Pages

Thursday, 6 December 2012

Fruit Tartlet

Assalamualaikum...


Salam manis dan salam ceria buat semua...terima kasih tak terhingga sri ucapkan pada yang sudi singgah di sini...kalau ada yang terkurang harap dimaafkan ye.






Cik-cik puan semua dah siap masak ke juadah untuk tengahari nie...menu apa tue...macam-macam bau ada dah nie...perut pun mula lah nak buat lagu keroncong...(^_^) jangan lupa hantar semangkuk dua ke sini...hihihi.






Untuk hari nie sri nak layan-layan fruit tart jer untuk semua...sedap tau...tak tipu...buat sebagai pencuci mulut ataupun untuk minum petang nanti...dijamin habis dan licin...lagi best kalau dihidangkan sejuk..serve chilled omputih kata...hehehe...:)

Bagi yang nak mencuba...boleh belek-belek resepi kat bawah nie ye...resepi tart shell tue, sri masih kekalkan resepi yang selalu sri gunakan sebelum nie sebab sesuai dengan selera sri...moh kite :)






Bahan-bahan:-
Bahan A
-*250 gm butter
-*40 gm gula icing - ayak
-*1 sdt esen vanilla

Bahan B
-*1 biji telur

Bahan C
-*420 gm tepung gandum - ayak
-*1 cawan susu tepung

Cara-cara:-
-Putar bahan A hingga sebati dan lembut...kemudian tambahkan bahan B...putar lagi.
-Masukkan sedikit demi sedikit bahan C...boleh terus guna mixer atau uli guna tangan...sri guna tangan jer...bila dah sempurna doh tadi...simpan sekejap dalam peti ais selama 30 minit.
-Setelah itu...keluarkan dari peti ais dan bolehlah mula tekan adunan pastri kedalam acuan tart...sri guna acuan tart bersaiz 5.5cm...bakar tart shell pada suhu 160 c selama 20 minit (guna api atas bawah)...bila dah masak, sejukkan sebelum letak filling.









Cream Kastard
Bahan-bahan:-
-*3/4 cawan tepung kastard
-*1 cawan susu segar
-*1 cawan susu cair
-*1/2 cawan air
-*5 - 6 sdb gula
-*1/4 sdt garam halus


Cara-cara:-
-Satukan semua bahan-bahan krim dan kacau hingga semua bahan mesra...masak atas api yang sederhana...sentiasa kacau adunan untuk elakkan adunan berketul...bila adunan mula memekat...tutup api dan alihkan periuk...teruskan mengacau hingga adunan nampak pekat dan licin...setelah itu, masukkan dalam piping bag yang ada nozel bintang (tak guna nozel pun tak apa)...rehatkan sekejap...lepas itu pipe kan dalam tart shell tadi dan susun buah-buahan yang di sukai...sejukkan sebelum menghidang.



sri suka letak buah strawberry, kiwi dan peach...nyummmy !!!

SELAMAT MENCUBA (^_^)*

6 comments:

  1. Wow my fav ... Sedapny a tgk... Hapi to follow u .. Glad if u follow me back ad

    http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Subhie..
      otw 2 yr blog..:)
      happy bw

      Delete
  2. Lama tak berkunjung... Sri apa khabar...tentulah sihatkan, he he hehh kalau tak sihat takkanlah boleh buat fruit tartlet yang cantik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak amie bw kt sini..
      sri sihat..dan bertambah2 sihat...hehehe
      teringin nk mkn..

      Delete
  3. kreatif dan nampak menyelerakan fruit tartlet tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...