml susu cair / susu segar
-*50ml stok ayam
-*2 sdb marjerin
-*1 sdb tepung gandum
-*1 labu bawang besar - di dadu
-*1 ulas bawang putih - dicincang
-*1 sdt serbuk lada hitam kasar
-*garam


Cara-cara:-
-Cairkan marjerin dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga naik bau...kemudian masukkan brokoli dam masak hingga layu.
-Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
-Masukkan susu, serbuk lada hitam, stok ayam dan garam...masak hingga mendidih sekali dan tutup api.
-Biarkan seketika dan kisar bahan2 tadi...masak kembali hingga agak pekat.
 





SELAMAT MENCUBA :)

Saturday, 12 November 2011

bLAck pEPpEr sTeAk wITh pOtAto sALad



Assalamualaikum...
Banyak betul walimatulurus yang diterima untuk hari ini...tak termampu untuk memenuhi kesemuanya...hanya yang terdekat saja dapat sri hadirkan diri...itu pun masih banyak lagi jemputan yang menanti dan yang bakal menyusul belum tahu lagi jemputannya...






Hari nie sri nak kongsikan resepi black pepper steak...almaklumlah, dah banyak makan nasi kenduri...terasa nak makan western food pulak...daging korban pun banyak lagi dalam peti ais...sebelum pergi kenduri tadi sri dah perap daging dengan rempah ratus...:)))






Bahan-bahan:-
-*1kg daging pejal (kalau dapat bahagian batang pinang lagi best)

-*Bahan Perap:-
***1 sdt minyak masak
***3 ulas bawang putih - di cincang
***1 sdb sos tiram
***1 sdt serbuk lada hitam
***1 sdt serbuk lada hitam kasar
***1 sdt serbuk lada sulah
***1 sdt oregano
***garam

-*Bahan Sos Lada Hitam:-
***2 sdb tepung jagung
***1 sdb serbuk lada hitam
***2 sdt serbuk lada hitam kasar
***1 1/2 cawan air
(satukan semua bahan sos dan gaul sebati...di gunakan semasa membakar daging)

Cara-cara:-
-Daging di potong lebar dan ketebalan daging dalam 1/2  inci...kemudian diketuk sedikit agar daging lembut dan mudah dimakan bila di bakar.
-Satukan semua bahan perap dan gaul sebati...kemudian perap bersama-sama dengan daging tadi dan simpan di dalam peti sejuk 15 - 30 minit.
-Selepas itu daging boleh di bakar menggunakan non-stick pan...semasa daging hampir masak, bolehlah tuang sos lada hitam di atas daging...biarkan sebentar dan boleh terus di angkat...hias bersama kentang goreng dan salad.






Bahan Salad:-
-*3 biji kentang - di potong dadu besar
-*3 biji tomato - di potong dadu besar
-*8 biji baby carrot - di potong
-*serbuk lada hitam kasar - secukup rasa
-*mayonis - secukup rasa
-*garam - secukup rasa

Cara-cara:-
-Rebus kentang dan baby carrot hingga empuk dan toskan.
-Satukan semua bahan salad dengan kentang dan baby carrot tadi...gaul sebati.






SELAMAT MENCUBA :)

Friday, 4 November 2011

Homemade Fish n Chip

Assalamualaikum...
Sekejap je masa berlalu kan...hari nie dah 4hb Nov...tinggal hari nie dgn esok jer nak buat persediaan untuk menyambut aidiladha...di kesempatan ini sri ucapkan selamat menyambut aidiladha buat semua umat Islam...
Tahun nie kira special sikit sebab aidiladha + befday bonda tercinta...2 in 1 gitu :))))...boleh lah sambut sekali...sekarang tengah fikir-fikir nak buat kek apa untuk befday mak nanti...


Ok lah...hari nie sri nak kongsi resepi fish n chip...sebenarnya menu nie buat petang semalam...tapi tak sempat nak upload...selalunya makan kat kedai jer fish n chip nie tapi semalam teringin lak nak cuba buat sendiri...lagipun kepingan ikan yang lebih buat masak masam manis ada lagi sebungkus...sri buat sekali krim pudina sebagai cecahan fish n cchip nie...biasa makan dengan sos cili atau sos thai jer...






Bahan-bahan:-
-*1 kg kepingan ikan dory - dipotong 8-10 keping
-*2 sdb tepung gandum
-*2 1/2 sdb tepung jagung
-*1 sdt serbuk lada hitam
-*1 sdt serbuk lada sulah
-*garam
-*1 biji telur
-*serbuk roti secukupnya (sri guna yg readymade punya...kalau nak buat sendiri pun boleh...bakar roti keping...hancurkan dan bakar lagi dlm 2 min)

Cara-cara:-
-Perap ikan dengan garam dalam 3-4 minit dan panaskan minyak untuk menggoreng.
-Satukan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan garam...gaul sebati.
-Ambil ikan tadi dan salutkan dengan adunan tepung...kemudian 'mandikan' dengan telur hingga rata...lepas tue golekkan dalam serbuk roti.
-Goreng hingga kekuningan dan lakukan proses yang sama hingga habis semua kepingan ikan tadi.







Bahan-bahan Cecahan:-
-*1/2 tin susu cair / susu segar
-*2 sdb marjerin
-*1 sdb tepung gandum
-*1 labu bawang besar - di dadu
-*1 sdt serbuk lada hitam
-*10 keping daun pudina - di hiris halus (optional)
-*garam


Cara-cara:-
-Cairkan marjerin dan tumis bawang besar hingga layu.
-Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
-Masukkan susu, serbuk lada hitam, garam dan daun pudina...masak hingga mendidih sekali dan tutup api.
-Biarkan seketika dan kisar bahan2 tadi...masak kembali hingga agak pekat.







Makan sekeping pun dah cukup kenyang sebab hidangan nie di sertakan dengan hidangan sampingan mcm kentang goreng...kentang goreng nie kalau nak sedap lagi...lepas siap goreng, taburkan dengan sedikit garam halus dan serbuk lada sulah...lagi mengancam rasa dia...untuk menu nie semalam sri buat juga salad kentang...memang kenyang habis lah...:D


SELAMAT MENCUBA :)



Saturday, 22 October 2011

Creamy Chicken Soup

Dah la senang, sedap pula rasanya makan bersama dengan roti. Nak cari roti perancis tak ada, jadi makan bersama roti gardenia pun ok laa.. Tak susah menyediakan hidangan ni, simple je. Mereka yang baru nak berjinak2 dalam dunia masakan pun mesti boleh menyediakannya. :)

BHN2:-
Creamy Chicken Soup
-*1 bhgn dada ayam (potong kecil2)
-*1 bj bawang besar (di dadu)
-*1 ulas bawang putih (di cincang)
-*2 sdb mentega
-*1 1/2 sdb tepung gandum
-*250ml susu segar
-*500ml air
-*1 kiub pati ayam
-*1/2 sdk lada sulah
-*garam

CARA2:--Panaskan mentega dan goreng bawang besar, bawang putih dan 1/2 isi ayam hingga layu...
-Masukkan tepung gandum dan kacau rata...
-Masukkan air, susu dan kiub..masak hingga agak pekat...
-Biarkan suam dan kisar hingga semua bhn2 td hancur...
-Masak semula dan masukkan 1/2 lagi isi ayam, lada sulah dan garam secukup rasa...

BHN2:-
Garlic Bread
-*roti perancis @ roti gardenia pn blh
-*3 sdb marjerin
-*1 ulas bawang putih (di sagat)

CARA2:--sebatikan marjerin dan bawang putih...sapu pada roti dan bakar...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...