Assalamualaikum...
Dan salam sejahtera semua teman-teman...lewat lagi update N3...:))) hari nie sri buat pau roll cicah dengan kuah kari ayam untuk sarapan tadi...tapi kari ayam adik sri yang masak...memang kena dengan seleralah...asalnya sri nak buat spiral mantou tapi salah potong yang gulungan pertama...nampak macam swiss roll...sebab tue la jadi pau roll...hehehe :))
Resepi untuk doh pau roll nie sama dengan resepi Pau Montel tapi ada sikit perubahan jer...cuma untuk pau nie tak ada inti tapi makan dengan kuah kari...kalau nak ganti dengan kaya pun boleh aje...jom kita tengok resepi pau...
Bahan-bahan:-
-*500gm tepung pau @ tepung high protein
-*1 biji telur
-*1/2 sdt garam halus
-*200ml air suam
-*1 sdb yis mauripan
-*2 sdb marjerin
-*1 sdb shortening
-*2 sdb gula
-*2 sdb susu pekat
-*1 sdb serbuk koko
-*pewarna pink
Di sini sri ada tunjuk serba sikit langkah-langkah untuk membuat pau roll...
Didalam bekas adunan atau bekas lain yang agak besar, tuangkan air suam...masukkan yis, marjerin, shortening, gula dan susu pekat...kacau sedikit dan biar adunan tadi 8 - 10 minit.
Bila yis dah berbuih...masukkan separuh tepung, telur yang dipukul sedikit dan garam.
Gaul adunan tadi dengan sudu sehingga sebati dan melekat pada sudu...bila dah sebati, gaul dalam satu arah.
Bahagi adunan tadi kepada dua...yang satu lebihkan sedikit dari yang satu lagi...satu adunan letakkan serbuk koko dan yang satu lagi letakkan pewarna pink atau pewarna kegemaran...gaul sebati.
Kemudian masukkan lebihan tepung tadi dan gaul dengan sudu sekejap...kemudian uli guna tangan...kalau adunan lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi tak melekat pada bekas adunan.
Bulat-bulatkan adunan hingga habis...doh coklat bulatkan kecil sedikit dari doh pink...canai doh pink dan doh coklat...setelah siap letak doh coklat atas doh pink macam gambar diatas dan potong sikit hujung doh pink untuk kemaskan nya.
Gulung dengan kemas doh tadi kemudian potong kecil-kecil...masa potong jangan menekan kerana adunan akan jadi tak kemas...setelah siap letak diatas kertas minyak...macam biasa sri guna acuan cup cake jer.
Inilah rupa pau yang telah siap direhatkan selama 15 minit...kukus pau menggunakan api yang sederhana...kalau api yang kuat...tepung akan jadi keras dan kekuningan kalau pau putih...kukus 15 minit atau sehingga masak.
Bahan-bahan Kari Ayam:-
-*1/2 ekor ayam - potong kecil
-*2 biji ubi kentang
-*1 cawan santan
-*2 sdb rempah kari daging/ayam
-*1/2 sdt serbuk cili
-*1/2 sdt serbuk lada hitam
-*1/2 sdt serbuk lada sulah
***campur dan bancuh dengan air hingga sebati.
-*1 labu bawang besar
-*2 inci halia
-*3 ulas bawang putih
***kisar halus
-*1 tangkai daun kari
-*4 beradik (kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang & bunga cengkih)
-*garam
-*1 kiub pati ayam
-*serbuk perasa
-*1 keping asam keping
Cara-cara:-
-Tumis bahan-bahan kisar bersama dengan daun kari dan 4 beradik...selepas naik bau masukkan rempah yang telah diadun...masak hingga wangi.
-Masukkan ayam serta kentang dan tambah 1/3 cawan air.
-Kacau sebati dan masukkan kiub pati ayam, asam keping, garam, serbuk perasa dan santan...masak hingga pekat.
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment