Pages

Tuesday 2 April 2013

Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum...






Salam manis dan selamat pagi buat semua teman-teman yang dikasihi...semoga segala perencanaan aktiviti dan agenda yang dirancang mendapat keredhaan dan dipermudahkan segala urusan oleh Nya.:)

Mari kita mulakan pagi nie dengan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w.




Semoga kita beroleh syafaat dari Rasulullah s.a.w dia akhirat kelak...amin.






Untuk kali nie N3 yang tertunda juga cuma tak ada lah lama sangat...sri buat malam minggu lepas...gara-gara nak tengok FearFfactor Selebriti Malaysia episod akhir sambil makan-makan...itupun sebab dah tahu tak akan ada permainan yang membuatkan seleraku terpotong...hihihihi...kalau tak jangan harap la dapat makan...:p

Dah la N3 tertunda...nak update nie pun dari pagi tadi dah bawa ke petang...buat sambil-sambil sebab nak kena bereskan kerja lain sama...ini lah jadinya...jadi sri ucapkan selamat petang dan selamat beristirehat pulak ye....tambahan pula hari nie kepala sri pula rasa ting tong ting tong!!!macam nak pecah rasa...apa-apa pun bagi sesiapa yang nak mencuba bolehlah jenguk-jenguk resepi kat bawah nie ye.(^^,)






Bahan-bahan:-
-*1 bungkus spaghetti
-*1 sdb minyak masak
***didihkan air dengan minyak masak..kemudian masukkan spaghetti dan biar hingga ia lembut, kemudian toskan dan ketepikan..(kita letakkan minyak masak adalah untuk mengelakkan ia melekat semasa di tos).

Bahan-bahan Kisar:-

Bahan-bahan Kuah:-
-*2 botol sos spagetti kimball (apa2 perasa)
-*500gm daging cincang saudi
-*15 biji bebola daging saudi
-*15 biji bebola ayam saudi
-*5 butang cendawan - hiris nipis / dadu
-*1 1/2 labu bawang besar - didadu
-*2 biji tomato - di dadu
-*2 biji cili hidup merah - di dadu
-*1/2 biji lada benggala - di dadu
-*1 ulas bawang putih - di cincang
-*garam
-*1 sdt lada hitam
-*3 sdb minyak masak

Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, tomato, cendawan, cili merah dan lada benggala...kacau dan kemudian masukkan bahan kisar tadi...tambahkan sedikit air dan biar sekejap.
-Masukkan sos spaghetti dan tambah air (agak-agak ye...jangan banyak sangat...nanti tak sedap pula rasa kuah spaghetti).
-Bila dah mendidih masukkan daging cincang, garam, lada hitam, bebola daging dan ayam...masak hingga kuah agak pekat...siap di hidang dengan spaghetti.

Hiasan:-
-*keju parut
-*daun parsli kering






Bagi yang tak sukakan keju parut...boleh ajer dihidang macam nie...yang penting sedap...dan gambar yang bawah nie pula adalah permintaan adik bongsu sri...dia nak pasta dia dihidangkan macam tue...ni sebab dia tengok gambar dekat en google...ikutkan ajer lah...:)











SELAMAT MENCUBA(^_^)*



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...