Assalamualaikum...
Ya ALLAH Ya TUHAN kami, turunkanlah kepada kami makanan dari langit untuk menjadi perayaan bagi kami, bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami dan menjadi kekuasaanMU dan berilah rezeki kepada kami kerana ALLAH sebaik-baik yang memberi rezeki...(Al-Maidah, ayat 114)
Salam ceria buat semua rakan-rakan...semoga hari ini kita semua berada dalam lindungan dan keredhaan Nya...Amin...hari nie sri nak kongsikan resepi masak lemak udang dengan belimbing buluh...salah satu kegemaran sri...sri paling suka kalau letak belimbing buluh dalam masak lemak...bahan-bahannya seperti berikut.
Bahan-bahan:-
-*1kg udang
-*20 biji belimbing buluh
-*5 ulas bawang merah
-*2 inci kunyit hidup
-*6 biji cili padi
-*1 1/2 cawan santan
-*3/4 cawan air
-*garam
-*serbuk perasa
Cara-cara:-
-Kisar bawang merah, kunyit hidup dan cili padi hingga halus.
-Satukan dalam periuk bahan kisar, belimbing buluh, santan, air, garam dan serbuk perasa...masak hingga kuah mendidih...kuah hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tak pecah minyak...nanti tak sedap.
-Bila kuah dah mendidih masukkan udang dan masak seketika lagi.
-Bagi yang tak suka belimbing boleh aje kalau gantikan dengan kentang tapi kena letak asam keping ye...untuk resepi nie tak payah letak sebab belimbing dah masam.
SELAMAT MENCUBA :)