Pages

Tuesday 17 January 2012

biScUit tRifLe

Assalamualaikum...

Jika Inginkan Mutiara...Selamilah Lautan...Jika Inginkan Kebahagiaan...Tempuhilah Penderitaan...Jika Inginkan Kejayaan...Relailah Sebuah Pengorbanan...Dan Ketahuilah Bahawa Setiap Kepahitan Itu Sebenarnya Terkandung Seribu Kemanisan...Apa Jua Yang Kita Lalui Dan Tempuhi...Berdoalah Agar Kita Senantiasa Mendapat Keredhaan Dari Allah S.W.T.






Selamat petang dan selamat sejahtera buat semua...hari nie sri nak kongsi resepi manisan yang memang mudah nak menyediakannya...resepi nie sri dapat dari kak Nik Zamzurina dekat page Jom Masak...memang sedap...terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi...jom kita layan...zzuusssss :))






Bahan-bahan & Cara-cara:-
Lapisan Pertama
-*20 keping biskut marie perisa kopi / biskut mentega
-*1/3 cawan air
-*1 1/2 sdt gula icing

***Satukan air dan gula icing...gaul sebati...ambil sekeping biskut...celupkan kedua-dua belah dalam air tadi (buat dgn cepat)...kemudian letak dalam cawan atau apa-apa acuan...setiap cawan sri letak dua keping biskut.


Lapisan Kedua
-*1 tin susu cair
-*4 1/2 sdb tepung kastard
-*5 sdb gula
-*2 cawan air

***Satukan kesemua bahan diatas dan kacau hingga semua sebati...masak diatas api yang sederhana...sentiasa kacau untuk mengelakkan adunan berketul...kacau sehingga adunan pekat (bila senduk mula rasa berat untuk kacau)...tutup api dan ketepikan...kacau sekejap...kemudian tuang atas lapisan pertama tadi.






Lapisan Ketiga
-*1 tin buah cocktail / buah-buahan segar (potong kiub)

***Taburkan buah-buahan tadi diatas lapisan kastard


Lapisan Keempat
-*10gm agar-agar tali
-*2 cawan air
-*1 cawan air cocktail (kalau tak suka gantikan dengan air)
-*4 sdb gula
-*pewarna (optional)

***Satukan semua dan masak hingga agar-agar hancur...tapis...kemudian tuang diatas lapisan buah tadi...setelah siap...sejukkan...






SELAMAT MENCUBA :)




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...