Assalamualaikum...
Salam mesra buat semua teman-teman...terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke blog sri...harap maaf kalau ada yang terkurang...ok lah...hari nie sri nak kongsikan resepi seafood lak...sri masak sotong masak kalio...bagi sesiapa yang suka makan hati atau pedal ayam...boleh juga kalau dimasak dengan resepi nie...memang sedapppp (mak sri yang kata sebab sri tak makan hati dan pedal ayam..hehehe)...jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan:-
-*10 ekor sotong - dipotong cincin (kalau tak nak potong pun tak apa)
-*15 batang kacang buncis (betul ke kcg buncis sebut btg...hentam je lah...janji faham ye :))
-*1 sdb jintan manis
-*1 sdb jintan putih
***goreng tanpa minyak dan kisar halus
-*4 biji cili kering
-*1 labu bawang besar
-*3 ulas bawang putih
-*2 inci halia
***kisar halus
-*1 sdt serbuk kunyit
-*1/2 cawan santan
-*1 tangkai daun kari
-*garam
-*serbuk perasa
-*Hiasan
***1 biji cili merah - potong tiga
***1 biji cili hijau - potong tiga
***1 labu bawang besar - potong bulat
Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar bersama dengan daun kari...masak hingga pecah minyak.
-Masukkan jintan manis dan jintan putih yang telah siap dikisar (kalau nak ganti yang dah siap serbuk pun jugak...tapi kalau goreng dahulu baru kisar lebih wangi)...masukkan juga serbuk kunyit dan kacau sebati.
-Selepas itu masukkan sotong dan gaul sebati...biar separuh masak dan masukkan kacang buncis, santan, garam dan serbuk perasa.
-Jangan masak sotong terlalu lama kerana isi sotong akan rasa liat...bila dah hampir masak masukkan bahan-bahan hiasan tadi...kacau sedikit dan tutup api.
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment