Pages

Tuesday, 6 December 2011

puDiNg LaPis rOTi kARamEl

Assalamualaikum...
Salam 10 Muharram buat semua teman-teman beragama Islam dan salam sejahtera...baru siap buat inti keledek untuk buat karipap frozen food untuk dijamu pada jiran-jiran yang datang merewang nanti...nie pun sementara tunggu inti sejuk sikit sri on9 jap...tapi hari nie sri nak kongsi resepi manisan bukan karipap ye...hehehe :))...






Bahan-bahan Karamel:-
-*5 sdb gula
-*5 sdb air (air biasa)
-*1/3 cawan air panas


Cara-cara:-
-Satukan gula dan air...masak hingga gula jadi perang gelap.
-Lepas itu masukkan air panas cepat-cepat dan kacau...kemudian cepat-cepat letak dalam loyang...ketepikan.







Bahan-bahan:-
-*4 keping roti
-*3 biji telur
-*2 cawan air suam
-*1 cawan susu cair
-*1 sdb tepung jagung
-*esen vanila
-*pewarna


Cara-cara:-
-Kisar roti bersama air suam dan susu...kemudian masukkan telur, tepung jagung dan esen.
-Bahagi-bahagi adunan dan warnakan...tuangkan lapisan pertama diatas adunan karamel tadi dan kukus.
-Bila lapisan pertama dah masak...tuang pula lapisan kedua dan begitu juga lapisan seterusnya...buat hingga habis semua adunan.
-Sejukkan dahulu baru keluarkan dari loyang.







SELAMAT MENCUBA :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...