Assalamualaikum...
Salam ceria, salam manis dan salam 1 Malaysia...apa khabar semua...sri doakan semua dalam sihat walafiat...amin.
Dah siap mengodek-ngodek untuk 'lunch' ke...kadang-kadang pening juga bila memikirkan juadah yang nak disajikan...tapi sri pasti setiap juadah yang disediakan pasti sedap dan menyelerakan khusus buat seisi keluarga...hari nie sri nak kongsikan resepi nasi goreng nenas yang sri buat hujung minggu baru-baru nie...'special' tau sebab nenas nie mak mertua kita yang kasi...dia tanam sendiri...tengok jambulnya...macam 'crown' gitue...hehehe...jom geledah.
Bahan-bahan:-
-*4 cawan nasi sejuk
-*1/2 cawan nenas kiub kecil
-*100 gm isi ayam - potong dadu
-*2 biji telur - goreng hancur
-*5 batang kacang buncis - potong kecil
-*1 ulas bawang putih - ketuk
-*1/2 labu bawang besar - hiris nipis
-*1 1/2 sdt serbuk lada sulah
-*garam
-*serbuk perasa
-*2 1/2 sdb minyak
Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar...bila bawang besar dah layu...masukkan isi ayam, telur hancur, nenas kiub dan kacang buncis...kacau dan biar sampai ayam masak.
-Selepas itu masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk lada sulah...kacau sebati dan masukkan nasi...gaul nasi bagi mesra dengan bahan-bahan lain dan biar sekejap...siap...hidang panas-panas.
SELAMAT MENCUBA (^^,)*
No comments:
Post a Comment