Pages

Showing posts with label aNEkA sAMbaL N aIr aSAm. Show all posts
Showing posts with label aNEkA sAMbaL N aIr aSAm. Show all posts

Friday, 15 February 2013

Oh My Gulai Ayam Tanpa Santan

Assalamualaikum...



Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan...moga semua berada dalam lindungan Nya tak kira dimana teman-teman sri berada dan tak lupa buat encik suami yang jauh pergi mencari nafkah buat sesuap nasi untuk  keluarga...juga buat mak dan abah serta keluarga sri...eeceeehhhh....macam ucap selamat hari raya pula kan...hehehe...gian nak menaip la nie..:D






Mulakan hari dengan Bismillah.. Hiasi hari dengan Selawat... Semoga Allah memberkati kalian, In Shaa Allah *^________^*
~✿ wahai Tuhan... ku x layak ke SyurgaMu, namun x pula aku sanggup ke NerakaMu.. Oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku.. sesungguhnya Kau Maha Pengampun dosa2 besar..~✿
petikan kata-kata dari FB teman baik sri Intan Kembara






Sebenarnya dah lewat juga sri bersiaran nie...tapi tak apalah...kalau nak cuba masak untu lauk makan malam nanti pun okey juga...menu biasa-biasa jer nie...yang penting soooodap...lauk yang simple camni lah yg buat diet ku musnah..hehehe...tak sedor dah tambah nasi...hehehe

Gulai ataupun kari tanpa santan nie memang sesuai sangat kalau makan dengan lempeng kelapa @ peknga nyior @ cucur tempek nyioq...dengan roti pun boleh...kalau roti jala...lagi lah mantooop gitew.

Jomlah tengok apa bahan-bahan yang berperang dengan sri tadi untuk siapkan juadah makan tengahari...layan je lah ye :)






Gulai Ayam / Kari Ayam
Bahan-bahan:-
-*1/2 ekor ayam - potong kecil
-*6 biji baby potato - belah dua
-*4 sdb rempah daging
-*1/2 sdb serbuk cili
-*1 keping asam keping
-*garam
-*serbuk perasa
-*air
-*minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
-*1 labu bawang besar
-*5 ulas bawang putih
-*2 inci halia

Bahan Tumis
-*1/4 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih
-*1 inci halia
****hiris nipis
-*daun kari
-*kulit kayu manis
-*buah pelaga
-*bunga lawang
-*bunga cengkih

Cara-cara:-
-Panaskan minyak...tumis bahan tumis hingga wangi dan masukkan bahan kisar.
-Masak hingga naik minyak...satukan rempah daging dan serbuk cili...bancuh dengan air dan masukkan kedalam periuk...kacau dan biar hingga rempah masak.
-Kemudian masukkan ayam, kentang, asam keping, garam, serbuk perasa dan air (air jangan letak banyak sangat..nanti kuah cair..untuk gulai tanpa santan,lebih sedap kalau kuah pekat).
-Biar hingga mendidih dan masak..tutup api.
****bagi yang suka pedas...boleh tambahkan 1 sdt serbuk lada hitam kedalam rempah.






Hidangan sampingan...bayam goreng...ikan kering goreng masak asam bawang...sambal belacan...ulam...mmmmmm rezeki..:)



Bayam Goreng
Bahan-bahan:-
-*1 ikat bayam (selalu sri beli dekat kedai dah siap-siap ikat jadi tak tahu berat dia...hehehe...kira agak-agak je lah nak banyak mana ye)
-*sedikit ikan bilis
-*2 ulas bawang merah - hiris nipis
-*1 ulas bawang putih - hiris nipis
-*1 biji cili merah - hiris nipis
-*garam
-*serbuk perasa
-*minyak untuk menumis
-*air


Cara-cara:-
-Panaskan minyak...tumis bawang merah, bawang putih, cili merah, ikan bilis.
-Bila dah wangi...masukkan bayam, garam, serbuk perasa dan sedikit air.
-Biar hingga sayur masak.






Ikan Kering Goreng Masak Asam Bawang 
(menu nie selalu sri suka masak untuk sahur...kegemaran encik suami selain dari telur masin)
Bahan-bahan:-
-*100 gm ikan kering talang - basuh dan goreng garing
-*2 labu bawang besar - hiris nipis
-*2 ulas bawang putih - hiris nipis
-*1 biji cili merah - hiris nipis
-*1 sdb asam jawa adabi
-*2 sdb air
-*minyak untuk menumis


Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah...masak hingga semua layu.
-Masukkan ikan kering yang telah digoreng, asam jawa dan air...masak hingga pekat.






Untuk resepi sambal belacan klik SINI

Ulam-ulaman, sri cuma sediakan tomato segar dan bendi rebus (semasa merebus bendi...masukkan 2 @ 3 titik minyak masak kedalam air...ini untuk kurangkan lendir dan untuk cantikkan warnanya)



SELAMAT MENCUBA (^_^)*


Monday, 21 January 2013

Nasi Beriani Sempoi-Sempoi Jerrr

Assalamualaikum...


Salam sejahtera dan salam manis buat semua...bersua lagi kita di minggu baru...apa khabar semua...macam mana dengan hujung minggu kawan-kawan...mesti dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik bersama-sama dengan keluarga tersayang...sri doakan semua berjalan dengan lancar.






Hari nie sempat juga BW sekejap ke dapur teman-teman blogger dan semua menu yang dihidangkan benar-benar menggamit selera...membuat perut ini bernyanyi-nyanyi mengikut rentak sajian...hehehe...agak-agak lagu apa la yang terhasil ye... (^^,)* dan tak lupa pada zila dari dapur zila4ever yang bakal menyambut kehadiran orang baru tahun 2013...tahniah sri ucapkan.






Untuk N3 kali nie, sri nak kongsikan resepi yang mudah nak dimasak...Nasi Beriani, Ayam Masak Rose, Air Asam dan Teh 'O' Ais Limau serai...tak nak celoteh lagi, jom kita skodeng resepi.



Nasi Beriani
Bahan-bahan:-
-*5 cawan beras basmathi - sri guna beras jati super tempatan je...basuh dan toskan.
-*6 cawan air
-*1 cawan susu cair
-*2 sdb kismis -  rendam
-*4 1/2 sd garam halus - sri guna sudu kfc
-*1 bungkus rempah beriani Brahim's
-*2 sdb minyak sapi
-*1 sdb marjerin
-*1 sdb minyak masak
-*pewarna

Bahan Kisar
-*1 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih
-*2 inci halia

Bahan Tumis
-*1 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih
-*2 inci halia
***hiris nipis semua bahan diatas
-*daun kari
-*kulit kayu manis
-*buah pelaga
-*bunga lawang
-*bunga cengkih
-*daun pandan


Cara-cara:-
-masak guna rice cooker...panaskan minyak sapi,marjerin dan minyak masak...tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan-bahan kisar.
-kemudian, masukkan rempah beriani yang telah dibancuh dengan sedikit air...biar hingga naik bau.
-masukkan air, susu cair, sedikit pewarna dan garam...kacau dan tutup periuk nasi...biar hingga air benar-benar mendidih.
-setelah itu, masukkan beras dan kacau...tutup periuk dan biar hingga masak.
-bila nasi dah masak...buat lubang pada nasi dengan menggunakan lidi sate (buat lubang hingga sampai cecah periuk)...kemudian tuangkan pewarna kuning dalam setiap lubang...tutup kembali periuk selama 5 minit dan barulah ditabur dengan kismis dan gaul nasi hingga rata.






Ayam Masak Rose
Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - potong 12 bahagian
***garam kunyit dan goreng tapi jangan terlalu garing...ketepikan.

-*1/3 cawan tomato sup
-*1/2 cawan pati santan
-*1/2 cawan air
-*4 sdb minyak masak
-*garam
-*serbuk perasa
-*daun bawang & daun sup


Bahan Kisar
-*6 biji cili kering
-*2 1/2 labu bawang besar
-*13 ulas bawang putih
-*3 inci halia


Bahan Tumis
-*1/2 labu bawang besar
-*3 ulas bawang putih
-*2 inci halia
***hiris nipis semua bahan diatas
-*3 helai daun pandan
-*2 batang serai - dititik
-*kulit kayu manis
-*buah pelaga
-*bunga cengkih
-*bunga lawang






Cara-cara:-
-panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau...kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga berbau harum.
-masukkan tomato sup dan kacau rata.
-bila dah naik minyak...masukkan ayam yang telah digoreng, santan, air, garam dan serbuk perasa...masak hingga kuah agak pekat.
-kemudian taburkan dengan daun bawang dan daun sup yang dipotong...kacau rata dan sedia dihidang bersama nasi beriani.






Air Asam
Bahan-bahan:-
-*3 biji tomato
-*1 labu bawang besar
-*2 biji cili besar
***hiris nipis semua bahan diatas
-*1/4 cawan air asam jawa
-*4 sdb Sambal Belacan (klik untuk resepi)
-*garam
-*gula


Cara-cara:-
-satukan tomato, bawang besar dan cili besar...ramas-ramas bahan tersebut.
-masukkan semua bahan-bahan lain dan perasakan.

***bagi yang suka air asam yang agak pekat...boleh tambahkan 3 sdb sos cili.






Bila cuaca panas-panas, sedap juga kalau minum teh 'o' ais limau tapi kali nie kita tambah sikit perasa dia...sri letak serai dan rasa teh nie memang menyegarkan.

Caranya mudah aje...mula-mula sediakan air teh 'o' ikut selera masing-masing samada nak yang pekat atau yang nipis...semua tahu kan macam mana nak buat sebab sri tak ada sukatan...potong limau nipis kepada beberapa bahagian...letak dibahagian bawah jug...serai kita belah dua...letak dalam 3 batang untuk satu jug...kemudian tekankan dengan ketul ais agar jus limau bercampur dengan rasa serai...kemudian baru kita tuangkan teh 'o' yang kita sediakan tadi....perggghhhh....nyaman sekali.



SELAMAT MENCUBA (^_^)*

Wednesday, 28 November 2012

Nasi Lemak Pandan

Assalamualaikum...


Selamat petang dan salam sejahtera buat semua...apa khabar sahabat-sahabat sri...semoga apa yang dirancang untuk hari ni berjalan dengan lancar...kalau ada yang tak dapat apa yang dihajati, mungkin ada hikmah disebaliknya...kita hanya merancang, Allah s.w.t jua yang menentukan.






Rasa-rasanya semua dah menikmati hidangan tengahari...ada lagi yang belum makan...jangan macam tue...tak elok untuk tubuh badan dan kesihatan...kalau pun dalam program diet...makanan tengahari harus juga diambil...ingat tau...






Okeylah...berbalik pada menu hari nie...sri nak kongsikan resepi nasi lemak pandan yang dah tertunda N3 nya sebab dah 2 minggu sri buat menu nie cuma terlupa nak kongsikan disini...asyik tayang resepi kek je kerja sri nie kan...resepi nie biasa-biasa je (cuma yang pasti memang sedap..perasan sikit jer)...mungkin dah ramai yang pernah buat...tapiiiiiiiii kita layan je lah resepinya..hehehe :))






Bahan-bahan Nasi:-
-*4 cawan beras - basuh dan toskan (nak lagi best, guna beras basmathi)
-*4 1/2 cawan air
-*1 cawan santan - 3/4 cawan pati santan + 1/4 cawan air
-*2 inci halia - hiris nipis
-*1/2 labu bawang besar - hiris nipis
-*2 ulas bawang putih - ketuk
-*2 helai daun pandan - simpul
-*garam halus - sri guna sudu KFC...kalau 4 cawan beras, sri letak 5 - 5 1/2 sudu 
-*Pewarna hijau pandan
-*Sedikit pes pandan


Bahan-bahan kisar:-
-*1 inci halia
-*1/4 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih - pilih ulas paling kecil


Cara-cara:-
-*Satukan semua bahan-bahan diatas berserta dengan bahan kisar kedalam rice cooker dan masak...bila air  dah tinggal paras nasi...gemburkan dan tutup...biar sampai masak.






Bahan-bahan Sambal:-
-*20 tangkai cili kering - rebus dan toskan
-*1 labu bawang besar
-*3 ulas bawang merah
-*2 ulas bawang putih
-*1/8 belacan - dari belacan yang RM0.30 tue :))
-*garam
-*serbuk perasa
-*gula
-*air asam jawa
-*minyak untuk menumis


Cara-cara:-
-Kisar halus cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan...panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi...masukkan garam, serbuk perasa, gula dan air asam jawa...masak hingga pecah minyak.






Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - potong kecil
-*garam
***gaul dengan ayam

-*1 labu bawang besar
-*5 ulas bawang putih
-*3 inci halia
***kisar semua bahan-bahan di atas

-*1 1/2 sdb rempah kari daging
-*1 sdt serbuk cili
-*1/2 sdt serbuk lada sulah
-*1/2 sdt serbuk lada hitam
-*2 1/2 sdb tepung gandum
-*2 sdb serbuk kunyit
-*1 biji telur
-*daun kari - diguna semasa menggoreng
-*bawang besar - hiris nipis, diguna semasa menggoreng
-*minyak untuk menggoreng







Cara-cara:-
-Campurkan bahan-bahan kisar dengan rempah kari, serbuk cili, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, serbuk kunyit, tepung gandum dan telur...gaul sebati.
-Gaul adunan rempah dengan ayam hingga rata dan sebati...perap 30 minit.
-Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng...masa menggoreng ayam...tabur daun kari dan bawang besar didalam minyak...goreng ayam dengan api yang sederhana.


Bahan Hiasan Lain:-
-*Telur rebus
-*Ikan bilis goreng





Bismillah...jemput makan semua....(^__^)*



SELAMAT MENCUBA




Friday, 2 March 2012

Nasi Lemak Special

Assalamualaikum...

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya : Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda : Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah s.w.t kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar ( di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah s.w.t). Kedua, orang yang di beri allah s.w.t al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.
(Al-Bukhari)






Salam penghulu segala hari...semoga kita semua berada dalam lindungan Nya...hari nie sri nak kongsikan resepi nasi lemak...bila sri masak nasi lemak nie mesti teringat zaman sekolah...boleh dikatakan setiap hari mesti beli nasi lemak nie...kena keluar awal kalau tidak...alamatnya tengok meja makcik tue je lah...hehehe...kadang-kadang pesan dekat kawan kalau terlambat...nasi lemak makcik sorang tue je lain...nasi warna kuning...pastu ayam dia buat masak ros...tapi tetap ada sambal tumis.






Kalau ada jamuan dekat kelas pun...adakalanya mesti 'order' nasi lemak nie...zaman adik-adik sri pun sama...nasi lemak nie sri masak untuk makan tengahari...tapi tak ingat bila...kira N3 tertunda lah nie...:)) lupa  simpan gambar kat mana...ok lah...jom kita layan resepi nie...



Nasi Lemak



Bahan-bahan Nasi:-
-*4 cawan beras - basuh dan toskan
-*2 1/2 cawan air
-*2 1/2 cawan santan
-*2 inci halia - hiris nipis
-*1/2 labu bawang besar - hiris nipis
-*2 ulas bawang putih - ketuk
-*2 helai daun pandan - simpul
-*garam halus - sri guna sudu KFC...kalau 4 cawan beras, sri letak 5 sudu paras
-*Pewarna kuning


Bahan-bahan kisar:-
-*1 inci halia
-*1/4 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih - pilih ulas paling kecil


Cara-cara:-
-*Satukan semua bahan-bahan diatas berserta dengan bahan kisar kedalam rice cooker dan masak...bila air  dah tinggal paras nasi...gemburkan dan tutup...biar sampai masak.



Ayam Masak Rose
Resepi nie berbeza sikit dari ayam masak rose yang pernah sri post kan dulu...caranya pun mudah jer.



Bahan-bahan Ayam Masak Ros:-
-*1 ekor ayam - potong kecil...basuh dan toskan
-*1 cawan santan
-*1/2 cawan air
-*4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & buah pelaga)
-*garam
-*serbuk perasa
-*daun ketumbar - hiasan
-*minyak untuk menumis


Bahan-bahan kisar:-
-*4 tangkai cili kering
-*5 biji cili hidup
-*1 1/2 labu bawang besar
-*3 inci halia
-*5 ulas bawang merah
-*5 ulas bawang putih


Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama dengan 4 beradik...bila dah wangi masukkan ayam dan kacau rata...kemudian masukkan santan, air, garam dan serbuk perasa...gaul rata dan biar hingga ayam masak...tabur daun ketumbar dan angkat.



Sosej Masak Sos
Resepi nie sri tambah dalam menu nie sebab anak-anak mesti suka.



Bahan-bahan Sosej Masak Sos:-
-*10 batang sosej - potong 3 setiap satu (goreng sekejap)
-*5 sdb sos cili
-*1 sdb sos tomato
-*1/4 labu bawang besar - hiris nipis
-*1 ulas bawang putih - hiris nipis
-*2 inci halia - hiris nipis
-*air
-*minyak untuk menumis


Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia...bila naik bau masukkan sosej dan kacau...masukkan sos cili, sos tomato dan sedikit air...biarkan sekejap...bila kuah dah pekat tutup api.



Sambal Tumis




Bahan-bahan Sambal:-
-*20 tangkai cili kering - rebus dan toskan
-*1 labu bawang besar
-*3 ulas bawang merah
-*2 ulas bawang putih
-*1/8 belacan - dari belacan yang RM0.30 tue :))
-*garam
-*serbuk perasa
-*gula
-*air asam jawa
-*minyak untuk menumis


Cara-cara:-
-Kisar halus cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan...panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi...masukkan garam, serbuk perasa, gula dan air asam jawa...masak hingga pecah minyak.



SELAMAT MENCUBA :)





    

Friday, 3 February 2012

Air Asam

Assalamualaikum...

Air Asam nie adalah salah satu hidangan sampingan yang wajib ada kalau sri sediakan lauk pauk untuk dimakan bersama nasi jagung, nasi beriani, nasi daging dan macam-macam lagi...yang paling best kalau daging bakar, ayam bakar atau ikan bakar dicecah dengan air asam...kalau tak ada memang tak lengkap rasanya kan...air asam yang simple dari sri.:)






Bahan-bahan:-
-*3 biji tomato - dihiris nipis dan dicincang sedikit
-*1 labu bawang besar - belah 4 dan dihiris nipis
-*5 biji cili padi - di hiris nipis
-*3 sdb Sambal Belacan - boleh tambah @ kurang ikut selera pedas masing-masing ye
-*1/3 cawan air asam
-*garam
-*gula


Cara-cara:-
-Satukan semua bahan-bahan diatas dan perasakan.


SELAMAT MENCUBA :)

Monday, 30 January 2012

Sambal Cecah

Assalamualaikum...

Sambal cecah nie sesuai untuk semua jenis cekodok/jemput-jemput, keropok lekor dan kueh goreng (cth: ubi goreng, pisang goreng dll)






Bahan-bahan:-
-*6 sdb cili kisar
-*3 sdb sos cili
-*3 sdb gula
-*1/3 cawan air


Cara-cara:-
-Satukan semua bahan dan kacau rata...masak diatas api hingga pekat.


SELAMAT MENCUBA :)


Thursday, 26 January 2012

saMBaL bELacAn

Assalamualaikum...






Bahan-bahan:-
-*20 biji cili padi
-*1 biji cili hidup
-*1/4 ketul belacan (sukatan belacan RM0.30)
-*2 sdb air asam jawa
-*2 sdb jus limau nipis


Cara-cara:-
kalau tumbuk dengan lesung - campurkan semua kecuali air asam jawa & jus limau...tumbuk halus...kemudian gaul dengan air asam jawa dan jus limau.

kalau guna pengisar - campurkan semua bahan di atas dan kisar halus.



SELAMAT MENCUBA :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...