Pages

Thursday, 12 January 2012

mARbLe chEeZy bROwNiEs

Assalamualaikum...
Intan tidak dapat diasah tanpa gesekan...Emas tidak dapat dimurnikan tanpa api...Orang yang mempunyai hati ikhlas dan baik akan melewati rintangan, tanpa menderita...Dengan pengalaman itu, hidup mereka menjadi lebih baik bukan sebaliknya.





Selamat pagi dan salam sejahtera buat teman-teman...hari nie sri nak kongsikan resepi brownies...N3 nie sri buat hari sabtu lepas...walaupun keadaan kesihatan tak mengizinkan...sebab teringin sangat nak makan maka sri lantik dua pembantu dapur...hehehe...thanks kepada Puan Berry Lavynia dan Puan Rayna Ziqdhiyafi...kira jadi ketua chef jap hari tue...sri cuma sediakan adunan cheez aje...untuk adunan kek sri guna adunan Choc Moist Cake ...kalau nak guna adunan kek coklat yang lain pun boleh...kita tengok ulang tayang resepi kek coklat dan resepi cheez...






Bahan-bahan:-
-*3/4 cawan serbuk koko
-*1/4 cawan susu tepung (kalau nak ganti dengan susu tepung perisa coklat atau serbuk milo pun boleh)
-*1 cawan gula pasir
-*1 cawan susu cair
-*1 cawan minyak jagung / minyak masak
-*1/2 cawan susu pekat manis
-*2 cawan tepung gandum
-*1 sdt baking powder
-*1/2 sdt soda bikarbonat
-*3 biji telur gred A
-*1 sdt esen vanilla
Cara-cara:--Satukan serbuk koko, susu tepung, gula pasir, susu cair, minyak jagung / minyak masak dan susu pekat manis didalam periuk...gaul sebati dan masak diatas api yang sederhana hingga semua bahan larut dan sebati...ketepikan.
-Didalam mangkuk...pukul telur bersama dengan esen vanilla hingga betul-betul kembang...setelah kembang masukkan adunan telur ke dalam adunan coklat tadi...gaul sebati.
-Selepas itu masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit...gaul sebati menggunakan spatula.
-Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit...kalau nak bakar pun boleh.
-Untuk resepi nie sri bakar kek coklat tue...bila dah masak kita sediakan pula adunan cheez.






Bahan-bahan:-
-*250 gm cream cheez
-*3/4 cawan gula
-*1 biji telur
-*1 1/2 sdb tepung kastard
-*pewarna/serbuk koko


Cara-cara:-
-Putar cream cheez dan gula hingga kembang...masukkan telur dan putar lagi...setelah itu masukkan tepung kastard dan gaul sebati...bila dah siap ambil sedikit adunan cheez tadi dan letak pewarna atau serbuk koko untuk di buat corak marble di atas adunan cheez.
-Tuangkan adunan cheez diatas kek coklat tadi...buat corak marble dan bakar hingga lapisan cheez menjadi kekuningan sedikit...biar sejuk baru potong.






SELAMAT MENCUBA :)








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...