Assalamualaikum...
Rezeki dan Kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. Setiap manusia dituntut
untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan
tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan
sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur
dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit...semoga kita semua dalam lindungan Nya dan terhindar dari sifat-sifat yang buruk...amin.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...sibuk nampak puan-puan didapur...kelentang...kelentung bunyi nya...hehehe...mana tak nya...kena siapkan makan tengahari sebelum anak-anak pulang dari sekolah...ada juga suami yang balik makan di rumah...kalau lambat siap...kesian pula tengok muka-muka yang dalam keletihan dan kelaparan.
Inilah projek petang semalam dan N3 nie adalah N3 yang ke-100 :))...dibuat khas untuk keluarga dan suami tersayang...kek keju sonata...nama memang tak hingat sebab dok teringat cite winter sonata...hehehe...nak letak nama snow cheese cake...snow dia baru nak mula...ada bahagian atas saja...itu yang suka-suka hati letak sonata cheese cake...boleh aje lah kita layan...tapi dalam banyak-banyak kek bakar setakat nie...sri paling suka tekstur kek nie...walaupun disimpan dalam peti...kek dia tetap lembut...boleh makan terus lepas keluar peti...tak payah nak biarkan dekat luar dulu.
Kek nie adalah gabungan dua resepi kek (resepi snow cheese cake dari Suharyati Saadon dan lagi satu resepi ciz cake yang sri tak ingat siapa tuan empunya...ampun sangat-sangat...halalkan ye)...resepi nie sri dah olah sikit sukatannya...jom layannnnnn :))
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*4 biji kuning telur
-*2 sdb ovellete
Bahan B
-*90 gm butter cair
-*60 ml susu segar sejuk
Bahan C
-*80 gm tepung superfine
-*40 gm tepung jagung
***ayak
Bahan D
-*4 biji putih telur
-*80 gm gula castor
Cara-cara:-
-Putar sebati bahan A...dan masukkan bahan B...putar lagi.
-Masukkan bahan C dan putar hingga semua sebati...ketepikan.
-Pukul putih telur hingga kembang dan berbuih halus...masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis dan putar hingga bertanduk.
-Ambil separuh adunan putih telur dan kaup balik dengan adunan tepung...masukkan lagi separuh dan kaup balik hingga sebati.
-Alas loyang dengan baking paper dan tuang adunan....bakar pada suhu 160 c selama 45minit.
-Bila dah masak...sisipkan bahagian tepi dan sejukkan atas redai.
Bahan-bahan Krim:-
Untuk Layer dan Lepa
-*125 gm cream cheese
-*1/4 tin susu pekat
***Satukan dan pukul hingga gebu.
Untuk deco
-*125 gm cream cheese
-*1 sdb krimwell
-*1/2 cawan gula icing
***Satukan dan pukul hingga gebu
Hiasan:-
-Kraft Cheddar Cheese - parut dan tabur atas kek
-Buah Strawberry
SELAMAT MENCUBA :)
best ni sri
ReplyDeletetQ...
Deletecubalah...:))
memang best sgt2...tambah2 bila ada ciz...
nampak menarik dan sedap..nanti boleh cuba:)
ReplyDeletethanks...
Deletecuba...jgn xcuba...
sedap...mcm kak shiela slalu kata "served chilled"..