Assalamualaikum...
Salam ceria dan selamat petang buat semua teman-teman....semoga segala perancangan untuk hari ini berjalan dengan lancar...sri ucapkan selamat ulangtahun kelahiran pada siapa yangmenyambutnya hari nie...lagi 4 tahun baru boleh ucap pula ye...hehehe...
-*250gm tepung superfine
-*250gm tepung gandum
-*100gm gula castor
-*11gm yis mauripan
-*11gm yis mauripan
-*2 sdb susu tepung
-*1 sdt bread softener
-*1 sdt bread improver
-*1 sdt shortening
-*1/2 sdt garam halus
-*1 biji telur - pukul sedikit
-*150ml air suam
-*60gm marjerin
Bahan Hiasan: 15 batang sosej, sos cili, mayonis (bancuhkan dengan sedikit susu...kalau tak nak letak susu pun tak apa)
Bahan Hiasan: 15 batang sosej, sos cili, mayonis (bancuhkan dengan sedikit susu...kalau tak nak letak susu pun tak apa)
Cara-cara:-
-Satukan tepung superfine, tepung gandum, gula castor, yis, susu tepung, bread softener, bread improver, shortening dan garam halus...gaul dengan hujung jari hingga semua bahan-bahan mesra alam gitu.
-Setelah semuanya mesra...buat lubang ditengah-tengah dan letakkan telur yang telah dipukul sedikit dan gaul rata.
-Masukkan air suam dan uli doh...jangan risau kalau tengok macam tak cukup air...selepas itu masukkan marjerin dan uli doh hingga sebati...uli doh menjadi lembut dan elastik.
-Masukkan doh ke dalam plastik dan ramas-ramas doh selama 20 minit...tujuannya untuk dapatkan doh yang lembut gitu...keluarkan doh dan uli lagi 10 minit kemudian perap doh selama 1 jam.
-Bila doh dah naik dua kali ganda...keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin...sri timbang doh 40gm...leperkan doh dan letak sosej...gulung dan kemaskan...potong doh sosej tadi setebal 1 inci tapi jangan bagi putus...pintal-pintalkan doh sosej tadi...biarkan doh naik dua kali ganda dan pipekan sos cili dan mayonis.
-Bakar 15 - 20 minit pada suhu 170 c.
SELAMAT MENCUBA :)