Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Dah lama rasanya sri tak 'membaking'...semalam bila online FB ramai pula yang post gambar2 kek dan cupcake yang comel2...geram pula rasa...terus teringin nak makan kek...jadi bila geledah stok2 yang ada dalam simpanan semua bahan2 untuk 'membaking' ada dan dalam peti sejuk pula ada buah oren...untuk minum petang semalam sri buatkan orange cup cake...cupcake nie kalau makan saja pun sedap tapi semalam sri buat simple cream chizzz...lagi best rasa dia...
Bahan-bahan:-
-*1 biji oren - kupas kulit dan potong wedges..buang urat putih kat tengah2
-*1 biji parutan kulit oren - optional
-*1 cawan gula pasir
-*1 cwn minyak masak
-*3 biji telur
-*pewarna oren
***kisar semua bahan2 di atas sampai halus.
-*2 cawan tepung gandum
-*1 1/2 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
***ayak bahan2 di atas
Cara-cara:-
-Tuanng bahan2 kisar tadi kedalam mangkuk dan satukan dengan bahan2 ayak.
-Kacau adunan dengan senduk hingga sebati.
-Boleh masukkan dalam loyang atau isi dalam cup.
-Bakar pada suhu 170 c.
-Biarkan sejuk baru piping cream chizz.
Bahan-bahan Krim:-
-*6 sdb marjerin
-*3 sdb cream cheese
-*1/2 cawan gula icing (kalau nak manis boleh masukkan 3/4 cawan)
Cara-cara:-
-Putar marjerin dengan gula hingga kembang.
-Masukkan cream cheese dan putar lagi hingga gebu.
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment