Pages

Thursday 4 April 2013

Snow Cheese Cake For My Beloved Husband

Assalamualaikum...






Salam mesra dan salam sayang buat semua jiran-jiran blogger dan pengunjung baru atau lama yang tak jemu bertandang kedapur maya rosri kitchen...dapur nie adakalanya berasap...dan adakalanya sampai bersawang ditinggalkan...maaflah sebab kekangan masa yang tak dapat dielakkan...dan kerana itu jugalah baru semalam  dapat sri buatkan kek ulangtahun kelahiran untuk suami tercinta...(^^,)*






Resepi nie sri perolehi hasil BW ke dapur Diana @ Melley Mey ...boleh la jenguk kesana ye dan terima kasih pada tuan dapur dan minta dihalalkan untuk sri kongsikan disini...kek yang mudah dari segi penyediaan bahan dan juga pembuatan...tapi yang pasti kek nie memang marvelous...suami sri yang tak suka makan kek pun terpikat dengan kelembutan dan rasa kejunya...dah 3 kali sri buat tapi baru sekarang dapat kongsikan resepi...bila tengok suami suka,itulah yang terpikir nak buat kek ni untuk ulangtahun dia pada tahun nie...snow cheese cake seeloknya makan ketika sejuk...tak cukup sepotong i tell u...sebab sedap sangat...jom kita tengok apa yang ada..:)






Bahan-bahan:-
-*100 gm tepung naik sendiri
-*60 gm tepung jagung
-*100 gm gula halus
-*2 sdb ovellete
-*6 biji telur gred A (buang 2 biji putih telur)
-*1 sdt serbuk penaik

-*75 gm marjerin - cairkan dan biar sejuk

-*50 ml air sejuk (yang dari peti ais tau)


Bahan Krim:-
-*250 gm krim keju
-*1/2 tin susu pekat manis - letak ikut kemanisan selera masing-masing ye


Bahan Hiasan:-
-*1/2 kotak keju cheddar (parut...parut halus-halus supaya tak muak bila kita makan kek tue nanti)






Cara-cara (cara2 sri derhaka sikit tapi tetap menjadi):-
-Lapikkan loyang dengan baking paper...panaskan oven pada suhu 160 c selama 10 minit.
-Satukan tepung naik sendiri, tepung jagung, gula halus, ovellete, telur dan serbuk penaik...pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan gebu dan putih.
-Masukkan air sejuk dan putar lagi hingga sebati.
-Akhir sekali, masukkan marjerin yang telah dicairkan dan putar dengan kelajuan sederhana hingga semua mesra.
-Tuang dalam loyang loyang dan bakar selama 45 minit pada suhu 160 c...sri guna kaedah waterbath...kalau bakar api atas bawah saja pun boleh juga.
-Bila sudah masak,biarkan sejuk diatas redai...kemudian barulah kek dibahagi kepada 3 lapisan...sri guna benang untuk memotongnya.
-Sapukan krim cheese diatas separuh kek tadi,kemudian letak lapisan kedua dan buat macam tadi.
-Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
-Akhir sekali taburkan dengan keju parut.
-Simpan didalam peti selama 1 - 2 jam sebelum memotongnya.







Yang bawah nie kek yang ditempah:-





SELAMAT MENCUBA (^_^)*

2 comments:

  1. Kek yang menarik dan sedap di makan sudah semestinya - senyumsokmo

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...