Assalamualaikum...
"Daripada Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya selagi perkara itu tidak mendatangkan dosa. Jika mendatangkan dosa, baginda adalah orang yang pertama menjauhinya. Rasulullah s.a.w juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk kesucian agama Allah, maka pembelaan yang dilakukan olehnya adalah semata-mata kerana Allah Taala."
Salam manis dan selamat petang buat semua..sekadar renungan di petang isnin...masak apa petang nie teman-teman...macam terbau-bau jer...hehehe...sri tak ada idea lagi nak buat hidangan apa untuk minum petang nanti...cuma untuk saat nie sri nak kongsikan lagi satu resepi kek...N3 nie sri buat petang semalam lepas balik dari program...tekak nie teringin sangat nak makan kek keju...nama nie sebenarnya sri letak sebab dari rupa kek tue sendiri yang berwarna biru kehijauan air laut...juga penuh dengan lautan parutan keju pada lapisan dan bahagian atas kek...nyummmy...tekstur kek memang lembut...macam kek chiffon...dan paling best bila makan terasa kemanisan fresh cream bergabung dengan rasa keju...apa kata kita layan resepi nie....zzZZuuUsSss

Bahan-bahan:-
Bahan A
-*6 biji telur kuning
-*2 sdb ovellete
-*1 sdt esen vanilla
Bahan B
-*150 gm marjerin - cairkan dan biar sejuk
Bahan C
-*1 cawan susu segar
-*1 sdb cuka epal / cuka makan
***Satukan dan biar dalam 5-10 minit...masa nak guna baru kacau
Bahan D
-*120 gm tepung superfine
-*40 gm tepung jagung
-*2 sdb serbuk koko
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
***Ayak bahan-bahan diatas
Bahan E
-*2 sdb pewarna biru
Bahan F
-*6 biji putih telur
-*120 gm gula castor
***Putar dengan kelajuan tinggi putih telur...bila dah berbuih masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis dan putar hingga bertanduk...(adunan meringue)
Bahan G
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt cuka epal / cuka makan
Cara-cara:-
-Pukul hingga gebu dan kembang Bahan A dan masukkan Bahan B...putar lagi hingga sebati.
-Kacau Bahan C...masukkan Bahan C ke dalam adunan tadi berselang seli dengan Bahan D...mulakan dengan Bahan C dan diakhiri dengan Bahan C juga...( C, D, C, D, C, D, C )...pukul sebati.
-Masukkan pewarna dan kaup balik sahaja.
-Masukkan adunan meringue dan guna kaedah kaup balik juga hingga semua sebati.
-Satukan Bahan G...kacau cepat-cepat dan masukkan kedalam adunan tadi cepat-cepat...kaup balik.
-Tuang dalam loyang yang dialas dan bakar pada suhu 170 c selama 50 minit.
-Bila masak...terbalik atas redai dan biar sejuk baru lepa dengan fresh cream.
Bahan-bahan Krim:-
Lapisan
-*100 gm cream cheese
-*1 sdb krimwell
-*1/3 cawan gula icing
-*1/2 cawan keju cheddar - parut
-*1/2 cawan keju cheddar - parut
***Satukan semua kecuali keju cheddar dan pukul hingga gebu
Hiasan:-
-*Non dairy whipping cream - pukul hingga gebu.
-*1/3 cawan keju cheddar - parut
Hiasan:-
-*Non dairy whipping cream - pukul hingga gebu.
-*1/3 cawan keju cheddar - parut
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment