Assalamualaikum...
Salam manis dan salam sayang buat semua...sri doakan yang terbaik buat semua...(^_^)*
Hari nie bermulalah perjuangan bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 seluruh Malaysia menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...diharap semua telah mempersiapkan diri masing-masing sebelum masuk ke medan pertempuran...masih terbayang-bayang 13 tahun lepas...situasi yang sama sri lalui...kalau dulu rasa seram sejuk jer...sekarang nie rasa lucu lah pula...hehehe
Pasti teman-teman yang lain pun ada kisah yang tersendiri kan...rasa rindu pula pada zaman tue.
Sebenarnya 2 biji kek yang dalam gambar diatas nie adalah kek untuk jamuan akhir tahun kelas adik sri...dia minta tolong buatkan...jadi sri buatkan Vanilla Cheese Cake dan Choclate Moist Cake...jom kita layan.(^_^)*
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*3 biji telur kuning
-*1 biji telur
-*1 sdb ovellete
Bahan B
-*60 ml susu segar
-*100 gm butter - cair dan sejukkan
-*1 sdt esen vanilla
-*1 1/2 sdt perisa vanilla
Bahan C
-*80 gm tepung superfine
-*40 gm tepung jagung
-*1 sdt baking powder
***ayak
Bahan D
-*3 biji putih telur
-*80 gm gula castor
Cara-cara:-
-Pukul bahan A hingga kembang dan gebu....masukkan bahan B dan pukul sebati.
-Masukkan bahan C yang telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul sebati...ketepikan.
-Putar dengan kelajuan tinggi telur putih hingga berbuih dan kembang...masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kaku atau bertanduk...(adunan meringue).
-Masukkan adunan meringue kedalam adunan tepung dan dengan menggunakan spatula...kaup balik adunan hingga sebati...kaup balik perlahan ye.
-Setelah siap, tuang adunan kedalam loyang (saiz 7") yang telah dialas dengan baking paper...bakar pada suhu 160 c selama 45 minit...bila kek dah masak, terbalik selama 3 - 5 minit...kemudian sisipkan dengan pisau dibahagian tepi dan sejukkan kek atas redai sebelum hias.
Bahan-bahan Krim:-
-*250 gm cream cheese
-*50 gm gula icing - ayak
-*1 cawan fresh cream
****putar cream cheese hingga gebu...masukkan gula icing dan putar sebati...kemudian masukkan fresh cream dan putar dengan kelajuan tinggi hingga semua sebati...boleh mula mendeko...sebenarnya sri nak letak buah strawberry tapi dalam peti ais tak ada...yang ada buah kiwi...jadi kita guna apa yang ada ye...buah kiwi pun sedap...
-Setelah siap, tuang adunan kedalam loyang (saiz 7") yang telah dialas dengan baking paper...bakar pada suhu 160 c selama 45 minit...bila kek dah masak, terbalik selama 3 - 5 minit...kemudian sisipkan dengan pisau dibahagian tepi dan sejukkan kek atas redai sebelum hias.
Bahan-bahan Krim:-
-*250 gm cream cheese
-*50 gm gula icing - ayak
-*1 cawan fresh cream
****putar cream cheese hingga gebu...masukkan gula icing dan putar sebati...kemudian masukkan fresh cream dan putar dengan kelajuan tinggi hingga semua sebati...boleh mula mendeko...sebenarnya sri nak letak buah strawberry tapi dalam peti ais tak ada...yang ada buah kiwi...jadi kita guna apa yang ada ye...buah kiwi pun sedap...
Resepi Choclate Moist Cake rasanya dah banyak kali juga sri masukkan tapi tak apalah...kita tengok ulang tayang ye..
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*3/4 cawan gula pasir
-*3/4 cawan serbuk koko
-*1 cawan susu cair
-*3/4 cawan susu pekat manis
-*1 cawan minyak masak
*****satukan bahan-bahan diatas dan masak diatas api yang sederhana hingga bekilat dan sebati...alihkan dan kacau adunan selama 5 - 10 minit dan biar sejuk seketika.
Bahan B
-*3/4 cawan tepung gandum
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
***ayak bahan-bahan diatas
Bahan C
-*4 biji telur - 'blend' hingga kembang
Cara-cara:-
-Tuang adunan coklat kedalam mangkuk adunan...masukkan tepung dan telur berselang seli...kacau dengan spatula sahaja...bila dah habis dan adunan dah sebati...tuang adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak.
Simply Choclate Ganache :-
-*60 ml susu segar / non-dairy whipping cream
-*120 gm choclate compound
***panaskan susu atau non-dairy whipping cream hingga terbentu buih pada bahagian tepi periuk...masukkan choclate yang dipotong kiub dan biar cair sepenuhnya...biar suam baru curah atas kek.
Gambar kek yang dibawah nie juga adalah dari resepi Vanilla Cheese Cake...sri buat untuk birthday anak buah bulan lepas...cuma masa tak mengizinkan untuk update dekat blog.
nie lah dia befday gurl dengan bufday boy...yang basikal tue hadiah dari Tok Ba untuk cucu-cucu kesayangan...(^_^) |
SELAMAT MENCUBA (^_^)*
No comments:
Post a Comment