Pages

Wednesday 28 March 2012

Hokkaido Chiffon Cup Cake

Assalamualaikum...

Apa khabar semua teman-teman...sri harap semuanya sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan kita pada hari ini oleh Nya...amin...salam ceria dan salam sejahtera buat semua...petang semalam sri cuba buat hokkaido chiffon cupcake....suka sangat sebab menjadi....tekstur nya memang lembut sesangat...ditambah dengan krim kastard yang lemak-lemak gitu...memang mengancam lah.






Sebenarnya resepi nie dah lama ada dalam list sri cuma petang semalam baru berkesempatan membuatnya dan sri dapat resepi nie dari blog kak Azlita Masam Manis ...terima kasih kak dan sri minta halal ye kongsi dekat sini pula...jom kita layannnnn.









Bahan-bahan:-

Bahan A
-*4 biji kuning telur (gred A)
-*40gm gula castor

Bahan B
-*50 ml susu segar
-*50 ml minyak jagung / minyak masak (sri guna minyak masak)
-*1 sdt esen vanilla

Bahan C
-*60 gm tepung kek / tepung superfine (sri guna tepung superfine)
-*20 gm tepung kastard
-*1 sdt baking powder
****Ayak sekurang-kurangnya 3 kali

Bahan D
-*4 biji putih telur
-*1/4 sdt garam halus
-*80 gm gula castor


Cara-cara:-
-Satukan Bahan A dan pukul dengan whisk dalam 3 minit.
-Masukkan Bahan B kedalam adunan tadi dan terus pukul lagi....Masukkan adunan tepung dan pukul lagi...pukul dengan whisk jer tau...bila dah sebati...ketepikan.
-Pukul putih telur dengan mixer pada kelajuan maksimum hingga bertanduk dan masukkan garam halus...pukul lagi...kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga bertanduk...(adunan meringue).
-Kemudian masukkan 1/2 adunan meringue ke dalam adunan tadi dan kaup balik kasar sahaja hingga rata...masukkan lebihan meringue dan kaup balik.
-Tuangkan 3/4 adunan kedalam setiap acuan...sri terlebih sudah...sebab tue semua naik lebih dari acuan...bila dah siap hentak-hentakkan sedikit.
-Bakar pada suhu 150 c selama 20 minit...sri guna api atas sahaja.
-Bila dah masak dan keluarkan dari oven..hentakkan sikit dan biar sejuk...bolehlah letakkan filling kastard.






Resepi kastard nie sri guna resepi sendiri...kalau nak buat cara kak Azlita boleh lah klik link yang sri letak kat atas ye...untuk resepi nie sri tak guna telur sebab adunan kek dah banyak telur...takut muak pula...apa-apa pun jom kita redah.



Bahan-bahan Krim Kastard:-
-*3/4 cawan susu segar
-*2 sdb tepung kastard
-*2 sdb gula (boleh tambah kalau nak manis lagi)
-*1/4 cawan air


Cara-cara:-
-Satukan semua dan kacau sebati...masak atas api sederhana...pastikan sentiasa kacau untuk elakkan krim berketul...bila krim mula memekat kecilkan api dan kacau sekejap...kemudian tutup api dan alihkan periuk...kacau lagi hingga krim nampak licin...biarkan sekejap dan masukkan dalam piping bag dan pipe kan pada kek tadi.






SELAMAT MENCUBA :)


4 comments:

  1. wahhh dah buat erkk...
    tgok ramai jgk geng2 JM dah buat..kita nk jgk cuba nnt..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nie pn sbb tgk rmi sgt buat...jd teringin jer nk mncuba...:))

      Delete
  2. mohon share...nur

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...