Assalamualaikum...
Salam manis dan salam sayang buat semua teman-teman yang sudi berkunjung ke sini...semoga hari penuh dengan kegembiraan dan keceriaan seperti cerianya sang mentari tika ini...mudah-mudahan tempat lain pun macam sini juga (^_^)*
Hari nie sri nak kongsi satu resepi yang sri olah dari resepi choclate mois cake kepada kek lumut lembab...nie semua kes masa raya aidiladha yang lepas masa berada di kampung mertua...biras sri ada beli kek lumut lembab sebagai buah tangan dan masa tue lah dia tanya sri buat tak kek nie...kalau buat dia kata senang sikit, nanti boleh tempah dengan sri je...sri memang tak pernah buat...jadi bila sri rasa tue, dalam hati rasa macam boleh buat...(hihihi...perasan sendiri). (^______^)*
Kek yang biras sri beli tue dia kek kosong je...tak letak apa-apa...kek lumut lembab yang sri buat nie sri tambah topping kastard dan hawai coconut sebagai hiasan...lebih kurang macam Layer Pandan Cake cuma yang ini sri layer bahagian luar kek aje...Jom Jalan-Jalan Tengok Resepi...(^_^)
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*3/4 cawan gula pasir
-*3/4 susu pekat manis
-*1 cawan susu cair
-*1 cawan minyak masak
Bahan B
-*4 biji telur - blend
Bahan C
-*1 1/3 cawan tepung gandum
-*1/3 cawan susu tepung
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
***ayak
Bahan D
-*pewarna hijau
-*perisa (pandan , strawberry , blueberry ) - optional sri tak letak
Cara-cara:-
-Panaskan kukusan.
-Satukan bahan A dalam periuk dan masak sekejap hingga semua sebati dan gula hancur...ketepikan dan biar sejuk seketika.
-Masukkan bahan B dan bahan C berselang seli hingga habis..( B , C , B , C , B ).
-Masukkan pewarna dan kacau sebati.
Note : kalau rasa adunan berketul...boleh aje blend sekejap.
-Tuang adunan dalam loyang dan kukus hingga masak...sejukkan sebelum tuang topping kastard...(makan saja pun sedap)
Kastard
Resepi dari Page Jom Masak...sri cuma kurangkan sukatan.
Bahan-bahan:-
-*400 ml santan @ susu cair - sri guna susu segar
-*1/4 cawan gula castor
-*3 gm serbuk agar-agar
-*33 gm tepung hwe kwe hijau
-*secubit garam halus
-*pewarna hijau
Cara-cara:-
-Satukan semua dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan hingga likat...jangan terlalu likat ye...nanti susah nak lepa pada kek.
-Bila dah masak...ketepikan sekejap baru tuang atas kek..
Hiasan:-
-hawai coconut
SELAMAT MENCUBA (^_^)*
No comments:
Post a Comment