Assalamualaikum...
Bertemu kita di minggu baru...salam bahagia dan salam ceria buat semua teman-teman yang sudi berkunjung ke blog sri...terima kasih sri ucapkan...semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam...hari ini sri nak kongsikan resepi roti...dah lama resepi nie berada dalam simpanan...asyik bertangguh jer bila nak mulakan operasi meroti...sri tak ada BM...tue yang selalu fikir panjang nak menguli dengan tangan...bukan apa...takut tak jadi pulak roti sri nanti...:))
Hujung minggu lepas dengan bantuan adik sri (Pn Rayna Ziqdhiyafi)...akhirnya jadi juga sri buat roti manis bentuk cendawan...puas juga la menguli doh...hehehe...sri nak ucapkan terima kasih kepada Page Jom Masak, Salina Abkamal dan juga Liza Othman diatas resepi dan panduan yang di berikan...resepi yang ini sri ikut resepi kak Salina dan bentuknya dapat idea dari page Jom Masak...resepi macam biasa lah...ada derhaka sikit...jom kita layan.
Bahan-bahan:-
-*250gm tepung superfine
-*250gm tepung gandum
-*100gm gula castor
-*11gm yis mauripan
-*11gm yis mauripan
-*2 sdb susu tepung
-*1 sdt bread softener
-*1 sdt bread improver
-*1 sdt shortening
-*1/2 sdt garam halus
-*1 biji telur - pukul sedikit
-*150ml air suam
-*60gm marjerin
Cara-cara:-
-Satukan tepung superfine, tepung gandum, gula castor, yis, susu tepung, bread softener, bread improver, shortening dan garam halus...gaul dengan hujung jari hingga semua bahan-bahan mesra alam gitu.
-Setelah semuanya mesra...buat lubang ditengah-tengah dan letakkan telur yang telah dipukul sedikit dan gaul rata.
-Masukkan air suam dan uli doh...jangan risau kalau tengok macam tak cukup air...selepas itu masukkan marjerin dan uli doh hingga sebati...uli doh menjadi lembut dan elastik.
-Masukkan doh ke dalam plastik dan ramas-ramas doh selama 20 minit...tujuannya untuk dapatkan doh yang lembut gitu...keluarkan doh dan uli lagi 10 minit kemudian perap doh selama 1 jam.
-Bila doh dah naik dua kali ganda...keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin...sri timbang doh 60gm dan sri bulat-bulatkan doh...letakkan dalam acuan (klik SINI) yang telah di gris...biarkan doh naik dua kali ganda dan sapukan marjerin cair dan tabur gula.
-Bakar 15 - 20 minit pada suhu 170 c...bila keluarkan dari oven...sri sapu lagi sekali marjerin cair dan tabur lagi gula di atasnya.
SELAMAT MENCUBA :)