Assalamualaikum...
Selamat petang dan selamat menjamu selera buat semua teman-teman...dah dua hari tak sempat nak on9...nasib baik tak bersawang lagi dapur nie kan :))...nie pun curi-curi masa sekejap sementara menunggu cup cake masak...hari nie sri nak kongsi resepi udang masak sos manis...untuk hidangan nie sesuai juga kalau dipadankan dan dijadikan salah satu hidangan sampingan menu tom yam...
Udang nie sri cuma buang kulit dibahagian tengah sahaja sebab kalau buang semua nampak pelik jer tengok udang tue...jom tengok-tengok bahan-bahan yang diperlukan...
Bahan-bahan:-
-*1 kg udang
-*2 sdb sos thai
-*2 sdb sos cili
-*2 sdb gula
-*1 biji tomato - didadu
-*1 biji cili hijau - didadu
-*1 biji cili merah - didadu
-*1 labu bawang besar - didadu
-*3 ulas bawang putih - dicincang
-*2 sdb minyak masak
-*garam
-*serbuk perasa
Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bawang putih...bila dah garing sikit masukkan bawang besar, cili hijau, cili merah...kacau sekejap.
-Masukkan sos thai, sos cili dan gula...gaul sebati.
-Kemudian masukkan udang, tomato, garam dan serbuk perasa...kacau dan masak sekejap sahaja...bila badan udang dah membengkok terus tutup api...kalau masak terlalu lama nanti isi udang akan rasa keras dan hilang rasa segar udang.
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment