Pening juga memikirkan nak masak apa tengahari nie...kalau boleh yang ringkas2 je sbb nak kena mula projek buat popia salju...aidiladha dah dekat...jadi kena la siapkan tempahan sebelum isnin...lagipun bila kaum adam yang pergi pasar (sbb mr suami pun pening nak beli apa utk menu tengahari) ;)...yang nak masak nie lagi lah pening memikirkan apa yang nak dimasak bila yang dibawa balik hanya ikan kayu putih @ ikan tongkol...yang terlintas resepi sambal tumis kicap...resepi dari mak...
Bahan-bahan:-
-*1 ekor ikan kayu putih
-*15 biji cili kering
-*1 labu bawang besar
-*3 ulas bawang putih
-*3 ulas bawang merah
-*belacan
-*1 inci halia
-*1 sdt kicap pekat
-*1 sdb kicap manis
-*1sdt kicap masin
-*garam
-*gula
-*1 keping asam keping
-*serbuk kunyit
Cara-cara:-
-Bersihkan ikan dan gaul dengan garam serta serbuk kunyit...goreng ikan tersebut...ketepikan.
-Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan.
-Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak...masukkan asam keping.
-Masukkan kicap pekat, kicap manis, kicap masin, garam dan gula...kacau sebati.
-Masukkan ikan tadi ke dalam bahan tumis dan masak seketika.
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment