Pages

Showing posts with label mANisAn. Show all posts
Showing posts with label mANisAn. Show all posts

Friday, 7 June 2013

Selamat Pengantin Baru Ct & Yusri

Assalamualaikum...


Salam Jumaat yang penuh barokah...semoga hari ini lebih baik dari semalam dan apa jua yang kita lalui semuanya adalah ujian dari Yang Maha Esa buat hamba-hamba-Nya...segalanya adalah kasih dan rahmat dari Allah s.w.t...mudah-mudahan kita sentiasa berada dibawah lindungan dan dipermudahkan segala urusan oleh Nya...aminn..






Salam sayang buat semua jiran-jiran dapur sri dan tak lupa juga buat tetamu-tetamu yang sudi menjengah...terima kasih sri ucapkan...di sini sri nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Ct & Yusri yang telah melangsungkan perkahwinan pada 25hb Mei yang lepas...sri juga nak ucapkan terima kasih diatas tempahan yang dibuat...diharap berpuas hati dan minta halal lebih dan kurang ye...:))



Foto From Puan Ct






Puding Roti Kurma ...manisan makan beradab yang ditempah oleh Pn Ct...sebelum nie sri dah pernah letak dalam blog...cuma warnanya ajer yang tak sama...bagi yang tengok gambar dan resepi yang lepas boleh klik dekat link yang sri sertakan sebab untuk kali nie sri akan kurangkan adunannya...bagi yang baru nak mencuba boleh ikut sukatan yang sikit nie dulu...:))









Bahan-bahan:-
-*13 gm agar-agar tali
-*400 ml air
-*300 ml susu segar
-*175 ml susu cair
-*2 keping roti 
-*1/4 + 1/8 cawan gula pasir
-*7 biji kurma - buang biji dan cincang halus
-*pewarna - sri guna warna kuning telur, ungu, maroon dan biru


Cara-cara:-
-Masak agar-agar dengan air hingga semua larut...kemudian tapiskan.
-Satukan susu segar, susu cair, roti dan gula pasir dalam pengisar makanan...kisar hingga halus.
-Kemudian tuang dalam agar-agar tadi dan masukkan buah kurma yang dicincang halus.
-Masak dengan api perlahan selama lebih kurang 10 minit...tutup api dan angkat.
-Bahagikan kepada beberapa bahagian yang kita hendak letak pewarna dan warnakan.
-Caranya...tuangkan lapisan pertama kedalam mould atau loyang yang telah dibasahkan..bekukan sekejap dalam peti ais...kemudian tuang pula lapisan kedua dan seterusnya ulang langkah tadi dan buat hingga habis.

***NOTA..masa kita sejukkan setiap lapisan...pastikan lapisan tidak terlalu keras...ini kerana untuk mengelakkan lapisan terpisah antara satu sama lain...dan masa hendak tuang lapisan berikutnya, pastikan juga senduk atau sudu yang diguanakan berada dekat dengan lapisan yang bawah masa kita nak tuang adunan kerana takut adunan yang bawah pecah dan bercampur.

***NOTA..kalau takut setiap lapisan akan terpisah...boleh guna kaedah nie...sebelum tuang lapisan yang baru keatas lapisan yang dah mengeras...gariskan lapisan yang beku tadi dengan garpu...layangkan garisan pada permukaan atas saja dengan lembut...kemudian baru tuang...InsyaAllah...lapisan tak akan terpisah.

-Sedap dihidang sejuk.






Fruit Tartlet juga salah satu manisan yang di tempah oleh Pn Ct...resepi nie pun sri dah pernah kongsikan untuk teman-teman...nak tengok N3 yang lepas boleh klik dekat link...ataupun boleh bawa tetikus kebawah untuk tengok siaran ulang tayang sebab sri tengah rajin nak c&p dekat sini...hihi...layannnn (^^,)









Tart Shell
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*250 gm butter
-*40 gm gula icing - ayak
-*1 sdt esen vanilla

Bahan B
-*1 biji telur

Bahan C
-*420 gm tepung gandum - ayak
-*1 cawan susu tepung

Cara-cara:-
-Putar bahan A hingga sebati dan lembut...kemudian tambahkan bahan B...putar lagi.
-Masukkan sedikit demi sedikit bahan C...boleh terus guna mixer atau uli guna tangan...sri guna tangan jer...bila dah sempurna doh tadi...simpan sekejap dalam peti ais selama 30 minit.
-Setelah itu...keluarkan dari peti ais dan bolehlah mula tekan adunan pastri kedalam acuan tart...sri guna acuan tart bersaiz 5.5cm...bakar tart shell pada suhu 160 c selama 20 minit (guna api atas bawah)...bila dah masak, sejukkan sebelum letak filling.

NOTA...sri guna acuan 5.5'...untuk mendapatkan tart shell yang sama tebal, sama cantik..sri bulat-bulatkan doh dan setiap satu doh beratnya 20gm...boleh tengok dekat gambar..:))







Krim Kastard
Bahan-bahan:-
-*3/4 cawan tepung kastard
-*1 cawan susu segar
-*1 cawan susu cair
-*1/2 cawan air
-*5 - 6 sdb gula
-*1/4 sdt garam halus


Cara-cara:-
-Satukan semua bahan-bahan krim dan kacau hingga semua bahan mesra...masak atas api yang sederhana...sentiasa kacau adunan untuk elakkan adunan berketul...bila adunan mula memekat...tutup api dan alihkan periuk...teruskan mengacau hingga adunan nampak pekat dan licin...setelah itu, masukkan dalam piping bag yang ada nozel bintang (tak guna nozel pun tak apa)...rehatkan sekejap...lepas itu pipe kan dalam tart shell tadi dan susun buah-buahan yang di sukai...sejukkan sebelum menghidang.

NOTA..kalau adunan krim kastard terlalu pekat...tambahkan air panas sedikit demi sedikit dan mix adunan.






Tart Nenas Gulung yang gebu-gebassss dan Biskut Semperit Chocolate Chips yang kiut miut juga ditempah oleh Pn Ct sebagai bauh tangan kepada tetamu...(^^,)*



Tart Nenas Gulung



Semperit Choc Chips



Untuk resepi biskut...lalink-lalink semua klik dekat link ye...rasa macam dah panjang sangat N3 nie...puas pulak dok skroll mouse kan...mmmuuuaahhh...sayang u olls...hihi (^^,)*



SELAMAT MENCUBA (^_^)*





Monday, 25 March 2013

Melty Cheezy

Assalamualaikum...

Salam manis dan selamat malam...sri doakan yang terbaik buat semua...dah lama tak menjengah dapur nie...rasa rindu membuak-buak nak update dan BW ke dapur teman-teman yang lain...rasanya banyak resepi-resepi yang dah sri terlepas dan tertinggal...:(






Sebenarnya N3 yang nak sri masukkan malam nie dah lama sri buat...cuma masa yang tak mengizinkan...gambar nie pun dah lama sri letak dekat dinding FB sri...malam nie ada sedikit masa yang terluang...jadi boleh lah lap-lap dan kemas-kemas apa yang patut dekat dapur maya nie.






Apa yang nak sri kongsikan pada malam nie, sebenarnya dah ramai yang tahu tentang manisan yang sememangnya famous dekat FB...sri nie dah kira macam naik keretapi zaman dolu-dolu...hehehe...lambat benor sampainya...untuk melty nie sri buat rujukan dari blog Masam Manis dan juga page Jom Masak ...terima kasih sri ucapkan atas perkongsian.






Bagi yang belum pernah cuba...boleh cuba ye dan tak rugi sebab sedap...lagi-lagi bagi penggemar keju...waaaa....naik lagi la jarum penimbang...:p

Jom kita tengok bahan-bahan apa yang sri guna dan selamat mencuba...(^^,)






Bahan-bahan:-

*Bahan Dasar
-*10 keping biskut marie susu/coklat/kopi
-*1 cawan nestum
-*1 cawan cornflakes
-*1/3 cawan susu tepung
-*2 sdb marjerin - cairkan

Cara-cara
-Kisar halus biskut marie, cornflakes dan nestum.
-Kemudian satukan semua bahan-bahan tadi dan gaul dengan marjerin cair hingga menjadi seperti serbuk roti..(sri suka dasar yang macam nie)...
***bagi yang suka dasar yang agak padat...boleh tambah sukatan marjerin kepada 3 @ 4 sdb...boleh juga kalau nak letak kek sebagai dasar...terpulang pada citarasa masing-masing.


*Bahan Krim Keju
-*250 gm krim keju - dibiarkan pada suhu bilik
-*75 gm gula halus
-*135 gm yogurt asli / perisa 
-*150 ml non-dairy whipping cream

Cara-cara
-Putar krim keju dan gula halus hingga kembang dan gebu.
-Masukkan yogurt dan putar lagi hingga sebati...ketepikan.
-Dalam mangkuk lain, putar non-dairy whipping cream hingga kaku dengan kelajuan maksima...masukkan kedalam adunan keju tadi putar sebati...simpan selama 5 minit dalam peti ais.


*Bahan Chocolate Ganache
-*250 gm coklat gelap / susu
-*100 ml non dairy whipping cream
-*1 sdb golden syrup

Cara-cara
-Panaskan non-dairy whipping cream bersama golden syrup...jangan sampai mendidih tau.
-Masukkan coklat yang telah dipotong kiub dan kacau hingga coklat cair sepenuhnya.
-Ketepikan dan biarkan coklat sejuk.


*Bahan Hiasan
-*Filling strawberry (nak ganti dengan apa-apa perisa pun boleh)
-*keju parut






Cara Melapis
-Letakkan bahagian dasar dibahagian bawah bekas.
-Paipkan adunan keju hingga menutupi bahagian dasar.
-Kemudian paipkan filling strawberry dan chocolate ganache.
-Paipkan lagi adunan keju hingga penuh...hias mengikut kreativiti...tabur bahagian atas dengan keju parut.









SELAMAT MENCUBA (^_^)*








Friday, 1 February 2013

Puding Roti Kurma

Assalamualaikum...





Salam manis dan salam rindu buat semua...ya ammpunnnn...pagi-pagi buta sri dok belek dapur maya nie...orang lain semua dah hanyut dibuai mimpi...yang mengigau pun ada tue...hehehe...(^^,)

Kalau ikutkan mata nie memang dah berat sangat...asyik menjeling ke bantal yang tersedia untuk menerima pelukan dari tuannya tapi kalau sri tak update resepi untuk dikongsi bersama-sama sekarang...alamatnya,makin banyaklah yang tersimpan dalam pendrive tue...:-p






Puding nie sri buat masa en suami balik bercuti hari tue...en suami memang suka makan puding roti, cuma kali nie sri gatal-gatalkan tangan sikit tambah perasa...takut juga tak kena dengan selera en suami...tapi kan....wallllahhhh...en suami kata sedapppp...senyum kita sampai telinga...hehehe

Tapi kira nie dah jadi kes pekasam dah...nak buat macam mana, tuan empunya nie sibukkkk memanjang, sampaikan nak kemas-kemas dapur pun tak sempat...apa yang disibukkan pun tak tahu la tapi memang sibuk...hahaha...kalau ada yang pening membaca, baik roll kebawah jer...karang sri takut ada yang dapat migrain baca statement sri...poyo jer ayat...sebab kepala dah ting tong...ni lah jadinya...jom lah kita tengok apa yang sri godek-godek pastu jadilah puding munger-munger yang macam dalam gambar tue...comey tak(^^,)






Bahan-bahan:-
-*30 gm agar-agar tali
-*800 ml air
-*600 ml susu segar
-*250 ml susu cair
-*4 keping roti 
-*3/4 cawan gula pasir
-*16 biji kurma - buang biji dan cincang halus
-*pewarna - sri guna warna biru, merah, kuning, hijau dan ungu


Cara-cara:-
-Masak agar-agar dengan air hingga semua larut...kemudian tapiskan.
-Satukan susu segar, susu cair, roti dan gula pasir dalam pengisar makanan...kisar hingga halus.
-Kemudian tuang dalam agar-agar tadi dan masukkan buah kurma yang dicincang halus.
-Masak dengan api perlahan selama lebih kurang 10 minit...tutup api dan angkat.
-Bahagikan kepada beberapa bahagian yang kita hendak letak pewarna dan warnakan.
-Caranya...tuangkan lapisan pertama kedalam mould atau loyang yang telah dibasahkan..bekukan sekejap dalam peti ais...kemudian tuang pula lapisan kedua dan seterusnya ulang langkah tadi dan buat hingga habis.

***NOTA..masa kita sejukkan setiap lapisan...pastikan lapisan tidak terlalu keras...ini kerana untuk mengelakkan lapisan terpisah antara satu sama lain...dan masa hendak tuang lapisan berikutnya, pastikan juga senduk atau sudu yang diguanakan berada dekat dengan lapisan yang bawah masa kita nak tuang adunan kerana takut adunan yang bawah pecah dan bercampur.

-Sedap dihidang sejuk.






Sedikit Fakta Tentang Buah Tamar / Buah Kurma
Sumber : faktafaktamenarik.com

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga buah kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


pic google


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan buah kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : 
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ (buah kurma) dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
“Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat buah kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.


Pokok Dan Buah Kurma
pic google

Khasiat Buah Tamar / Buah Kurma


1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.

2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. :
 “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.

6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal

10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.

Walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.Selain berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu .

Dengan sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian.





SELAMAT MENCUBA (^_^)*

Tuesday, 15 January 2013

Puding Roti Marble Laici

Assalamualaikum...


Salam 1 Malaysia dan salam sayang buat semua pengunjung blog rosri kitchen...terima kasih pada semua yang sudi menjengah ke sini...apa khabar semua...sri doakan moga kalian diberi kesihatan yang sempurna untuk menjalani rutin harian.






Sebenarnya untuk N3 kali nie sri nak kongsikan semalam tapi tak berkesempatan berikutan kerja yang sentiasa memanggil-manggil...hehehe...jadi hari nie sri nak layur-layur sikit...tak ada yang istimewa pun cuma tekak nie yang teringin sangat nak makan puding...tambahan pula asyik terbayang-bayang Puding Kukus Laici yang di sajikan oleh dapur zila4ever.


Resepi nie sri godek-godek sendiri cuma ambil idea zila letak buah laici kat bahagian atas puding...kita tak curi taw...kita dah minta izin dari zila hari tue...betul kan zila...apa-apa pun memang best sangat gabungan puding roti dan laici...mabelesssss...(^^,)*






Bagi yang nak mencuba untuk minum petang atau sebagai pencuci mulut makan malam nanti...jom kita skodeng resepinya....lai..lai..lai...:)






Bahan-bahan:-
Bahagian atas
-*15 gm agar-agar tali
-*300 ml air
-*300 ml air laici - boleh guna air yang dalam tin buah laici atau air kotak perisa laici
-*1 tin buah laici
-*3/4 cawan gula pasir
-*pewarna merah

Cara-cara
-Satukan semua kecuali buah laici...masak atas api hingga agar-agar larut...kemudian tapis.
-Susun buah laici dalam loyang atau mould yang hendak digunakan...sendukkan agar-agar tadi dan tuang atas buah laici...sendukkan separuh dahulu dan sejukkan sebentar tapi jangan sampai keras tau...tuang baki agar-agar tadi dan bekukan.
***tujuan kita tak tuang kesemua agar-agar tadi diatas buah laici adalah untuk mengelakkan buah laici terapung...kalau ini terjadi, bila kita terbalikkan loyang atau mould...buah laici tak akan kelihatan sangat...jadi puding kita tak nampak cantiklah...(^^,)*



puding yang baru dikeluarkan dari mould


Bahagian bawah
-*30 gm agar-agar tali
-*4 keping roti
-*400 ml susu segar
-*400 ml air
-*3/4 cawan gula pasir
-*1 sdb serbuk koko - bancuh dengan sedikit air panas
-*pewarna merah jambu


Cara-cara
-Satukan susu segar, roti dan gula...ketepikan.
-Masak agar-agar dengan air hingga larut dan tapis.
-Kisar roti yang direndam tadi hingga halus dan campurkan kedalam agar-agar tadi dan masak sebentar...lebih kurang 5 minit dan tutup api.
-Bahagi kepada dua adunan...satu adunan letakkan dengan pewarna merah jambu dan satu lagi adunan letakkan dengan bancuhan serbuk koko...kacau sebati.






Cara-cara melapis:-
-Keluarkan agar-agar yang kita sejukkan tadi...garis bahagian atas agar-agar tersebut dengan garpu..buat dengan lemah lembut tau...karang tak pasal-pasal, hancur agar-agar tadi.
***ini adalah supaya agar-agar bahagian atas dan bawah tak terpisah.
-Setelah itu ambil satu senduk adunan merah jambu dan tuang di tengah-tengah agar-agar...kemudian ambil adunan coklat dan tuang ditengah-tengah diatas adunan merah jambu.
-Ulang langkah tersebut hingga habis adunan...biarkan sekejap dan simpan dalam peti ais.
-Sedap dihidang sejuk.







SELAMAT MENCUBA (^_^)*

Tuesday, 18 December 2012

Pineapple Trifle With Choc Layer

Assalamualaikum....






Salam manis dan salam sayang buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung ke sini...selamat bersua di dapur maya...sri doakan semua teman-teman diberi kesihatan yang baik untuk menjalani rutin harian...bagi yang tak sihat tue...cepat-cepat makan ubat ye dan ingatlah bahawa setiap kesakitan yang kita rasai adalah penghapus dosa-dosa.






Selamat menjamu selera bagi semua yang sedang menikmati hidangan tengahari...sri cuma lunch dgn 2 keping roti je...itu pun macam susah nak telan...tak ada selera pula hari nie...:(






Ok lah...hari nie sri nak kongsi resepi puding trifle nenas...sebenarnya kira N3 tertunda sebab sri buat minggu lepas tapi di sebabkan masalah internet yang tak dapat dielakkan sampai kita pun naik tenat juga la...hehehe...bila hubungi TM baru tahu bahawa sebahagian kawasan Butterworth mengalami masalah teknikal dan kawasan sri terlibat sama...kalau nak update guna tab...bercinta la sebab lambat bila nak upload gambar...:p






Sebelum nie sri pernah kongsikan resepi Biscuit Trifle dan kali nie kita ubah suai sikit...bagi yang mencuba sebagai manisan untuk makan malam nanti boleh lah cuba...bagi sri memang tak rugi...sedap sangat sebab sri suka rasa gandingan nenas, kastard, kek dan chocolate...macam atok astro kata, macam-macam ada...hehehe...sejuk je rasa anak tekak ni bila puding trifle menyelusuri masuk...apa lagi, jom semak (^^,)*






Bahan-bahan & Cara-cara:-

***pertama sekali kita masak agar-agar dahulu sebab kalau agar-agar panas nanti coklat akan cair...masa tuang agar-agar harus suam.

Bahan-bahan:-
-*10gm agar-agar tali
-*2 cawan air
-*1 cawan jus nenas
-*5 sdb gula
-*pewarna kuning

***Satukan semua dan masak hingga agar-agar hancur...tapis...ketepikan dan boleh mula untuk langkah pertama

Lapisan Pertama
-*marble butter cake - potong dadu  
kalau nak guna swiss roll pun ok juga...ikut pada selera masing-masing dan kalau rajin boleh buat kek sendiri...sri beli siap sebab nak sediakan untuk makan malam...dah tak sempat nak bakar kek...balik kerja pun dah lewat hari tue..:)

***letakkan kek tadi pada dasar bekas yang kita nak gunakan.


Lapisan Kedua
-*1 tin susu cair
-*4 1/2 sdb tepung kastard
-*5 @ 6 sdb gula
-*2 cawan air

***Satukan kesemua bahan diatas dan kacau hingga semua sebati...masak diatas api yang sederhana...sentiasa kacau untuk mengelakkan adunan berketul...kacau sehingga adunan pekat (bila senduk mula rasa berat untuk kacau)...tutup api dan ketepikan...kacau sekejap...kemudian tuang atas lapisan pertama tadi.






Lapisan Ketiga
-*100 ml susu cair / non-dairy whipping cream
-*200 gm dark chocolate - potong dadu
-*buah nenas - potong kiub


***panaskan susu cair / non-dairy whiiping cream hingga terbentuk buih dibahagian tepi periuk...tutup api dan alihkan...kemudian masukkan dark chocolate dan kacau hingga semua cair...sejukkan selama 10 minit...setelah itu tuang diatas lapisan kedua dan taburkan dengan kiub nenas.


Lapisan Keempat
***tuang agar-agar yang kita masak tadi diatas lapisan ketiga...sejukkan sebelum menghidang.







SELAMAT MENCUBA (^_^)*

Wednesday, 10 October 2012

Strawberry Tiramisu ~ From Berry Lavynia To Rie Arie

Assalamualaikum...


Salam manis dan salam sayang buat semua pengunjung blog ROSRIkitchen...terima kasih sri ucapkan pada yang tak jemu bertandang ke dapur yang tak seberapa nie...selamat datang juga pada yang baru berjumpa dengan blog sri.






Hari nie cuaca terlalu panas...dah berapa liter air yang sri minum pun tak tahu dah...selalu 1 botol yg besar tue pun payah nak habis...hari nie memang lebih dari biasa la...






Hari nie sri nak kongsikan resepi strawberry tiramisu...sebelum nie pun dah ada resepi tiramisu dalam almari dapur ROSRIkitchen nie...cuma kali nie sri gunakan perisa strawberry pula...yang nie tiramisu yang ditempah oleh adik sri untuk befday suaminya yang ke.........?hehehe...(^_^)*nak tahu umur kena tanya tuan empunya diri.







Bahan-bahan Syrup:-
-*150 gm filling strawberry
-*100ml air suam
-*2 sdb gula ising

Cara-cara:-
-Satukan semua bahan-bahan syrup dan kacau sebati...ketepikan.






Bahan-bahan Krim:-
-*250 gm cream chesse
-*150 ml non-dairy whipping cream
-*150 ml whipped cream
-*50 gm gula icing

Cara-cara:-
-Pukul cream chesse hingga gebu dan masukkan gula icing dan pukul lagi...ketepikan.
-Satukan whipping cream dan whipped cream...pukul hingga agak pekat dan sebati.
-Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.






Bahan-bahan Hiasan:-
-biskut tiramisu
-buah strawberry
-filling strawberry
-serbuk koko

Cara-cara Melapis:-
-Kalau gunakan loyang...alaskan dahulu dengan kertas minyak supaya memudahkan kita untuk mengeluarkan tiramisu dari loyang.
-Celupkan biskut tiramisu kedalam syrup dan susun di dalam loyang...susun rapat-rapat.
-Lapiskan dengan krim di atas biskut dengan rata....kemudian piping filling strawberry diatas cream.
-Ulang langkah hingga penuh loyang...bila dah siap...sejukkan dalam peti selama 2 hingga 3 jam sebelum keluarkan dari loyang...sri biarkan semalaman.
-Bila dah keluarkan dari loyang...kemaskan tiramisu kita dengan lebihan cream ataupun boleh juga kalau kemaskan dengan fresh cream.
-Bila siap ayak serbuk koko di permukaan dan hias ikut kreativiti masing-masing.






SELAMAT MENCUBA (^_^)*



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...