Pages

Wednesday, 16 May 2012

Vanilla Cup Cake

Assalamualaikum...


Salam manis dan salam sejahtera buat semua...tak lupa pada semua warga pendidik yang menabur bakti mendidik anak bangsa agar menjadi seorang insan yang berjaya dunia dan akhirat...Selamat Hari Guru sri ucapkan...kepada guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu pada anak didikmu ini...hanya Allah s.w.t yang mampu membalas segalanya...terima kasih pada guru-guru di SKTS, SKPK, SMKPK, SMKBTG dan tak lupa pada pensyarah-pensyarah di KYPMK...Selamat Hari Guru juga buat semua rakan-rakan.






Hari nie sri nak kongsikan resepi Vanilla Cup Cake...cup cake ni adalah permintaan adik sri untuk sambutan hari guru yang diadakan di sekolah hari nie...balik kerja semalam terus keluar beli barang-barang...balik terus mula mem'baking'...tengah malam baru siap semua...sebab tue hari nie kepala jem sikit nak mengarang...ok lah...tak nak melalut lagi...jom layan gambar dan resepi yang memang mudah tapi hasilnya memang sri puas hati sebab tekstur kek nya yang memang lemmmmmmmmbut gitue. (^^,)*









Bahan-bahan:-

Bahan A
-*4 biji kuning telur
-*2 sdb ovellete

Bahan B
-*100 gm marjerin - cairkan dan biar sejuk
-*60 ml susu segar
-*1 1/2 sdt perisa vanilla

Bahan C
-*80 gm tepung superfine
-*40 gm tepung jagung 
***ayak bahan diatas

Bahan D
-*4 biji putih telur
-*80 gm gula castor






Cara-cara:-
-Pukul bahan A hingga kembang dan gebu....masukkan bahan B dan pukul sebati.
-Masukkan bahan C yang telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul sebati...ketepikan.
-Putar dengan kelajuan tinggi telur putih hingga berbuih dan kembang...masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kaku atau bertanduk...adunan meringue.
-Masukkan adunan meringue kedalam adunan tepung dan dengan menggunakan spatula...kaup balik adunan hingga sebati.
-Tuang dalam paper cup 3/4 penuh dan bakar pada suhu 160 c selama 20 minit...setelah masak, biar sejuk baru deco dengan FC @ BC...makan saja pun sodap.







Buttercream:-
-*1 cawan gula icing
-*1/2 cawan krimwell
-*1/2 cawan shortening
-*1/2 cawan fresh cream
-*2 sdb susu pekat manis

Cara-cara:-
-Satukan semua dan pukul dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan gebu.



peralatan yang sri gunakan untuk mendeco. (^^,)


SELAMAT MENCUBA (^^,)

3 comments:

  1. assalam sri, akak suka tgk deco roses sri, cantik sangat

    ReplyDelete
  2. Salam...
    time kasih kak Zuhaini...(^^,)*

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...