Pages

Thursday, 1 March 2012

Kek Batik Arora

Assalamualaikum...

Salam ceria dan salam 8 Rabiulakhir...bertemu kita di bulan baru masihi...semoga semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya...amin...apa yang teman-teman sediakan untuk makan tengahari hari nie...sri buat simple-simple jer...:)) ok lah...sebenarnya hari nie sri nak kongsikan resepi yang dah banyak di pamer kan di 'wall' FB dan juga banyak yang dah kongsikan di blog-blog masakan...akhirnya...dapat juga sri buat petang semalam...Kek Batik Arora...sri guna resepi kek butter...cuma tambah ovellete je pada resepi tue.






Pelangi kau warnanya...rasa-rasa ada tak rupa kek batik arora...:)) apa-apa pun jom kita layan resepi kek batik nie.






Bahan-bahan:-
-*1 1/2 cawan marjerin
-*1 1/3 cawan gula castor
-*1 sdb ovellete
-*5 biji telur gred A
-*1 1/2 sdt esen vanilla
-*2 sdb susu pekat manis
-*1 3/4 cawan tepung gandum
-*2 sdt baking powder
-*pewarna









Cara-cara:-
-Panaskan oven pada suhu 170 c selama 15 minit.
-Satukan marjerin, gula castor dan ovellete...pukul kembang dan gebu.
-Masukkan telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati dan kembang.
-Masukkan esen vanilla dan susu pekat manis dan pukul.
-Selepas itu masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah di ayak (sri ayak 3 kali) sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan pukul sebati...bila sebati...gunakan spatula ajer untuk bersihkan bahagian tepi dan kaup balik adunan supaya semua sebati...jangan pukul lama-lama nanti bantat pula kek nya...pengalaman sendiri...:))
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan...kalau nak guna piping bag macam sri pun boleh...kalau tak nak pun tak apa...lepas warnakan...masukkan berselang seli...tak payah nak hentak-hentak loyang...biarkan ajer...nanti dia akan mesra sendiri.
-Bakar pada suhu 170 c selama 45 minit (ikut pada oven masing-masing ye)







SELAMAT MENCUBA :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...