Pages

Friday, 30 December 2011

pUdiNg rOTi dGn sOs kaSTaRd

Assalamualaikum...
Salam Jumaat penghulu segala hari...pejam celik pejam celik...dah penghujung tahun 2011 dan hari nie adalah hari Jumaat terakhir bagi tahun nie...sekejap jer masa berlalu dan dah tiba untuk kita semua mengucapkan selamat tinggal pada tahun 2011...mungkin banyak kenangan yang akan dibawa bersama untuk kita menempuh detik 2012 yang bakal tiba...bagi sri tahun nie ada manisnya dan ada pahitnya...manisnya banyak tapi yang pahit walau sedikit ia tetap meninggalkan parut yang sukar untuk di lupakan.

Awal 2011...Mr suami dimasukkan ke wad kerana perlu menjalani pembedahan apendik kerana sudah berada ditahap yang serius...Alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar...dan pada akhir tahun 2011...rumah keluarga sri dipecah masuk oleh orang yang tak bertanggungjawab...beberapa barang berharga kena 'rembat'...ini semua ujian dari Nya dan mungkin ada hikmah disebaliknya.






Ooopppsss...panjang pula ngomelnya...untuk hilangkan pahit kita tambahkan manisnya...jadi hari nie sri nak kongsi resepi Puding Roti dengan Sos Kastard...sebelum kita buat puding...kita buat sos dulu sebab sos lambat sejuk...jom redah bahan-bahan yang di perlukan.



Bahan-bahan Sos:-
-*1 tin susu cair
-*1 tin air
-*5 sdb gula pasir
-*4 sdb tepung kastard (paras sudu jer tau)


Cara-cara:-
-Satukan semua didalam periuk dan kacau sebati...masak diatas pai hingga agak pekat...angkat dan biarkan sekejap...lepas itu sejukkan dalam peti ais.






Bahan-bahan Puding:-
-*15gm agar-agar stripe
-*400ml air
-*2 keping roti (sri guna roti gardenia)
-*1/2 cawan gula pasir (kalau suka manis boleh letak 3/4 cawan)
-*400ml susu segar
-*pewarna (optional)






Cara-cara:-
-Kisar roti, gula dan susu hingga halus...ketepikan.
-Masak agar-agar stripe bersama air hingga larut sepenuhnya dan tapis...masukkan kembali agar-agar tadi bersama-sama bahan kisar dan juga pewarna ke dalam periuk.
-Masak dengan api sederhana...adunan ini harus sentiasa dikacau...masak dalam 10 minit dan tutup api...tuang adunan kedalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk.
-Hidang bersama dengan sos kastard tadi.






SELAMAT MENCUBA :)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...