Pages

Showing posts with label cUp cAKe. Show all posts
Showing posts with label cUp cAKe. Show all posts

Thursday, 4 October 2012

Strawberry Cup Cake ~ Kek Cawan Hantaran

Assalamualaikum...






Salam manis dan salam sayang buat semua pengunjung yang sedang godek-godek dapur sri nie...kalau sepah, kemas balik tau...hehehe...(^_^)*
Mulakan hari-hari yang kita lalui dengan senyuman yang ceria bak mekarnya sekuntum bunga mawar...macam gambar kat atas tue...tapiiiii....mekar ke..?kira mekar je lah ye...sri harap semua teman-teman berada dalam lindungan Yang Maha Esa...amin.






Hari nie sri nak sajikan kek cawan perisa strawberry...sebenarnya nie N3 tertunda sebab sri terlupa...nasib baiklah gambar saja...kalau kek, dah tentu berkulat kek cawan nie...(^_____^)*
Jom kita semak bahan apa yang diperlukan kalau nak buat kek cawan nie...ala...jangan risau, bahan-bahan dia mudah jer...zZzzuUUusSss






Bahan-bahan:-

Bahan A
-*4 biji kuning telur
-*1 sdb ovellete

Bahan B
-*100 gm butter - cairkan dan biar sejuk
-*60 ml susu segar
-*1 1/2 sdt pes strawberry
-*1 sdt pewarna merah jambu

Bahan C
-*80 gm tepung superfine
-*40 gm tepung jagung 
***ayak bahan diatas

Bahan D
-*4 biji putih telur
-*80 gm gula castor



Cara-cara:-
-Pukul bahan A hingga kembang dan gebu....masukkan bahan B dan pukul sebati.
-Masukkan bahan C yang telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul sebati...ketepikan.
-Putar dengan kelajuan tinggi telur putih hingga berbuih dan kembang...masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kaku atau bertanduk...(adunan meringue).
-Masukkan adunan meringue kedalam adunan tepung dan dengan menggunakan spatula...kaup balik adunan hingga sebati...kaup balik perlahan ye.
-Tuang dalam paper cup 3/4 penuh dan bakar pada suhu 160 c selama 20 minit...setelah masak, biar sejuk baru deco dengan FC @ BC...makan saja pun sodap.






Buttercream:-
-*1 1/2 cawan gula icing
-*1/2 cawan krimwell
-*1/2 cawan shortening
-*1/2 cawan fresh cream
-*2 sdb susu pekat manis
-*pewarna

Cara-cara:-
-Satukan semua dan pukul dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan gebu.
***untuk membuat bunga...mesti lebihkan gula icing supaya mudah untuk membentuk kelopak bunga...sri lebih suka guna pewarna berasaskan minyak (yang digunakan untuk mewarna coklat putih).






Bagi yang tengok cara-cara buat bunga rose...boleh klik SINI ...(^_^)*



SELAMAT MENCUBA (^_^)*

Tuesday, 10 July 2012

Pandan Cup Cake

Assalamualikum...

Salam manis dan salam sayang buat semua...bagi yang baru terjumpa dapur nie, sri ucapkan selamat datang...geledah-geledah la mana yang patut...jamu-jamu mata...kalau berselerak kemas balik tau...hehehe...^_^*






Cadang dihati nak tayang pagi tadi...tapi kita hanya merancang...Allah s.w.t yang menentukan...sibuk sangat sampaikan tuan empunya dapur pun baru boleh masuk petang nie...jadi hari nie nak tayang resepi kek cawan perisa pandan...sebenarnya dah 2 minggu sri buat...untuk hantaran juga...dah temanya warna hijau...jadi sri buat perisa pandan dan bunga rose pun warna hijau ( ada ker rose hijau ye )...tak kisah lah...janji dah selamat pun...kek cawan nie untuk hantaran pertunangan...jom kita layannnnn resepi nya ^_^*






Bahan-bahan:-

Bahan A
-*4 biji kuning telur
-*1 sdb ovellete

Bahan B
-*100 gm butter - cairkan dan biar sejuk
-*60 ml susu segar
-*1 1/2 sdt pes pandan
-*1 sdt pewarna hijau

Bahan C
-*80 gm tepung superfine
-*40 gm tepung jagung 
***ayak bahan diatas

Bahan D
-*4 biji putih telur
-*80 gm gula castor







Cara-cara:-
-Pukul bahan A hingga kembang dan gebu....masukkan bahan B dan pukul sebati.
-Masukkan bahan C yang telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul sebati...ketepikan.
-Putar dengan kelajuan tinggi telur putih hingga berbuih dan kembang...masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kaku atau bertanduk...(adunan meringue).
-Masukkan adunan meringue kedalam adunan tepung dan dengan menggunakan spatula...kaup balik adunan hingga sebati...kaup balik perlahan ye.
-Tuang dalam paper cup 3/4 penuh dan bakar pada suhu 160 c selama 20 minit...setelah masak, biar sejuk baru deco dengan FC @ BC...makan saja pun sodap.







Buttercream:-
-*1 1/2 cawan gula icing
-*1/2 cawan krimwell
-*1/2 cawan shortening
-*1/2 cawan fresh cream
-*2 sdb susu pekat manis
-*pewarna

Cara-cara:-
-Satukan semua dan pukul dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan gebu.
***untuk membuat bunga...mesti lebihkan gula icing supaya mudah untuk membentuk kelopak bunga...sri lebih suka guna pewarna berasaskan minyak (yang digunakan untuk mewarna coklat putih).





SELAMAT MENCUBA (^_^)*

Wednesday, 23 May 2012

Kek Cawan Baldu Biru

Assalamualaikum...





Salam manis dan salam sayang buat semua...semua dah kenyang kan....jom kita jamu-jamu mata tengok kek cawan baldu biru nie...macam lagu duet awie dan ella....

Sehelai Baldu Biru..
Yang Kau Berikan Dulu..
Lambang Cinta Mu Itu..
Ku Simpan Di Kalbu Ku..

Alamak...ternyanyi la pulak...nasib baik tak ada yang dengar...kalau tak mesti ada yang pengsan...hehehe...sebenarnya kek nie sri buat jumaat lepas tapi deconya hari sabtu baru sri jalankan misi membuat rose...seperti yang sri janjikan...sri ada ambil gambar langkah demi langkah untuk membuat bunga ros untuk deco atas kek...harap-harap kawan-kawan dapat faham ye...kalau tak faham boleh tengok video yang sri kongsikan...sri pun banyak belajar dari pemilik video nie.









Untuk kali nie...sri deco bunga ros dengan freshcream...pertama kali deco dengan freshcream nie...rasa susah sikit...bagi yang baru nak belajar...sri cadangkan guna buttercream...jom layan resepi kek cawan nie.






Bahan-bahan:-
-*4 biji telur
-*1 sdb ovellete
-*1 sdt esen vanilla
-*100 gm marjerin - cairkan
-*60 ml susu segar + 1 sdt cuka makan / cuka epal - biar 10 minit...masa nak guna baru kacau
-*80 gm tepung superfine
-*40 gm tepung jagung
-*1 sdt baking powder
-*1/2 sdt soda bikarbonat
-*2 sdt pewarna biru
-*4 biji putih telur
-*80 gm gula castor

***freshcream @ buttercream untuk menghias...sri guna fresh cream.





Cara-cara:-
-Panaskan ketuhar pada suhu 160 c selama 10 minit.
-Satukan kuning telur, ovellete dan esen vanilla...pukul hingga kembang dan berkrim...masukkan marjerin cair dan pukul sebati.
-Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan soda bikarbonat...kacau susu yang ditambah cuka tadi...masukkan secara selang seli tepung dan susu ke dalam adunan tadi...pukul hingga sebati.
-Masukkan pewarna biru dan guna spatula untuk sebatikan...ketepikan.
-Pukul putih telur hingga berbuih dengan kelajuan tinggi dan masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan pukul hingga adunan kaku dan bertanduk.
-Masukkan adunan putih telur kedalam adunan pertama dan kaup balik hingga sebati dan mesra...kaup balik kasar tau...
-Masukkan adunan 3/4 kedalam paper cup...bakar selama 20 minit pada suhu 160 c...bila masak...sejukkan sebelum menghias.


Langkah-langkah membentuk bunga ros..(^^,)*


Peralatan yang sri guna...




Guna gunting untuk mengangkat bunga yang telah siap...

Siap sekuntum bunga...kalau deco guna freshcream...lepas buat simpan
sekejap dalam peti sebelum hias atas kek...


Video yang lebih membantu (^^,)...terima kasih TengSern Peh






SELAMAT MENCUBA (^^,)*

Wednesday, 16 May 2012

Vanilla Cup Cake

Assalamualaikum...


Salam manis dan salam sejahtera buat semua...tak lupa pada semua warga pendidik yang menabur bakti mendidik anak bangsa agar menjadi seorang insan yang berjaya dunia dan akhirat...Selamat Hari Guru sri ucapkan...kepada guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu pada anak didikmu ini...hanya Allah s.w.t yang mampu membalas segalanya...terima kasih pada guru-guru di SKTS, SKPK, SMKPK, SMKBTG dan tak lupa pada pensyarah-pensyarah di KYPMK...Selamat Hari Guru juga buat semua rakan-rakan.






Hari nie sri nak kongsikan resepi Vanilla Cup Cake...cup cake ni adalah permintaan adik sri untuk sambutan hari guru yang diadakan di sekolah hari nie...balik kerja semalam terus keluar beli barang-barang...balik terus mula mem'baking'...tengah malam baru siap semua...sebab tue hari nie kepala jem sikit nak mengarang...ok lah...tak nak melalut lagi...jom layan gambar dan resepi yang memang mudah tapi hasilnya memang sri puas hati sebab tekstur kek nya yang memang lemmmmmmmmbut gitue. (^^,)*









Bahan-bahan:-

Bahan A
-*4 biji kuning telur
-*2 sdb ovellete

Bahan B
-*100 gm marjerin - cairkan dan biar sejuk
-*60 ml susu segar
-*1 1/2 sdt perisa vanilla

Bahan C
-*80 gm tepung superfine
-*40 gm tepung jagung 
***ayak bahan diatas

Bahan D
-*4 biji putih telur
-*80 gm gula castor






Cara-cara:-
-Pukul bahan A hingga kembang dan gebu....masukkan bahan B dan pukul sebati.
-Masukkan bahan C yang telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul sebati...ketepikan.
-Putar dengan kelajuan tinggi telur putih hingga berbuih dan kembang...masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kaku atau bertanduk...adunan meringue.
-Masukkan adunan meringue kedalam adunan tepung dan dengan menggunakan spatula...kaup balik adunan hingga sebati.
-Tuang dalam paper cup 3/4 penuh dan bakar pada suhu 160 c selama 20 minit...setelah masak, biar sejuk baru deco dengan FC @ BC...makan saja pun sodap.







Buttercream:-
-*1 cawan gula icing
-*1/2 cawan krimwell
-*1/2 cawan shortening
-*1/2 cawan fresh cream
-*2 sdb susu pekat manis

Cara-cara:-
-Satukan semua dan pukul dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan gebu.



peralatan yang sri gunakan untuk mendeco. (^^,)


SELAMAT MENCUBA (^^,)

Tuesday, 17 April 2012

Choclate Cup Cake

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam sejahtera buat semua...hari nie bersiaran awal sikit sebab lepas update N3 untuk hari nie sri ada tugasan luar yang perlu dibereskan...nie mesti ada yang dah menyinsing lengan baju...bukan nak gaduh kan...tapi nak sediakan hidangan buat keluarga tersayang...:))






Untuk hari nie sri nak kongsikan resepi kek cawan coklat...kek nie sri buat hujung minggu lepas...sebenarnya plan nak buat choc chip muffin tapi bila dah siap sedia bahan...baru perasan terlupa nak beli choc chip...jadi tukar resepi sikit...kek nie walaupun bakar...tekstur dia memang moist...sedap pula rasa...(angkat bakul pulak sri nie..hihihi).






Lagi pun masa tengah jejalan kat blog kawan-kawan...masa singgah dapur Kak Ita Masam Manis (siap kak ita ajar cara-cara lagi...boleh klik SINI kalau nak tengok)...teruja pula tengok kek cawan yang Kak Ita deco...walaupun tangan nie bukanlah lembut sangat nak membentuk bunga...tapi nak juga cuba...hehehe...ok lah...jom kita layan resepi.



Bahan-bahan:-
Bahan A
-*1 cawan marjerin
-*2 biji kuning telur
-*1 1/2 cawan gula castor

Bahan B
-*1 cawan susu segar
-*1 cawan air
-*1 sdt esen vanilla

Bahan C
-*2 3/4 cawan tepung superfine
-*1/2 cawan serbuk koko
-*1 sdt baking powder

Bahan D
-*2 biji putih telur
-*2 sdb gula castor






Cara-cara:-
-Satukan bahan A dan putar hingga kembang dan putih...kemudian masukkan bahan B dan putar hingga sebati.
-Satukan bahan C dan ayak 3 kali...masukkan kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit dan putar sebati...ketepikan.
-Putar putih telur hingga kental dan bertanduk...masukkan gula castor dan putar lagi hingga kental...bila terbalikkan mangkuk adunan tak jatuh.
-Masukkan adunan putih telur tadi kedalam adunan tepung dan kaup balik dengan spatula.
-Tuang adunan 3/4 kedalam paper cup dan bakar pada suhu 170 c selama 20 minit.
-Bila dah siap sejukkan sebelum hias dengan buttercream.






Bahan-bahan Buttercream:-
-*1 1/4 cawan gula icing
-*1/2 cawan krimwell
-*1/2 cawan shortening


Cara-cara:-
-Satukan semua dan putar hingga gebu.
-Warnakan dan deco ikut citarasa.






SELAMAT MENCUBA :)

Wednesday, 28 March 2012

Hokkaido Chiffon Cup Cake

Assalamualaikum...

Apa khabar semua teman-teman...sri harap semuanya sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan kita pada hari ini oleh Nya...amin...salam ceria dan salam sejahtera buat semua...petang semalam sri cuba buat hokkaido chiffon cupcake....suka sangat sebab menjadi....tekstur nya memang lembut sesangat...ditambah dengan krim kastard yang lemak-lemak gitu...memang mengancam lah.






Sebenarnya resepi nie dah lama ada dalam list sri cuma petang semalam baru berkesempatan membuatnya dan sri dapat resepi nie dari blog kak Azlita Masam Manis ...terima kasih kak dan sri minta halal ye kongsi dekat sini pula...jom kita layannnnn.









Bahan-bahan:-

Bahan A
-*4 biji kuning telur (gred A)
-*40gm gula castor

Bahan B
-*50 ml susu segar
-*50 ml minyak jagung / minyak masak (sri guna minyak masak)
-*1 sdt esen vanilla

Bahan C
-*60 gm tepung kek / tepung superfine (sri guna tepung superfine)
-*20 gm tepung kastard
-*1 sdt baking powder
****Ayak sekurang-kurangnya 3 kali

Bahan D
-*4 biji putih telur
-*1/4 sdt garam halus
-*80 gm gula castor


Cara-cara:-
-Satukan Bahan A dan pukul dengan whisk dalam 3 minit.
-Masukkan Bahan B kedalam adunan tadi dan terus pukul lagi....Masukkan adunan tepung dan pukul lagi...pukul dengan whisk jer tau...bila dah sebati...ketepikan.
-Pukul putih telur dengan mixer pada kelajuan maksimum hingga bertanduk dan masukkan garam halus...pukul lagi...kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga bertanduk...(adunan meringue).
-Kemudian masukkan 1/2 adunan meringue ke dalam adunan tadi dan kaup balik kasar sahaja hingga rata...masukkan lebihan meringue dan kaup balik.
-Tuangkan 3/4 adunan kedalam setiap acuan...sri terlebih sudah...sebab tue semua naik lebih dari acuan...bila dah siap hentak-hentakkan sedikit.
-Bakar pada suhu 150 c selama 20 minit...sri guna api atas sahaja.
-Bila dah masak dan keluarkan dari oven..hentakkan sikit dan biar sejuk...bolehlah letakkan filling kastard.






Resepi kastard nie sri guna resepi sendiri...kalau nak buat cara kak Azlita boleh lah klik link yang sri letak kat atas ye...untuk resepi nie sri tak guna telur sebab adunan kek dah banyak telur...takut muak pula...apa-apa pun jom kita redah.



Bahan-bahan Krim Kastard:-
-*3/4 cawan susu segar
-*2 sdb tepung kastard
-*2 sdb gula (boleh tambah kalau nak manis lagi)
-*1/4 cawan air


Cara-cara:-
-Satukan semua dan kacau sebati...masak atas api sederhana...pastikan sentiasa kacau untuk elakkan krim berketul...bila krim mula memekat kecilkan api dan kacau sekejap...kemudian tutup api dan alihkan periuk...kacau lagi hingga krim nampak licin...biarkan sekejap dan masukkan dalam piping bag dan pipe kan pada kek tadi.






SELAMAT MENCUBA :)


Tuesday, 20 December 2011

paNDan sPOngE cUp cAKe

Assalamualaikum...
Salam ceria dan selamat menjamu selera...hari nie tak nak celoteh panjang-panjang sebab masih terasa letih lagi...hari nie sri nak kongsi resepi pandan sponge cup cake...resepi nie sri dapat dari teman FB ( kak Rina Mohd Dom )...terima kasih kak Rina sebab kek nie memang macam sponge :D ...N3 nie sri buat minggu lepas...jom layan bahan-bahan yang diperlukan.






Bahan-bahan:-
-*125gm tepung gandum
-*1 sdt baking powder
-*3 biji telur
-*1 sdb ovellet
-*130gm gula castor
-*25gm air ( sri ganti dgn air pandan...kisar 2 helai daun pandan dan tapis ambil airnya )
-*45gm minyak jagung / minyak masak






Cara-cara:-
-Ayak tepung gandum bersama baking powder...sri ayak 3x sebab nak bagi kek ringan...ketepikan.
-Satukan telur dan ovellet...kacau sebati...masukkan telur satu persatu dan mix hingga kembang.
-Setelah adunan tadi kembang...masukkan tepung dan air pandan berselang seli dan mix sebati.
-Akhir sekali masukkan minyak jagung / minyak masak sedikit demi sedikit dan mix sebati.
-Setelah sip...letak dalam cup dan bakar pada suhu 170 c selama 20 minit...kalau dalam loyang dalam 45 minit...sri guna api atas bawah.






SELAMAT MENCUBA :)


Friday, 25 November 2011

zEBra bUTtEr cUp cAKe

Assalamualaikum...
Dah banyak hari sri tak update blog nie...sibuk sikit minggu nie...bila dah mula cuti sekolah dan musim orang kahwin nie...jadual memang padat sikit...banyak keje yang nak kena buat...hari nie sri nak kongsi resepi butter cup cake...kebetulan pula jiran bagi buah kelapa muda atau orang utara sebut nyioq muda...memang syiok la makan dengan butter cup cake yang panas-panas lagi...






Sebenarnya nie resepi butter cup cake tapi saja sri letak nama zebra butter cup cake sebab masa sri keluarkan cup cake dari oven...adik sri yang bongsu kata "nampak macam belang zebra la"...:))) penyediaan untuk buat butter cup cake nie pun tak la rumit...mudah jer...







Bahan-bahan:-
-*1 cawan marjerin / butter
-*1 cawan gula
-*3 biji telur
-*2 cawan tepung gandum
-*2 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
-*1 sdt esen vanila
-*1 sdt choc emulco






Cara-cara:-
-Putar marjerin / butter dengan gula hingga kembang dan putih.
-Masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga benar-benar kembang...masukkan esen vanila.
-Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit dan terus gaul hingga sebati.
-Ambil 1 sudu besar adunan tadi dan campurkan dengan choc emulco dan masukkan dalam piping beg...yang ini untuk buat deco atas cake.
-Masukkan adunan 3/4 dalam acuan dan ambil adunan yang ditambah dengan choc emulco dan buat 3 garisan memanjang di atas adunan...kemudian lorek atau celorengkan aje ikut kreativiti masing2 menggunakan lidi.
-Bakar pada suhu 170 c selama 20 minit...sri guna api atas bawah.







Ini lah rupa setelah keluar dari oven...memang semerbak lah bau dia...gebuss sangat...hehehe perasan jap...sekejap jer dah selesai...kalau nak buat perisa lain atau nak tambah kekacang pun boleh juga.







SELAMAT MENCUBA :)

Wednesday, 2 November 2011

oRAnGe cUp cAKe wITh sImPLy cREam cHiZzz



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Dah lama rasanya sri tak 'membaking'...semalam bila online FB ramai pula yang post gambar2 kek dan cupcake yang comel2...geram pula rasa...terus teringin nak makan kek...jadi bila geledah stok2 yang ada dalam simpanan semua bahan2 untuk 'membaking' ada dan dalam peti sejuk pula ada buah oren...untuk minum petang semalam sri buatkan orange cup cake...cupcake nie kalau makan saja pun sedap tapi semalam sri buat simple cream chizzz...lagi best rasa dia...






Bahan-bahan:-
-*1 biji oren - kupas kulit dan potong wedges..buang urat putih kat tengah2
-*1 biji parutan kulit oren - optional
-*1 cawan gula pasir
-*1 cwn minyak masak
-*3 biji telur
-*pewarna oren

***kisar semua bahan2 di atas sampai halus.

-*2 cawan tepung gandum
-*1 1/2 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat

***ayak bahan2 di atas






Cara-cara:-
-Tuanng bahan2 kisar tadi kedalam mangkuk dan satukan dengan bahan2 ayak.
-Kacau adunan dengan senduk hingga sebati.
-Boleh masukkan dalam loyang atau isi dalam cup.
-Bakar pada suhu 170 c.
-Biarkan sejuk baru piping cream chizz.






Bahan-bahan Krim:-
-*6 sdb marjerin
-*3 sdb cream cheese
-*1/2 cawan gula icing (kalau nak manis boleh masukkan 3/4 cawan)

Cara-cara:-
-Putar marjerin dengan gula hingga kembang.
-Masukkan cream cheese dan putar lagi hingga gebu.



SELAMAT MENCUBA :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...