Assalamualaikum...
Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan kepada ibubapa untuk
dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di
dunia dan akhirat...Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh
merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki
hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama
sendiri...Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa
mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana
semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagacvinya
adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan
antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan
tanggungjawab...Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan
ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith
Rasulullah s.a.w, maksudnya:” Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian
tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya
dia dimasukkan Allah s.w.t ke dalam syurga.” (Abu Daud & Hakim)
Hari nie sri nak kongsikan salah satu resepi yang sri paling suka makan masa di kolej dulu...sri memang tak akan lepaskan lauk nie kalau ada dijual...lauk nie hanya makcik belakang kolej jer yang jualkan dan bukan setiap hari dia masak lauk nie...jadi, bila ada tue memang sri akan beli la...resepi nie simple jer...jom skodeng bahan-bahannya. :))
Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - potong kecil
-*2 ulas bawang putih - cincang
-*2 labu bawang besar - belah 4
-*2 batang serai - di titik
-*6 biji cili padi - di titik
-*4 helai daun limau purut - koyak-koyakkan
-*1 biji tomato - belah 8
-*1/4 cawan sos tiram
-*1 sdb tepung jagung
-*2/3 cawan air
-*garam
-*3 sdb minyak
Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi...masukkan ayam, cili padi, serai dan daun limau purut...kacau rata dan tutup...biar hingga ayam separuh masak.
-Buka penutup dan masukkan sos tiram dan garam...kacau...satukan tepung jagung dan air, kacau sebati dan masukkan kedalam kuali...kacau lagi dan masukkan bawang besar serta tomato...masak hingga kuah agak pekat dan siap untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA (^^,)*
No comments:
Post a Comment