Assalamualaikum...
Selamat pagi dan salam sejahtera buat semua...hari nie bersiaran awal sikit sebab lepas update N3 untuk hari nie sri ada tugasan luar yang perlu dibereskan...nie mesti ada yang dah menyinsing lengan baju...bukan nak gaduh kan...tapi nak sediakan hidangan buat keluarga tersayang...:))
Untuk hari nie sri nak kongsikan resepi kek cawan coklat...kek nie sri buat hujung minggu lepas...sebenarnya plan nak buat choc chip muffin tapi bila dah siap sedia bahan...baru perasan terlupa nak beli choc chip...jadi tukar resepi sikit...kek nie walaupun bakar...tekstur dia memang moist...sedap pula rasa...(angkat bakul pulak sri nie..hihihi).
Lagi pun masa tengah jejalan kat blog kawan-kawan...masa singgah dapur Kak Ita Masam Manis (siap kak ita ajar cara-cara lagi...boleh klik SINI kalau nak tengok)...teruja pula tengok kek cawan yang Kak Ita deco...walaupun tangan nie bukanlah lembut sangat nak membentuk bunga...tapi nak juga cuba...hehehe...ok lah...jom kita layan resepi.
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*1 cawan marjerin
-*2 biji kuning telur
-*1 1/2 cawan gula castor
Bahan B
-*1 cawan susu segar
-*1 cawan air
-*1 sdt esen vanilla
Bahan C
-*2 3/4 cawan tepung superfine
-*1/2 cawan serbuk koko
-*1 sdt baking powder
Bahan D
-*2 biji putih telur
-*2 sdb gula castor
Cara-cara:-
-Satukan bahan A dan putar hingga kembang dan putih...kemudian masukkan bahan B dan putar hingga sebati.
-Satukan bahan C dan ayak 3 kali...masukkan kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit dan putar sebati...ketepikan.
-Putar putih telur hingga kental dan bertanduk...masukkan gula castor dan putar lagi hingga kental...bila terbalikkan mangkuk adunan tak jatuh.
-Masukkan adunan putih telur tadi kedalam adunan tepung dan kaup balik dengan spatula.
-Tuang adunan 3/4 kedalam paper cup dan bakar pada suhu 170 c selama 20 minit.
-Bila dah siap sejukkan sebelum hias dengan buttercream.
Bahan-bahan Buttercream:-
-*1 1/4 cawan gula icing
-*1/2 cawan krimwell
-*1/2 cawan shortening
Cara-cara:-
-Satukan semua dan putar hingga gebu.
-Warnakan dan deco ikut citarasa.
SELAMAT MENCUBA :)
How about we investigate a case, so you can perceive how this plays out, all things considered.
ReplyDeletetop steroids Australia
want to know the real benefits and risks associated with testosterone boosting
ReplyDeleteMr Steroids
Many people are in trouble due to the constantly changing economic situation of today. Many hard-working people lose their jobs or have their hours cut.Qp Loans
ReplyDelete