Assalamualaikum...
"Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.".......Riwayat Bukhari dan Muslim
[Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya...Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain...Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah]
Salam ceria dan selamat menjamu selera buat teman-teman...mesti macam-macam juadah yang best dah terhidang...tunggu nak makan jer kan...hehehe...hari nie sri nak kongsi resepi laksa...penang mai punya...resepi nie sri belajar dari mak *(^__^)...panas-panas macam nie memang best la kalau dapat 'pekena' laksa...jom la intai bahan-bahannya.
Bahan-bahan:-
-*1 - 1 1/2 bungkus laksa - rendam dan rebus hingga lembut.
-*10 ekor ikan sardin (kalau guna ikan temenung/kembong kena lebihkan sikit ye)
-*20 biji cili kering
-*10 ulas bawang merah
-*1/4 ketul belacan (sukatan dari belacan yang RM0.30 tue ye)
-*4 keping asam keping
-*daun cenehom / kesom
-*2 kuntum bunga kantan - belah 2
-*garam
-*serbuk perasa
Cara-cara:-
-Rebus ikan dan toskan (air rebusan ikan jangan buang...nanti campur sekali)...kemudian asingkan isi dan tulang ikan...ketepikan.
-Kisar halus cili kering, bawang merah dan belacan...Masukkan dalam periuk.
-Kisar isi ikan tadi hingga halus dan campurkan dalam bahan cili kisar tadi...kisar pula tulang-tulang ikan dan tapis...kisar sekali lagi tulang tue dan tapis hingga tulang ikan tadi agak bersih...kemudian masukkan kedalam bahan-bahan kisar tadi...boleh tambah air kalau kuah agak pekat sebab kita kena renehkannya lagi.
-Masukkan garam, serbuk perasa, daun cenehom, bunga kantan dan asam keping...masak diatas api hingga mendidih...kena sentiasa perhatikan...takut kuah meruap...habis lak pati-pati ikan nanti.
Bahan-bahan Hiasan:-
-*telur rebus
-*timun
-*bawang besar
-*daun salad
-*daun selom
-*cili padi
-*limau kasturi
***lain-lain...daun pudina, nenas, pucuk janggus, pucuk samak...ikut selera masing-masing :))
No comments:
Post a Comment