Pages

Tuesday 3 January 2012

cHOc mOiSt cAKe

H-Hope you're feeling great
A-Always having smile
P-Peace in mind
P-Prosperous in hand
Y-Yummy food in mouth!! :))
 2 happiness
0 stress
1 love
2 health *(^__^)

Assalamualaikum...
Rasanya belum terlambat untuk sri ucapkan selamat datang tahun 2012...semoga semua impian teman-teman pada tahun lepas telah terlaksana...kalau belum...sama-sama kita usahakan pada tahun ini...moga-moga termakbul apa yang diharapkan...

Hari nie sri nak kongsikan resepi kek...maaf ye sebab ni N3 tertunda...sibuk memanjang..hehehe...Choc Moist Cake nie sri buat untuk birthday adik bongsu sri yang ke 8...jom jamu-jamu mata tengok bahan-bahan dan cara-caranya.





Bahan-bahan:-
-*3/4 cawan serbuk koko
-*1/4 cawan susu tepung (kalau nak ganti dengan susu tepung perisa coklat atau serbuk milo pun boleh)
-*1 cawan gula pasir
-*1 cawan susu cair
-*1 cawan minyak jagung / minyak masak
-*1/2 cawan susu pekat manis
-*2 cawan tepung gandum
-*1 sdt baking powder
-*1/2 sdt soda bikarbonat
-*3 biji telur gred A
-*1 sdt esen vanilla







Cara-cara:-
-Satukan serbuk koko, susu tepung, gula pasir, susu cair, minyak jagung / minyak masak dan susu pekat manis didalam periuk...gaul sebati dan masak diatas api yang sederhana hingga semua bahan larut dan sebati...ketepikan.
-Didalam mangkuk...pukul telur bersama dengan esen vanilla hingga betul-betul kembang...setelah kembang masukkan adunan telur ke dalam adunan coklat tadi...gaul sebati.
-Selepas itu masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit...gaul sebati menggunakan spatula.
-Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit...kalau nak bakar pun boleh.
-Bila dah masak...tunggu sejuk baru keluarkan dari loyang.







Bahan-bahan Simply Choc Ganache:-
-*1/2 cawan serbuk koko / 150gm coklat compound
-*1/2 cawan susu pekat manis
-*2 sdb gula perang
-*2 sdb marjerin / butter



Cara-cara:-
-Satukan semua bahan-bahan diatas dan masak cara double boil...masak hingga semua bahan tadi sebati dan berkilat.
-Biarkan sekejap dan tuang atas kek tadi.



BiRthDAy GurL...










SELAMAT MENCUBA :)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...