Pages

Monday 5 March 2012

Puding Nenas Lapis Manja

Assalamualaikum...

Salam ceria dan salam minggu baru...semoga semua berada dalam lindungan Nya...kepala sri nie masih ting tong lagi...semalam sri bantu adik (Pinkyredlady Adda) siapkan tempahan cenderahati untuk Menteri Besar Negeri Sembilan atas Lawatan Kerja di Parlimen Tasek Gelugor...terima kasih pada Jaja Chellija dan yang lain kerana beri kepercayaan untuk siapkannya...walaupun 'last minute'...tetap cuba sediakan barang-barang dan siapkan semalam juga...bila dah lewat sangat, mata nie memang susah nak pejam...jawabnya 2 @ 3 pagi la baru nak lelap...hari nie lepas subuh terus keluar...ada kerja yang nak kena setel kan...itu yang pening-pening lalat sikit...(*_*)






Hari nie sri nak kongsikan dessert puding nenas lapis manja...memang manja gitu...sebab kena menunggu untuk lapisan demi lapisan...hihihi...sri macam tak sabar jer nak siapkan cepat-cepat...dessert nie sri buat tengahari semalam...baru hari nie dapat buat tayangan...:)) jom kita layan.



Bahan-bahan:-
-*28gm agar-agar stripe
-*200ml susu cair
-*850ml air
-*3/4 cawan gula
-*1/2 cawan kiub nenas - kisar halus
-*pewarna kuning
-*nenas keping - hiasan






Cara-cara:-
-Masak agar-agar stripe dengan air hingga hancur dan tutup api...tapis.
-Masukkan gula  dan pewarna dan kacau hingga gula hancur...bahagi kepada dua bahagian (tapi pastikan yang satu bahagian kurang sedikit dari yang satu lagi sebab kita nak masukkan susu).
-Satu bahagian yang lebih masukkan nenas kisar dan kacau...bahagian yang kurang sedikit, letakkan susu...sri letak dua bekas adunan tadi didalam bekas yang berisi air panas sebab nanti kita kena tunggu lapisan separuh beku baru boleh lapis yang baru...nanti tak sempat nak melapis dah beku dulu..:))
-Susun nenas keping dalam loyang...dan tuang adunan nenas...biar separuh beku baru lapis adunan susu...tuang adunan dari bahagian tepi untuk elak puding pecah...buat hingga habis...sejukkan.






SELAMAT MENCUBA :)




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...