Pages

Showing posts with label Aneka Pai_Tart. Show all posts
Showing posts with label Aneka Pai_Tart. Show all posts

Friday, 7 June 2013

Selamat Pengantin Baru Ct & Yusri

Assalamualaikum...


Salam Jumaat yang penuh barokah...semoga hari ini lebih baik dari semalam dan apa jua yang kita lalui semuanya adalah ujian dari Yang Maha Esa buat hamba-hamba-Nya...segalanya adalah kasih dan rahmat dari Allah s.w.t...mudah-mudahan kita sentiasa berada dibawah lindungan dan dipermudahkan segala urusan oleh Nya...aminn..






Salam sayang buat semua jiran-jiran dapur sri dan tak lupa juga buat tetamu-tetamu yang sudi menjengah...terima kasih sri ucapkan...di sini sri nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Ct & Yusri yang telah melangsungkan perkahwinan pada 25hb Mei yang lepas...sri juga nak ucapkan terima kasih diatas tempahan yang dibuat...diharap berpuas hati dan minta halal lebih dan kurang ye...:))



Foto From Puan Ct






Puding Roti Kurma ...manisan makan beradab yang ditempah oleh Pn Ct...sebelum nie sri dah pernah letak dalam blog...cuma warnanya ajer yang tak sama...bagi yang tengok gambar dan resepi yang lepas boleh klik dekat link yang sri sertakan sebab untuk kali nie sri akan kurangkan adunannya...bagi yang baru nak mencuba boleh ikut sukatan yang sikit nie dulu...:))









Bahan-bahan:-
-*13 gm agar-agar tali
-*400 ml air
-*300 ml susu segar
-*175 ml susu cair
-*2 keping roti 
-*1/4 + 1/8 cawan gula pasir
-*7 biji kurma - buang biji dan cincang halus
-*pewarna - sri guna warna kuning telur, ungu, maroon dan biru


Cara-cara:-
-Masak agar-agar dengan air hingga semua larut...kemudian tapiskan.
-Satukan susu segar, susu cair, roti dan gula pasir dalam pengisar makanan...kisar hingga halus.
-Kemudian tuang dalam agar-agar tadi dan masukkan buah kurma yang dicincang halus.
-Masak dengan api perlahan selama lebih kurang 10 minit...tutup api dan angkat.
-Bahagikan kepada beberapa bahagian yang kita hendak letak pewarna dan warnakan.
-Caranya...tuangkan lapisan pertama kedalam mould atau loyang yang telah dibasahkan..bekukan sekejap dalam peti ais...kemudian tuang pula lapisan kedua dan seterusnya ulang langkah tadi dan buat hingga habis.

***NOTA..masa kita sejukkan setiap lapisan...pastikan lapisan tidak terlalu keras...ini kerana untuk mengelakkan lapisan terpisah antara satu sama lain...dan masa hendak tuang lapisan berikutnya, pastikan juga senduk atau sudu yang diguanakan berada dekat dengan lapisan yang bawah masa kita nak tuang adunan kerana takut adunan yang bawah pecah dan bercampur.

***NOTA..kalau takut setiap lapisan akan terpisah...boleh guna kaedah nie...sebelum tuang lapisan yang baru keatas lapisan yang dah mengeras...gariskan lapisan yang beku tadi dengan garpu...layangkan garisan pada permukaan atas saja dengan lembut...kemudian baru tuang...InsyaAllah...lapisan tak akan terpisah.

-Sedap dihidang sejuk.






Fruit Tartlet juga salah satu manisan yang di tempah oleh Pn Ct...resepi nie pun sri dah pernah kongsikan untuk teman-teman...nak tengok N3 yang lepas boleh klik dekat link...ataupun boleh bawa tetikus kebawah untuk tengok siaran ulang tayang sebab sri tengah rajin nak c&p dekat sini...hihi...layannnn (^^,)









Tart Shell
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*250 gm butter
-*40 gm gula icing - ayak
-*1 sdt esen vanilla

Bahan B
-*1 biji telur

Bahan C
-*420 gm tepung gandum - ayak
-*1 cawan susu tepung

Cara-cara:-
-Putar bahan A hingga sebati dan lembut...kemudian tambahkan bahan B...putar lagi.
-Masukkan sedikit demi sedikit bahan C...boleh terus guna mixer atau uli guna tangan...sri guna tangan jer...bila dah sempurna doh tadi...simpan sekejap dalam peti ais selama 30 minit.
-Setelah itu...keluarkan dari peti ais dan bolehlah mula tekan adunan pastri kedalam acuan tart...sri guna acuan tart bersaiz 5.5cm...bakar tart shell pada suhu 160 c selama 20 minit (guna api atas bawah)...bila dah masak, sejukkan sebelum letak filling.

NOTA...sri guna acuan 5.5'...untuk mendapatkan tart shell yang sama tebal, sama cantik..sri bulat-bulatkan doh dan setiap satu doh beratnya 20gm...boleh tengok dekat gambar..:))







Krim Kastard
Bahan-bahan:-
-*3/4 cawan tepung kastard
-*1 cawan susu segar
-*1 cawan susu cair
-*1/2 cawan air
-*5 - 6 sdb gula
-*1/4 sdt garam halus


Cara-cara:-
-Satukan semua bahan-bahan krim dan kacau hingga semua bahan mesra...masak atas api yang sederhana...sentiasa kacau adunan untuk elakkan adunan berketul...bila adunan mula memekat...tutup api dan alihkan periuk...teruskan mengacau hingga adunan nampak pekat dan licin...setelah itu, masukkan dalam piping bag yang ada nozel bintang (tak guna nozel pun tak apa)...rehatkan sekejap...lepas itu pipe kan dalam tart shell tadi dan susun buah-buahan yang di sukai...sejukkan sebelum menghidang.

NOTA..kalau adunan krim kastard terlalu pekat...tambahkan air panas sedikit demi sedikit dan mix adunan.






Tart Nenas Gulung yang gebu-gebassss dan Biskut Semperit Chocolate Chips yang kiut miut juga ditempah oleh Pn Ct sebagai bauh tangan kepada tetamu...(^^,)*



Tart Nenas Gulung



Semperit Choc Chips



Untuk resepi biskut...lalink-lalink semua klik dekat link ye...rasa macam dah panjang sangat N3 nie...puas pulak dok skroll mouse kan...mmmuuuaahhh...sayang u olls...hihi (^^,)*



SELAMAT MENCUBA (^_^)*





Thursday, 6 December 2012

Fruit Tartlet

Assalamualaikum...


Salam manis dan salam ceria buat semua...terima kasih tak terhingga sri ucapkan pada yang sudi singgah di sini...kalau ada yang terkurang harap dimaafkan ye.






Cik-cik puan semua dah siap masak ke juadah untuk tengahari nie...menu apa tue...macam-macam bau ada dah nie...perut pun mula lah nak buat lagu keroncong...(^_^) jangan lupa hantar semangkuk dua ke sini...hihihi.






Untuk hari nie sri nak layan-layan fruit tart jer untuk semua...sedap tau...tak tipu...buat sebagai pencuci mulut ataupun untuk minum petang nanti...dijamin habis dan licin...lagi best kalau dihidangkan sejuk..serve chilled omputih kata...hehehe...:)

Bagi yang nak mencuba...boleh belek-belek resepi kat bawah nie ye...resepi tart shell tue, sri masih kekalkan resepi yang selalu sri gunakan sebelum nie sebab sesuai dengan selera sri...moh kite :)






Bahan-bahan:-
Bahan A
-*250 gm butter
-*40 gm gula icing - ayak
-*1 sdt esen vanilla

Bahan B
-*1 biji telur

Bahan C
-*420 gm tepung gandum - ayak
-*1 cawan susu tepung

Cara-cara:-
-Putar bahan A hingga sebati dan lembut...kemudian tambahkan bahan B...putar lagi.
-Masukkan sedikit demi sedikit bahan C...boleh terus guna mixer atau uli guna tangan...sri guna tangan jer...bila dah sempurna doh tadi...simpan sekejap dalam peti ais selama 30 minit.
-Setelah itu...keluarkan dari peti ais dan bolehlah mula tekan adunan pastri kedalam acuan tart...sri guna acuan tart bersaiz 5.5cm...bakar tart shell pada suhu 160 c selama 20 minit (guna api atas bawah)...bila dah masak, sejukkan sebelum letak filling.









Cream Kastard
Bahan-bahan:-
-*3/4 cawan tepung kastard
-*1 cawan susu segar
-*1 cawan susu cair
-*1/2 cawan air
-*5 - 6 sdb gula
-*1/4 sdt garam halus


Cara-cara:-
-Satukan semua bahan-bahan krim dan kacau hingga semua bahan mesra...masak atas api yang sederhana...sentiasa kacau adunan untuk elakkan adunan berketul...bila adunan mula memekat...tutup api dan alihkan periuk...teruskan mengacau hingga adunan nampak pekat dan licin...setelah itu, masukkan dalam piping bag yang ada nozel bintang (tak guna nozel pun tak apa)...rehatkan sekejap...lepas itu pipe kan dalam tart shell tadi dan susun buah-buahan yang di sukai...sejukkan sebelum menghidang.



sri suka letak buah strawberry, kiwi dan peach...nyummmy !!!

SELAMAT MENCUBA (^_^)*

Tuesday, 2 October 2012

Choclate Tart

Assalamualaikum...

Salam manis dan salam sayang buat semua....rindunya sri sama dapur alam maya nie...sekarang nie dah tak boleh nak online selalu...terlalu banyak benda yang nak diuruskan...masa yang ada macam tak cukup jer...lagi pula kata orang, kalau kepala berserabut...hati pula asyik mendung...apa yang dibuat semua serba tak kena...mudah-mudahan segala yang berlaku ada hikmah dan semoga Allah s.w.t permudahkan segala urusan...amin...

Hari nie sri nak sajikan pada semua menu petang yang bagi sri memang best lah...anak-anak pun pasti suka...bukan anak-anak jer tau...mak-mak anak pun pasti suka...dah lah mudah, senang dan cepat..sedap pula tue...hehehe...puji sendiri lak...(^_______^)*






Taraaaa.....ni lah yang sri katakan tadi...nampak best tak...best kan...Choclate tart...sesuai sangat untuk buat menu minum petang ataupun kalau rajin boleh buat kecil-kecil sebagai hidangan Hari Raya Haji nanti...dah tak lambat dah...untuk tart shell kita boleh buat awal-awal...bila dah dekat nak raya, kita cuma isikan choc filling jer...kan mudah.






Kalau nak dijadikan sebagai hadiah ataupun hantaran pun ok juga...(^_^)*






Ok lah...tak nak citer panjang-panjang lagi...jom kita layan resepi...zzZZZuuSSss


Bahan-bahan Tart Shell:-
Bahan A
-*250 gm butter
-*40 gm gula icing - ayak
-*1 sdt esen vanilla

Bahan B
-*1 biji telur

Bahan C
-*420 gm tepung gandum - ayak
-*1 cawan susu tepung

Cara-cara:-
-Putar bahan A hingga sebati dan lembut...kemudian tambahkan bahan B...putar lagi.
-Masukkan sedikit demi sedikit bahan C...boleh terus guna mixer atau uli guna tangan...sri guna tangan jer...bila dah sempurna doh tadi...simpan sekejap dalam peti ais selama 30 minit.
-Setelah itu...keluarkan dari peti ais dan bolehlah mula tekan adunan pastri kedalam acuan tart...sri guna acuan tart bersaiz 5.5cm...bila dah siap bakar tart shell pada suhu 160 c selama 20 minit....sejukkan sebelum letak filling.






Bahan-bahan Choclate Filling:-
-*80 ml non-dairy whipping cream @ susu cair
-*250 gm milk choclate
-*Hiasan :- choclate chip

Cara-cara:-
-Panaskan non-dairy whipping cream @ susu cair dengan cara double-boil hingga terbit buit halus disekeliling mangkuk...masukkan choclate yang dipotong kiub...kacau sebati dan ketepikan...biar suam dulu baru letak dalam tart shell dan tabur dengan choclate chip.






 SELAMAT MENCUBA (^_^)*


Wednesday, 18 July 2012

Chesse Fruit Tart

Assalamualaikum...


Selamat petang dan salam sayang buat semua teman-teman....dah sampai kepenghujung bulan Sya'ban...kini umat Islam seluruh dunia akan meraikan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh dengan barakah...semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna serta dapat merebut nikmat dan hikmah yang terkandung di bulan mulia ini.




Petang nie dah ada rancangan nak masak apa ke...kalau belum...boleh lah belek resepi yang sri nak kongsikan nie ataupun boleh juga kalau nak geledah resepi-resepi yang tersimpan dalam almari dapur nie...bagi penggemar keju macam sri mesti tak lepas pandang punya kalau terhidang di depan mata...tambahan pula bak kata kak ChaHaya Shiela...lagi sedap kalau kita "served chilled".




Inilah yang sri katakan tadi...Chesse Fruit Tart...gabungan kulit tart yang rangup...ditambah dengan filling cream chesse yang diadun dengan sempurna dan di lengkapkan dengan hiasan buah-buahan yang memang menjadi kegemaran sri...errrrmmmm...marvelous sangat...hehehe...bagi yang nak rasa...nie sri kongsikan resepinya...jom kita layannnnnnnnnnn.





Bahan-bahan:-
Bahan A
-*250 gm butter
-*40 gm gula icing - ayak
-*1 sdt esen vanilla

Bahan B
-*1 biji telur

Bahan C
-*420 gm tepung gandum - ayak
-*1 cawan susu tepung

Cara-cara:-
-Putar bahan A hingga sebati dan lembut...kemudian tambahkan bahan B...putar lagi.
-Masukkan sedikit demi sedikit bahan C...boleh terus guna mixer atau uli guna tangan...sri guna tangan jer...bila dah sempurna doh tadi...simpan sekejap dalam peti ais selama 30 minit.
-Setelah itu...keluarkan dari peti ais dan bolehlah mula tekan adunan pastri kedalam acuan tart...sri guna acuan tart bersaiz 5.5cm...bakar tart shell pada suhu 160 c selama 20 minit (guna api atas bawah)...bila dah masak, sejukkan sebelum letak filling.




sesuai juga untuk dijadikan sebagai hantaran atau buah tangan..(^^,)*

Bahan-bahan Krim Keju:-
-*250 gm cream chesse
-*80 gm gula icing - ayak
-*1/2 cawan fresh cream
-*1 sdb susu pekat manis

****putar hingga gebu cream chesse...kemudian masukkan bahan-bahan lain dan putar hingga sebati...masukkan dalam piping yang ada nozel bintang (piping bag kosong pun tak apa)...pipe kan kedalam kulit tart...hiaskan dengan buah-buahan yang disukai.


Bahan-bahan Hiasan:-
-*Buah Strawberry
-*Buah Kiwi
-*Buah Peach





SELAMAT MENCUBA (^^,)*




Thursday, 29 March 2012

Pai Kastard

Assalamualaikum...

Salam ceria dan salam sejahtera...dah siap dengan hidangan makan tengahari ke...mesti sedap-sedap...lapar la pulak rasa sebab pagi tadi sri tak sempat nak sarapan...aduhhhh...nyanyi-nyanyi la pula perut nie...tapi apa-apa pun hari nie sri nak kongsikan dulu resepi pai kastard sebelum pergi cari makanan :))... pai nie memang mudah...cepat dan best sangat bila makan sejuk-sejuk.









Untuk kulit pai tue...sri dapat resepi dari kak Shiela Spice Journey ...terima kasih banyak-banyak kak sebab kulit pai tue memang kena dengan selera sri...teksturnya yang gebu...rangup dan ada rasa lemak butter...walaupun dah dituang dengan adunan kastard...tekstur dia tetap tak berubah...sebenarnya nie kali kedua sri buat...yang pertama tak sempat nak snap gambar...dah banyak keping yang hilang...hehehe...jadi petang semalam buat lagi untuk minum petang.






Untuk krim kastard...sri olah sendiri ikut selera sri...dalam adunan kastard sri tak letak telur...jadi kalau simpan lama pun bila makan kita tak akan rasa hanyir...jom kita layan resepi.









Bahan-bahan:-
-*125gm butter sejuk - potong kiub
-*1 3/4 cawan tepung gandum
-*1/4 cawan gula icing
-*1/4 sdt garam halus


Cara-cara:-
-Satukan semua bahan diatas dan uli sebati.
-Tekapkan dalam acuan...simpang dalam peti sejuk selama 30 minit.
-Keluarkan dan cucuk dengan garpu...bakar pada suhu 170 c selama 20 minit.
-Bila dah masak...biarkan seketika sebelum tuang krim kastard atasnya...hias dengan buah-buahan.


Bahan-bahan Krim Kastard:-
-*3/4 cawan tepung kastard
-*1 cawan susu segar
-*1 cawan susu cair
-*1/2 cawan air
-*5 - 6 sdb gula
-*1/4 sdt garam halus


Cara-cara:-
-Satukan semua bahan-bahan krim dan kacau hingga semua bahan mesra...masak atas api yang sederhana...sentiasa kacau adunan untuk elakkan adunan berketul...bila adunan mula memekat...tutup api dan alihkan periuk...teruskan mengacau hingga adunan nampak pekat dan licin...setelah itu bolehlah tuang atas kulit pai tadi.






SELAMAT MENCUBA :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...