Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan salam manis buat semua...maaf lah sebab dah banyak hari tak ada resepi atau menu baru yang di kongsikan...sibuk sangat sepanjang minggu lepas...nie pun sebenarnya sri tak berapa sihat...rasa malas jer nak update N3...tapi bila tengok banyak N3 yang tertangguh dalam senarai...rasa rindu pula nak masuk dapur nie...^_^*
Sebenarnya sri dah pernah tayang kat FB cuma tak sempat nak sertakan dengan resepi...nie birthday kek pelanggan...jadi tak dapatlah nak tayangkan hasil bedah siasat...kita layan deco aje lah ye...sekarang jom kita tengok resepi.
Sonata Chesse Cake
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*6 biji kuning telur
-*2 sdb ovellete
Bahan B
-*150 gm butter - cairkan dan biar sejuk
-*90 ml susu segar sejuk
Bahan C
-*120 gm tepung superfine
-*60 gm tepung jagung
***ayak
Bahan D
-*6 biji putih telur
-*120 gm gula castor
Cara-cara:-
-Putar sebati bahan A...dan masukkan bahan B...putar lagi.
-Masukkan bahan C dan putar hingga semua mesra alam (sebati)...kemudian ketepikan adunan.
-Dalam mangkuk lain, pukul putih telur hingga kembang dan berbuih halus...masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis dan putar hingga bertanduk.
-Ambil separuh adunan putih telur dan kaup balik dengan adunan tepung...masukkan lagi separuh dan kaup balik hingga sebati...note:kaup balik perlahan ye supaya adunan putih telur tak berair.
-Alas loyang dengan baking paper dan tuang adunan....bakar pada suhu 160 c selama 55minit.
-Bila dah masak...sisipkan bahagian tepi dan sejukkan atas redai...bila dah sejuk baru kita mula melepa dan mendeko.
Cara-cara:-
-Bahagi kek kepada 3 bahagian macam dalam gambar...ambil bahagian bawah dan lapiskan dengan 1/2 adunan krim keju...kemudian kita lapiskan diatas krim keju tadi dengan filling strawberry...ambil bahagian kek kedua dan letak diatas bahagian pertama tadi dan ulang langkah tadi hingga siap...kemudian kita sediakan krim untuk sudahkan kek kita.
-Bahagi kek kepada 3 bahagian macam dalam gambar...ambil bahagian bawah dan lapiskan dengan 1/2 adunan krim keju...kemudian kita lapiskan diatas krim keju tadi dengan filling strawberry...ambil bahagian kek kedua dan letak diatas bahagian pertama tadi dan ulang langkah tadi hingga siap...kemudian kita sediakan krim untuk sudahkan kek kita.
Bahan Hiasan:-
-*Non-dairy whipping cream secukupnya (sri guna 2 cawan...mix dengan kelajuan tinggi hingga kaku)
-*8 biji strawberry segar (sri celup dalam air gula yang dimasak pekat)
*****Kemaskan kek dengan fresh cream...untuk bahagian tepi, sri guna nozel untuk daun saiz kecil dan tarik dari bawah naik keatas...bahgian atas sri buatkan bunga rose dari fresh cream dan juga sri letakkan buah strawberry...nie pelanggan yang minta.
SELAMAT MENCUBA (^_^)*
No comments:
Post a Comment