Assalamualaikum...
Nie N3 yang sri janjikan tadi...ayam masak samah yang sri suka kalau makan dengan Nasi Minyak Resepi Bonda sebab kuahnya agak kering dan pekat...jom kita tengok bahan-bahan yang di perlukan...
Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - dipotong kecil
-*serbuk kunyit
-*garam
-*serbuk perasa
-*1 cawan santan
-*Bahan Tumis
***kulit kayu manis
***buah pelaga
***bunga lawang
***bunga cengkih
***3 batang serai - dititik
***1 tangkai daun kari
-*Bahan Kisar
***2 labu bawang besar
***5 ulas bawang putih
-*2 ulas bawang merah
***2 inci halia
-*Bahan Rempah
***3 sdb serbuk kari daging
***1 sdt serbuk cili
***1 sdt serbuk kunyit
***1/2 sdt serbuk lada hitam
***1/2 sdt serbuk lada sulah
***3sdb kerisik
***1 sdb kicap manis
***1 sdb kicap masin
Cara-cara:-
-Gaul ayam dengan kunyit dan garam...goreng ayam 85% masak...ketepikan.
-Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan tumis...bila naik bau masukkan bahan-bahan kisar...kacau sebati dan biar naik minyak.
-Sementara itu...bancuh bahan-bahan rempah dengan air dan kacau hingga sebati...tuang adunan rempah tadi ke dalam kuali...masukkan 1/2 cawan air dan masak hingga naik minyak dan kering.
-Setelah kering masukkan ayam, garam, serbuk perasa dan santan...gaul sebati dan masak hingga kuah pekat.
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment