Pages

Thursday, 8 November 2012

Alahai Anak Saudaraku

Assalamualaikum...






Salam sayang buat semua...sri harap semua teman-teman diberi kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian...kalau yang sakit tue, cepat-cepatlah jumpa doktor dan jangan lupa makan ubat tau.

Pejam celik..pejam celik...dah tiba musim cuti akhir tahun persekolahan...minggu depan pula, semua umat Islam akan melangkah ke tahun baru...rasa macam baru berlaku jer kan...sri harap setiap azam yang dilafazkan telah pun terlaksana dan bagi yang belum, jangan putus asa...cuba laksanakan pada tahun baru nanti.






Hujung-hujung persekolahan nie, banyak lah majlis-majlis perpisahan dan majlis akhir tahun yang diadakan disekolah-sekolah...sri tengok dekat FB rata-rata ibu,mak,mummy,mama dan seangkatan sibuk siapkan 'tempahan' anak masing-masing...budak-budak zaman sekarang demand betul...kalau kueh-kueh yang beli dekat gerai-gerai tue tak nak...nak kek..kek cawan..coklat dan macam-macamlah...puas lah si ibu berpencak silat didapur nak siapkan...hehehe...tapi puas hati kan bila dapat sediakan apa yang anak-anak nak dengan air tangan sendiri.

Macam tue lah dengan anak saudara sri yang sorang nie...nak kek untuk jamuan tapi bukan suruh mama dia...suruh auntie ayu dia buatkan. (^_^)*

"mama..mama...call autie ayu"

"nak buat apa"

"suruh auntie ayu buatkan kek coklat...abang nak bawa pi sekolah...cikgu kata ada jamuan"

Amboi...amboi...sukanya dapat 'mengoder' ye...mama dia pula, dia suruh buatkan karipap dan pizza...dah macam nak buat befday party dia lah pula kat sekolah tue...

Jadi sri buatkan Chocolate Moist Cake sebab anak saudara sri memang suka kek nie...tambahan kalau siram dengan choclate ganache...laju jer sambar kek tue...resepi kek masih resepi yang sama sri kongsikan sebelum nie cuma choclate ganache untu kali nie sri guna sukatan resepi kak Shahriah Novelis...jom layan resepi ulang tayang...(^_^)*






Choclate Moist Cake
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*3/4 cawan gula pasir
-*3/4 cawan serbuk koko
-*1 cawan susu cair
-*3/4 cawan susu pekat manis
-*1 cawan minyak masak

*****satukan bahan-bahan diatas dan masak diatas api yang sederhana hingga bekilat dan sebati...alihkan dan kacau adunan selama 5 - 10 minit dan biar sejuk seketika.


Bahan B
-*3/4 cawan tepung gandum
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
***ayak bahan-bahan diatas


Bahan C
-*4 biji telur - 'blend' hingga kembang


Cara-cara:-
-Tuang adunan coklat kedalam mangkuk adunan...masukkan tepung dan telur berselang seli...kacau dengan spatula sahaja...bila dah habis dan adunan dah sebati...tuang adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak.
Nota : kalau adunan nampak berketul...blend sekejap adunan dan baru tuang dalam loyang dan kukus.






Choclate Ganache
Bahan-bahan:-
-*200 gm coklat susu kompaun 
-*100 gm non-dairy whipping cream
-*100 gm susu cair 

Cara-cara:-
-Panaskan non-dairy whipping cream dan susu cair hingga terbentuk buih-buih kecil disekeliling periuk...tutup api dan tuang kedalam mangkuk yang mengandungi coklat yang telah dicincang...kacau hingga coklat cair sepenuhnya dan simpan dalam peti ais selama 1 jam...kemudian baru kita tuang diatas kek yang telah disejukkan...sri buat tiga lapisan...tuang yang mula dan ratakan...kemudian sejukkan selama 30 minit...ulang langkah yang sama sebanyak dua kali lagi...lepas tue barulah kita deco ikut kreativiti masing-masing.

Untuk hiasan sri gunakan choclate rice dan decoration sugar.





SELAMAT MENCUBA (^_^)*

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...