Assalamualaikum...
Salam manis dan salam sayang buat semua...yeyyy...oopppsss...terlebih sudah...nie bukan apa...dapat juga ikut kak ChaHaya Shiela gi New York...hehehe...sebenarnya hari ahad lepas skodeng blok kak shiela ambil resepi NYCC nie...buat untuk ibuku tersayang...Alhamdulillah...tak menghampakan.
Tadaaaa...nie lah rupa kek NYCC yang sri kata tadi...cuma untuk kek nie sri gabungkan dengan raspberry sauce dan choc coating (sri letak pada bahagian tepi kek)...bagi yang tengok resepi dari kak shiela, boleh klik link yang sri sertakan kt atas (klik nama kak shiela)...apa-apa pun jom layannnnn :))
Bahan-bahan A (Base):-
-*50 gm biskut marie - kisar halus
-*10 gm nestum
-*50 gm butter - cairkan
Cara-cara:-
-*Satukan semua dan gaul sebati...padatkan dalam loyang yang telah dialas...simpan dalam peti ais selama 20 - 30 minit.
Bahan-bahan B:-
-*250 gm cream cheese - suhu bilik
-*70 gm gula castor
-*3 biji kuning telur
-*2 sdb plain yogurt
-*1 sdb jus lemon - sri tak letak sebab tak ada...:))
-*1/2 sdt perisa vanilla
-*30 gm tepung jagung
Cara-cara:-
-Putar cream cheese dengan gula castor hingga berkrim dan gebu.
-Masukkan telur kuning satu persatu dan putar sebati.
-Kemudian masukkan yogurt, jus lemon dan perisa vanilla...pukul sebentar.
-Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga habis...ketepikan.
-*3 biji putih telur
-*30 gm gula castor
-*1/2 sdt CTT (cream of tartar)
Cara-cara:-
-Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan berbuih...masukkan gula castor dan CTT sedikit demi sedikit dan pukul hingga adunan bertanduk.
Langkah Akhir:-
-Satukan adunan B dan C...guna spatula dan kaup balik adunan hingga sebati dan mesra...kemudian tuang adunan diatas base yang disejukkan...hentak-hentak sedikit loyang...bakar kaedah steambath pada suhu 160 c selama 50 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing...bila dah masak...renggangkan sedikit pintu oven selama 10 minit...kemudian sisipkan bahgian tepi loyang dan sejukkan atas redai.
Untuk raspberry sauce...sri beli yang readymade sebab malas nak keluar jauh-jauh pergi beli buah fresh...tapi sri beli yang ada buah dalamnya...jangan beli yang tak ada buah sebab takut rasa macam jem pula...tak sedap nanti...bagi yang nak buat sauce sendiri, disini sri kongsikan juga resepi dari kak shiela.
Raspberry / Blueberry Sauce:-
-*1 cawan buah raspberry / blueberry
-*2 sdb gula pasir
-*1/4 cawan air
-*1/2 sdb tepung jagung + 1/4 cawan air - satukan dan kacau sebati.
Cara-cara:-
-Masak buah raspberry / blueberry bersama gula dan air hingga buah pecah dan gula larut...tuang bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sauce agak pekat...angkat dan sejukkan...hidangkan bersama dengan NYCC....nyummmmyyyy.
SELAMAT MENCUBA (^^,)*
Assalam Sri.. terima kaseh sudi mencuba yer..
ReplyDeletesalam...
Deletetime kasih kembali sebab sudi berkongsi ilmu...
mmg best...
sekejap jer licin...
hehehe(^^,)*