Pages

Saturday, 10 December 2011

biHUn gOReNg pUTih

Assalamualaikum...
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu buat semua teman-teman...kalau ada yang merancang untuk kemana-mana diharap berhati-hati...sarapan apa pagi nie ye...hari nie pun sri tak sihat lagi...berat jer rasa kepala nie macam ada batu kat dalam...lepas update N3 untuk hari nie nak pegi rehat jap...harap-harap lepas bangun kurang la sikit sakit kepala nie...banyak lagi keje yang menanti...huhuhu :((...ok lah...jom tengok resepi dan bahan-bahan yang diperlukan.






Bahan-bahan:-
-*1 bungkus bihun - (selalu sri akan rendam malam kalau nak masak untuk sarapan tapi kalau terlupa sri akan rendam dalam air suam supaya bihun cepat lembut masa proses menggoreng nanti)
-*1 keping dada ayam - dipotong kecil
-*100gm udang hidup
-*3 biji telur - digoreng hancur dan ketepikan
-*1 labu bawang besar - dihiris nipis
-*2 ulas bawang putih - dicincang
-*1 batang lobak merah - disagat halus
-*2 sdt serbuk lada sulah - boleh tambah kalau kurang
-*garam
-*serbuk perasa
-*5 sdb minyak






Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih...kacau sekejap dan masukkan isi ayam serta sedikit air.
-Bila isi ayam dah masak, masukkan udang hidup, serbuk lada sulah, garam dan serbuk perasa...kacau sebati dan masukkan bihun yang telah direndam tadi...boleh tambah air kalau bihun kurang lembut.
-Setelah bihun lembut, masukkan lobak merah dan telur hancur tadi...kacau rata.






Bahan-bahan Sambal Kicap:-
-*5 biji cili padi - dipotong kecil
-*3 biji cili padi
-*1 sdb kicap manis
-*1 sdb kicap masin
-*1 biji jus limau nipis


Cara-cara:-
-Satukan semua kecuali cili padi yang dipotong dan kisar halus bahan-bahan tadi...masukkan dalam mangkuk dan campur dengan cili padi yang dipotong.


SELAMAT MENCUBA :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...