Pages

Friday, 10 October 2014

Kuah Kacang

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh dengan barokah...moga semuanya dalam lindungan yang Maha Esa...aminn...haiiiiiiiiii semua...lama betul sri biarkan dapur ni bersawang...maaflah pada yang dok belek resepi2 lama kat sini...mesti penuh habukkan...hihihi...akak biziiiii plus sakit malas...tu yang jadi cenggini...

Ok lah...ni pun tiba2 rasa rindu dekat dapur sri dan juga rindu nak bw blog kawan2 yang lain...dah lama tak cedok ilmu dari dapur blogger2 lain yang ngancam habiss dengan resepi2 yang mabelessss gitew...Jap lagi sri nak mulakan aktiviti bw...sapa nak join jom...:)

Hari ni sri nak kongsikan resepi yang mudah dan biasa2 ja...teghobeq resepi raya haji baru2 nie...mesti ramai yang pandai masak kuah kacang untuk makan dengan nasi impit ataupun satay...yang sri kongsikan disini adalah cara sri...sapa nak...cepat salin...cehhh...cam cikgu lak rasa...:p




Untuk resepi ni sesuai juga kalau nak makan dengan satay, cucur udang, pecal ataupun passembor...cuma kita kena pandai tentukan kepekatan kuah...terpulang juga pada selera masing2...ada yang suka makan kuah yang pekat dan ada juga yang suka kuah yang agak cair...tapi jangan terlalu cair...nanti konpem tak sedap kuah kacang kita...

Bagi yang tak suka atau tak berapa gemar kuah yang pedas...boleh kurangkan kuantiti cili kering tapi bagi sri, 10 tangkai tak lah pedas sangat...lagipun kita ada masukkan santan...jadi rasa pedas tu kan kurang...





Taraaa...dah siap pun kuah kacang kita...senang...mudah...ringkas dan cepat...betul tak...pejam mata sambil kerling sikit2 pun boleh buat punya...sedia untuk digandingkan dan untuk di ngappp...:)

Boleh follow sri di instagram sri ( ROSRI6982 )....selalu sri akan post resepi di situ dulu...blog nie lambat sikit sebab sakit malas xmo sembuh2 lagi...



SELAMAT MENCUBA (^_^)*











Friday, 7 June 2013

Selamat Pengantin Baru Ct & Yusri

Assalamualaikum...


Salam Jumaat yang penuh barokah...semoga hari ini lebih baik dari semalam dan apa jua yang kita lalui semuanya adalah ujian dari Yang Maha Esa buat hamba-hamba-Nya...segalanya adalah kasih dan rahmat dari Allah s.w.t...mudah-mudahan kita sentiasa berada dibawah lindungan dan dipermudahkan segala urusan oleh Nya...aminn..






Salam sayang buat semua jiran-jiran dapur sri dan tak lupa juga buat tetamu-tetamu yang sudi menjengah...terima kasih sri ucapkan...di sini sri nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Ct & Yusri yang telah melangsungkan perkahwinan pada 25hb Mei yang lepas...sri juga nak ucapkan terima kasih diatas tempahan yang dibuat...diharap berpuas hati dan minta halal lebih dan kurang ye...:))



Foto From Puan Ct






Puding Roti Kurma ...manisan makan beradab yang ditempah oleh Pn Ct...sebelum nie sri dah pernah letak dalam blog...cuma warnanya ajer yang tak sama...bagi yang tengok gambar dan resepi yang lepas boleh klik dekat link yang sri sertakan sebab untuk kali nie sri akan kurangkan adunannya...bagi yang baru nak mencuba boleh ikut sukatan yang sikit nie dulu...:))









Bahan-bahan:-
-*13 gm agar-agar tali
-*400 ml air
-*300 ml susu segar
-*175 ml susu cair
-*2 keping roti 
-*1/4 + 1/8 cawan gula pasir
-*7 biji kurma - buang biji dan cincang halus
-*pewarna - sri guna warna kuning telur, ungu, maroon dan biru


Cara-cara:-
-Masak agar-agar dengan air hingga semua larut...kemudian tapiskan.
-Satukan susu segar, susu cair, roti dan gula pasir dalam pengisar makanan...kisar hingga halus.
-Kemudian tuang dalam agar-agar tadi dan masukkan buah kurma yang dicincang halus.
-Masak dengan api perlahan selama lebih kurang 10 minit...tutup api dan angkat.
-Bahagikan kepada beberapa bahagian yang kita hendak letak pewarna dan warnakan.
-Caranya...tuangkan lapisan pertama kedalam mould atau loyang yang telah dibasahkan..bekukan sekejap dalam peti ais...kemudian tuang pula lapisan kedua dan seterusnya ulang langkah tadi dan buat hingga habis.

***NOTA..masa kita sejukkan setiap lapisan...pastikan lapisan tidak terlalu keras...ini kerana untuk mengelakkan lapisan terpisah antara satu sama lain...dan masa hendak tuang lapisan berikutnya, pastikan juga senduk atau sudu yang diguanakan berada dekat dengan lapisan yang bawah masa kita nak tuang adunan kerana takut adunan yang bawah pecah dan bercampur.

***NOTA..kalau takut setiap lapisan akan terpisah...boleh guna kaedah nie...sebelum tuang lapisan yang baru keatas lapisan yang dah mengeras...gariskan lapisan yang beku tadi dengan garpu...layangkan garisan pada permukaan atas saja dengan lembut...kemudian baru tuang...InsyaAllah...lapisan tak akan terpisah.

-Sedap dihidang sejuk.






Fruit Tartlet juga salah satu manisan yang di tempah oleh Pn Ct...resepi nie pun sri dah pernah kongsikan untuk teman-teman...nak tengok N3 yang lepas boleh klik dekat link...ataupun boleh bawa tetikus kebawah untuk tengok siaran ulang tayang sebab sri tengah rajin nak c&p dekat sini...hihi...layannnn (^^,)









Tart Shell
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*250 gm butter
-*40 gm gula icing - ayak
-*1 sdt esen vanilla

Bahan B
-*1 biji telur

Bahan C
-*420 gm tepung gandum - ayak
-*1 cawan susu tepung

Cara-cara:-
-Putar bahan A hingga sebati dan lembut...kemudian tambahkan bahan B...putar lagi.
-Masukkan sedikit demi sedikit bahan C...boleh terus guna mixer atau uli guna tangan...sri guna tangan jer...bila dah sempurna doh tadi...simpan sekejap dalam peti ais selama 30 minit.
-Setelah itu...keluarkan dari peti ais dan bolehlah mula tekan adunan pastri kedalam acuan tart...sri guna acuan tart bersaiz 5.5cm...bakar tart shell pada suhu 160 c selama 20 minit (guna api atas bawah)...bila dah masak, sejukkan sebelum letak filling.

NOTA...sri guna acuan 5.5'...untuk mendapatkan tart shell yang sama tebal, sama cantik..sri bulat-bulatkan doh dan setiap satu doh beratnya 20gm...boleh tengok dekat gambar..:))







Krim Kastard
Bahan-bahan:-
-*3/4 cawan tepung kastard
-*1 cawan susu segar
-*1 cawan susu cair
-*1/2 cawan air
-*5 - 6 sdb gula
-*1/4 sdt garam halus


Cara-cara:-
-Satukan semua bahan-bahan krim dan kacau hingga semua bahan mesra...masak atas api yang sederhana...sentiasa kacau adunan untuk elakkan adunan berketul...bila adunan mula memekat...tutup api dan alihkan periuk...teruskan mengacau hingga adunan nampak pekat dan licin...setelah itu, masukkan dalam piping bag yang ada nozel bintang (tak guna nozel pun tak apa)...rehatkan sekejap...lepas itu pipe kan dalam tart shell tadi dan susun buah-buahan yang di sukai...sejukkan sebelum menghidang.

NOTA..kalau adunan krim kastard terlalu pekat...tambahkan air panas sedikit demi sedikit dan mix adunan.






Tart Nenas Gulung yang gebu-gebassss dan Biskut Semperit Chocolate Chips yang kiut miut juga ditempah oleh Pn Ct sebagai bauh tangan kepada tetamu...(^^,)*



Tart Nenas Gulung



Semperit Choc Chips



Untuk resepi biskut...lalink-lalink semua klik dekat link ye...rasa macam dah panjang sangat N3 nie...puas pulak dok skroll mouse kan...mmmuuuaahhh...sayang u olls...hihi (^^,)*



SELAMAT MENCUBA (^_^)*





Wednesday, 5 June 2013

N3 Tertunda..Birthday Cake Hajah Wawa

Assalamualaikum...


Haiiiiiiii semua ahli mesyuarat dapur...hihihi...boleh gitew....rindunya dekat semua...dah lama sangat tak ber'blogging'...tak tahu nak kata apa sebab keadaan yang sibuk ditambah dengan kemalasan untuk menjenguk dapur maya ku ini...jadi....inilah yang berlaku...N3 tertunda yang melambak dalam lappy dan pendrive...nanti sri update semuanya ye...:)






Untuk N3 kali nie adalah tempahan dari teman sri...jadi tak dapatlah nak tunjukkan hasil bedah siasat apa yang terjadi dekat bahagian dalam...tapi kalau nak tengok juga boleh klik SINI sebab sri pernah buat sebelum nie...untuk siapkan tempahan nie...sri gandakan adunannya dari adunan asal...sri guna loyang 10' x 10' ...jom kita tengok ulang tayang resepinya...(^^,)



 



Choc Moist Cake Layer Cheese
Bahan-bahan untuk Choc Moist Cake:-
(resepi choc moist cake dibawah adalah untuk 1 adunan...sri gunakan 1 adunan choc moist cake untuk bahagian bawah...kemudian sri lapiskan dengan adunan keju...dan untuk bahagian atas, sri gunakan lagi 1 adunan choc moist cake...kalau nak mudah, gandakan terus dan bahagi adunan kepada dua)

Bahan A
-*3/4 cawan gula pasir
-*1 cawan serbuk koko
-*1 cawan susu cair
-*3/4 cawan susu pekat manis
-*1 cawan minyak masak

*****satukan bahan-bahan diatas dan masak diatas api yang sederhana hingga bekilat dan sebati...alihkan dan kacau adunan selama 5 - 10 minit dan biar sejuk seketika.


Bahan B
-*3/4 cawan tepung gandum
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
***ayak bahan-bahan diatas


Bahan C
-*4 biji telur - 'blend' hingga kembang


Cara-cara:-
-Tuang adunan coklat kedalam mangkuk adunan...masukkan tepung dan telur berselang seli...kacau dengan spatula sahaja...bila dah habis dan adunan dah sebati...tuang separuh adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak...kemudian tuang adunan krim keju (resepi dibawah) dan kukus lagi...bila adunan keju dah masak...tuang baki adunan coklat tadi dan kukus lagi...bila dah masak...sejukkan sebelum menghias.
****note:kalau adunan tadi nampak macam ada tepung yang tak sebati...masukkan kesemua adunan kedalam blender dan blender sekejap.
****note:untuk resepi nie...boleh juga guna kaedah bakar...suhu 160 c selama 45 minit.






Bahan-bahan untuk Adunan Cheese:-
(untuk adunan keju...sri dah gandakan)
-*500 gm cream chesse
-*90 gm gula icing - ayak
-*2 biji telur - gred A

Cara-cara:-
-Pukul cream chesse hingga gebu...masukkan gula icing dan pukul rata...kemudian masukkan pula telur dan pukul sebati...tuang atas lapisan pertama dan kukus hingga masak.






Chocolate Ganache
Bahan-bahan:-
-*500 gm coklat gelap / susu
-*200 ml non-dairy whipping cream
-*2 sdb golden syrup

Cara-cara:-
-Satukan non-dairy whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga terbentuk buih dibahagian tepi.
-Masukkan coklat yang telah didadukan dan kacau hingga semua coklat cair sepenuhnya...biarkan sejuk baru curah atas kek.
-Lepas curah, simpan sekejap kek dalam peti ais selama 10 minit.
-Kemudian keluarkan dan curah lagi chocolate ganache dan biar ia rata keselruhannya...dengan cara nie, lapisan coklat akan jadi cantik.
****masa curah ganache, sri letak kek atas redai dan letakkan atas pinggan...dengan itu, lebihan ganache boleh digunakan dan papan kek tak akan comot.



SELAMAT MENCUBA (^_^)*







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...