Assalamualaikum...
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan...semoga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan dari Nya...sebenarnya hari nie sri tak berapa sihat...mungkin disebabkan oleh kesibukan sejak kebelakangan nie...tinggal hanya seminggu lagi aje sri dengan adik-adik nak kena siapkan apa yang patut untuk majlis perkahwinan adik sri...tak terkejar rasanya.
Ok lah...tak nak celoteh panjang-panjang...nanti boring lak kan...hari nie sri nak kongsikan resepi ayam goreng berempah...rempah lagi.!!sri nie tak habis-habis dengan rempah kan...hehehe...layan je lah sebab ayam goreng nie memang sedap :D...anak-anak pasti suka...jom kita sellongkar bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - potong kecil
-*garam
***gaul dengan ayam
-*1 labu bawang besar
-*5 ulas bawang putih
-*3 inci halia
***kisar semua bahan-bahan di atas
-*1 1/2 sdb rempah kari daging
-*1 sdt serbuk cili
-*1/2 sdt serbuk lada sulah
-*1/2 sdt serbuk lada hitam
-*2 1/2 sdb tepung gandum
-*2 sdb serbuk kunyit
-*1 biji telur
-*daun kari - diguna semasa menggoreng
-*minyak untuk menggoreng
Selalunya kalau sri perap sekejap jer...sri akan kukus dulu ayam nie dalam 3 - 5 minit supaya adunan rempah meresap dalam isi ayam...kalau perapan yang lama...tak kukus pun tak apa sebab isi ayam akan lembut dan mudah meneyerap adunan rempah tadi.
Cara-cara:-
-Campurkan bahan-bahan kisar dengan rempah kari, serbuk cili, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, serbuk kunyit, tepung gandum dan telur...gaul sebati.
-Gaul adunan rempah dengan ayam hingga rata dan sebati...perap 15 minit.
-Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng...masa menggoreng ayam...tabur daun kari didalam minyak...goreng ayam dengan api yang sederhana.
Ayam goreng berempah nie memang sesuai untuk semua jenis hidangan nasi...
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment