Pages

Thursday, 3 May 2012

Football Cake...Birthday Ghuzairi 29 April

Assalamualaikum...






Salam manis dan salam sayang buat semua teman-teman...masak apa hari nie...mesti sedap-sedap...nyum..nyumm...sri baru lepas sarap nasi goreng kampung dengan milo tarik (kira sekali dengan lunch la jawabnya nie)...Alhamdulillah...rezeki dari Allah swt...hari nie sri nak kongsi N3 yang dah tertunda beberapa hari...maaf ye...29 April yang lepas adalah ulangtahun kelahiran adik sri (Ghuzairi) yang ke 12...atas permintaan adik sri supaya buat deco 'football'...sri buatkan vanila choc cake.









Vanila Choc Cake

Vanila Cake
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*4 biji kuning telur
-*2 sdb ovellete
-*2 sdt perisa vanilla

Bahan B
-*100 gm butter / marjerin cair
-*60 ml susu segar sejuk
-*1 sdt esen vanilla

Bahan C
-*80 gm tepung superfine
-*40 gm tepung jagung
***ayak

Bahan D
-*4 biji putih telur
-*80 gm gula castor



Cara-cara:-
-Putar sebati bahan A...dan masukkan bahan B...putar lagi.
-Masukkan bahan C dan putar hingga semua sebati...ketepikan.
-Pukul putih telur hingga kembang dan berbuih halus...masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis dan putar hingga bertanduk.
-Ambil separuh adunan putih telur dan kaup balik dengan adunan tepung...masukkan lagi separuh dan kaup balik hingga sebati.
-Alas loyang dengan baking paper dan tuang adunan....bakar pada suhu 160 c selama 45minit.
-Bila dah masak...sisipkan bahagian tepi dan sejukkan atas redai...buat tiga lapisan.








Choc Cake
Bahan A
-*4 biji kuning telur
-*2 sdb ovellete

Bahan B
-*90 gm butter cair
-*60 ml susu segar sejuk
-*1 sdt esen vanilla

Bahan C
-*70 gm tepung superfine
-*40 gm tepung jagung
-*20 gm serbuk koko
***ayak

Bahan D
-*4 biji putih telur
-*80 gm gula castor



Cara-cara:-
-Putar sebati bahan A...dan masukkan bahan B...putar lagi.
-Masukkan bahan C dan putar hingga semua sebati...ketepikan.
-Pukul putih telur hingga kembang dan berbuih halus...masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis dan putar hingga bertanduk.
-Ambil separuh adunan putih telur dan kaup balik dengan adunan tepung...masukkan lagi separuh dan kaup balik hingga sebati.
-Alas loyang dengan baking paper dan tuang adunan....bakar pada suhu 160 c selama 45minit.
-Bila dah masak...sisipkan bahagian tepi dan sejukkan atas redai...buat tiga lapisan.






Bahan-bahan Buttercream:-
-*1 cawan krimwell
-*1 cawan shortening
-*2 1/2 cawan gula icing
-*1/2 cawan non dairy whipping cream
-*pewarna hitam dan hijau


Cara-cara:-
-Campurkan semua kecuali pewarna dan pukul hingga kembang dan gebu.
-Boleh lepa atas kek dan warnakan untuk mendeko.






SELAMAT MENCUBA (^_^)*





8 comments:

  1. Replies
    1. (^_^)*
      thanks so much...
      permintaan adik yg fanatik dgn football...

      Delete
  2. slm kenal...wah sgt cntik kek bola tu...kemas pula tu...jom singgah ke sna pula...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm knal...
      time kasih...ok...i'll be there (^^,)

      Delete
  3. salam ziarah sri idayyu.. mohon izin meng'copy resipi yeeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm ZurHeritage...
      boleh...ambil lah...(^^,)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...