Pages

Friday, 27 April 2012

Apam Labu Kelapa Parut

Assalamualaikum...

Renungan Jumaat...Keluhuran peribadi seperti bersopan-santun, berbudi bahasa dan suka membantu perlu dipraktikkan sentiasa. Dalam hal ini sememangnya keluarga memainkan peranan yang besar dalam mendidik, membimbing dan mencorakkan keperibadian seseorang individu semenjak dilahirkan. Ia mampu mempengaruhi persekitaran dan mewujudkan suasana aman tanpa sebarang pergaduhan.


 Aspek budi bahasa mencerminkan budi pekerti seseorang. Mencaci maki, menyumpah seranah dan yang seumpama dengannya tidak membawa kebaikan kepada sesiapapun malah ia memalukan sesiapa yang menuturkan, begitu juga ia akan memalukan ibu bapa yang berkenaan. Justeru dalam membentuk masyarakat yang baik dan beradab semuanya bermula daripada didikan akhlak yang betul. Salah asuhan menjadikan masyarakat kacau bilau dan di antara satu sama lain tidak terjalin persefahaman dan kasih sayang. 






Salam Jumaat yang penuh barakah...salam manis dan salam ceria buat semua teman-teman yang setia melewati dapur sri...terima kasih sri ucapkan...Jumaat terakhir di bulan april dan lagi beberapa hari kita akan melangkah ke bulan baru...mohon maaf andai ada salah dan silap...kita semua adalah insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.


Untuk hari nie sri nak kongsikan resepi apam labu kelapa parut...bagi yang belum ada idea nak masak apa untuk 'tea time' nanti...bolehlah cuba...sri buat dalam bentuk yang kecil-kecil dan sri letakkan kelapa parut dalam adunan...sebab tue namanya dah jadi panjang sikit...tapi best tau sebab bila kita makan...setiap kunyahan akan terasa kelapa parut...lagi-lagi kalau kita letak kelapa parut muda...sodapnyaaaa (^^,).






Kalau nak lagi cepat...buat ajer dalam loyang...dah siap kita potong kecil-kecil dan salutkan dengan kelapa...sonang keje...hehehe...jom lah intai-intai apa yang ada dalam resepi tue.



Bahan-bahan:-
-*1 cawan labu manis yang telah direbus empuk dan dilecek
-*3/4 cawan gula pasir
-*1 cawan air
-*1 1/2 sdb yis kering
-*1 1/2 cawan tepung beras
-*1/2 cawan tepung gandum
-*3/4 cawan kelapa parut






Cara-cara:-
-Satukan labu, gula dan air dalam pengisar...dan kisar halus.
-Tuang ke dalam mangkuk adunan dan masukkan tepung beras, tepung gandum, yis dan kelapa parut...gaul sebati dan perap selama 30 minit.
-Tuang dalam loyang atau papercup (letak dalam acuan lompang)...kukus hingga masak.






SELAMAT MENCUBA :)

2 comments:

  1. nmpak simpel saje...tp mmg sedap nie....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks asyifa...
      simple sgt nk buat...
      dan yg penting mmg sodap..(^^,)*

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...