Assalamualaikum...
::Biar Kepahitan Itu Pergi...Agar Kemanisan Mengisi Ruang Itu...Biar Kekecewaan Berlalu...Agar Kegembiraan Mewarnai Bak Pelangi...Biar Penderitaan Menyapa...Agar Kekuatan Dapat Kita Jana Semula...Biar Hati Ini Tahu Bahawa Apa Yang Terjadi Adalah Kerana Kasih Sayang Allah S.W.T Kepada Kita Semua::
Selamat pagi dan salam ceria buat semua teman-teman...hari nie sri nak kongsi resepi mee goreng...yang ada perkataan menyengat tue pasal permintaan abah sri yang nak makan mee goreng yang memang berasap nye...pedas tak ingat...:)) jom layan.
Bahan-bahan:-
-*1 kg mee kuning
-*200gm udang sederhana besar - buang kulit dan rebus kulit udang (untuk stok)
-*2 ulas bawang putih - cincang halus
-*10 biji cili kering - kisar
-*8 biji cili padi - kisar
-*1 1/2 sdb sos tiram
-*2 sdb sos cili
-*1 1/2 sdb kicap pekat
-*1 sdb kicap cair
-*2 sdb kicap lemak manis
-*1 cawan stok udang
-*garam
-*tauge
-*sawi
Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan...masukkan cili kering dan cili padi yang telah dikisar...kacau sekejap.
-Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat, kicap cair, kicap lemak manis dan stok udang...masak hingga naik minyak.
-Setelah naik minyak...masukkan garam, tauge, sawi dan udang...kacau sebati dan biarkan dalam seminit...masukkan mee kuning dan kacau rata...biar hingga mee masak.
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment