Pages

Friday 15 February 2013

Oh My Gulai Ayam Tanpa Santan

Assalamualaikum...



Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan...moga semua berada dalam lindungan Nya tak kira dimana teman-teman sri berada dan tak lupa buat encik suami yang jauh pergi mencari nafkah buat sesuap nasi untuk  keluarga...juga buat mak dan abah serta keluarga sri...eeceeehhhh....macam ucap selamat hari raya pula kan...hehehe...gian nak menaip la nie..:D






Mulakan hari dengan Bismillah.. Hiasi hari dengan Selawat... Semoga Allah memberkati kalian, In Shaa Allah *^________^*
~✿ wahai Tuhan... ku x layak ke SyurgaMu, namun x pula aku sanggup ke NerakaMu.. Oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku.. sesungguhnya Kau Maha Pengampun dosa2 besar..~✿
petikan kata-kata dari FB teman baik sri Intan Kembara






Sebenarnya dah lewat juga sri bersiaran nie...tapi tak apalah...kalau nak cuba masak untu lauk makan malam nanti pun okey juga...menu biasa-biasa jer nie...yang penting soooodap...lauk yang simple camni lah yg buat diet ku musnah..hehehe...tak sedor dah tambah nasi...hehehe

Gulai ataupun kari tanpa santan nie memang sesuai sangat kalau makan dengan lempeng kelapa @ peknga nyior @ cucur tempek nyioq...dengan roti pun boleh...kalau roti jala...lagi lah mantooop gitew.

Jomlah tengok apa bahan-bahan yang berperang dengan sri tadi untuk siapkan juadah makan tengahari...layan je lah ye :)






Gulai Ayam / Kari Ayam
Bahan-bahan:-
-*1/2 ekor ayam - potong kecil
-*6 biji baby potato - belah dua
-*4 sdb rempah daging
-*1/2 sdb serbuk cili
-*1 keping asam keping
-*garam
-*serbuk perasa
-*air
-*minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
-*1 labu bawang besar
-*5 ulas bawang putih
-*2 inci halia

Bahan Tumis
-*1/4 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih
-*1 inci halia
****hiris nipis
-*daun kari
-*kulit kayu manis
-*buah pelaga
-*bunga lawang
-*bunga cengkih

Cara-cara:-
-Panaskan minyak...tumis bahan tumis hingga wangi dan masukkan bahan kisar.
-Masak hingga naik minyak...satukan rempah daging dan serbuk cili...bancuh dengan air dan masukkan kedalam periuk...kacau dan biar hingga rempah masak.
-Kemudian masukkan ayam, kentang, asam keping, garam, serbuk perasa dan air (air jangan letak banyak sangat..nanti kuah cair..untuk gulai tanpa santan,lebih sedap kalau kuah pekat).
-Biar hingga mendidih dan masak..tutup api.
****bagi yang suka pedas...boleh tambahkan 1 sdt serbuk lada hitam kedalam rempah.






Hidangan sampingan...bayam goreng...ikan kering goreng masak asam bawang...sambal belacan...ulam...mmmmmm rezeki..:)



Bayam Goreng
Bahan-bahan:-
-*1 ikat bayam (selalu sri beli dekat kedai dah siap-siap ikat jadi tak tahu berat dia...hehehe...kira agak-agak je lah nak banyak mana ye)
-*sedikit ikan bilis
-*2 ulas bawang merah - hiris nipis
-*1 ulas bawang putih - hiris nipis
-*1 biji cili merah - hiris nipis
-*garam
-*serbuk perasa
-*minyak untuk menumis
-*air


Cara-cara:-
-Panaskan minyak...tumis bawang merah, bawang putih, cili merah, ikan bilis.
-Bila dah wangi...masukkan bayam, garam, serbuk perasa dan sedikit air.
-Biar hingga sayur masak.






Ikan Kering Goreng Masak Asam Bawang 
(menu nie selalu sri suka masak untuk sahur...kegemaran encik suami selain dari telur masin)
Bahan-bahan:-
-*100 gm ikan kering talang - basuh dan goreng garing
-*2 labu bawang besar - hiris nipis
-*2 ulas bawang putih - hiris nipis
-*1 biji cili merah - hiris nipis
-*1 sdb asam jawa adabi
-*2 sdb air
-*minyak untuk menumis


Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah...masak hingga semua layu.
-Masukkan ikan kering yang telah digoreng, asam jawa dan air...masak hingga pekat.






Untuk resepi sambal belacan klik SINI

Ulam-ulaman, sri cuma sediakan tomato segar dan bendi rebus (semasa merebus bendi...masukkan 2 @ 3 titik minyak masak kedalam air...ini untuk kurangkan lendir dan untuk cantikkan warnanya)



SELAMAT MENCUBA (^_^)*


2 comments:

  1. waduhhh.. semuanya nampak sedap sangat laa Sri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn....mskn cenggini gak yg best layan...tq kak :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...