Pages

Monday 28 May 2012

Choc Moist Cake Noor Idayu

Assalamualaikum...

Salam manis dan salam 1 Malaysia...cuti sekolah dah pun bermula...sri tengok ramai juga teman-teman yang mengambil peluang bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah nie...sri doakan semua perancangan yang diatur berjalan dengan lancar...sri tak rancang kemana-mana pun sebab sekarang memang sibuk sikit...en suami pun tak dapat nak ambil cuti...tambahan pula sekarang kena kerja dekat Johor...lagi lah susah nak dapat cuti...nie pun baru semalam sri hantar suami balik JB.






Hari nie sri nak kongsikan resepi Choc Moist Cake...rasanya siaran ulangan kot tapi ada sikit perubahan pada resepi...kek nie atas permintaan anak sri yang bongsu...katanya nak jamu kawan-kawan kelas makan...anak sri beritahu yang kawan-kawan kelas selalu tengok dekat 'wall' FB sri...jadi teringin nak rasa kek yang ibu dia buat..(^^,)*..jom layannnn






Bahan-bahan:-
Bahan A
-*3/4 cawan gula pasir
-*1 cawan serbuk koko
-*1 cawan susu cair
-*3/4 cawan susu pekat manis
-*1 cawan minyak masak

*****satukan bahan-bahan diatas dan masak diatas api yang sederhana hingga bekilat dan sebati...alihkan dan kacau adunan selama 5 - 10 minit dan biar sejuk seketika.


Bahan B
-*3/4 cawan tepung gandum
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
***ayak bahan-bahan diatas


Bahan C
-*4 biji telur - 'blend' hingga kembang






Cara-cara:-
-Tuang adunan coklat kedalam mangkuk adunan...masukkan tepung dan telur berselang seli...kacau dengan spatula sahaja...bila dah habis dan adunan dah sebati...tuang adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak.
-Kalau nak buat bentuk topi macam yang sri buat...guna dua loyang...satu loyang besar...dan satu lagi loyang kecil..


Choc Ganache:-
-*1/2 cawan serbuk koko
-*1/2 cawan susu pekat manis
-*1/8 susu cair
-*3 sdb gula pasir / gula perang
-*3 sdb marjerin

*****Satukan dan masak atas api yang sederhana hingga semua sebati..biar sejuk baru curah atas kek.






SELAMAT MENCUBA (^^,)*

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...