Pages

Sunday 13 November 2011

nASi aYAm kEtuMbAr

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu...rasanya semua dah selesai menjamah hidangan tengahari bersama keluarga tersayang...cuti-cuti macam nie lah peluang yang ada untuk semua berkumpul beramai-ramai melakukan riadah atau merancang aktiviti yang boleh di lakukan bersama bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga...hari-hari biasa masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan...sri sekeluarga pun baru sudah menikmati hidangan tengahari...menu hari nie nasi ayam ketumbar...






Bahan-bahan:-

nASi
-*4 tin beras (saya guna tin susu yg kecil)-basuh dan toskan
-*stok rebusan ayam
-*1 kiub pati ayam
-*1 ulas bwg putih (ketuk)
-*2 inci halia
-*daun pandan (simpul)
-*garam
***satukan semua bahan2 diatas & masak...sukatan air mesti lebih sedikit dari nasi biasa...





Bahan-bahan:-

aYAm
-*1 ekor ayam - di potong 6 bahagian
***Rebus dan toskan...masukkan garam semasa merebus.

(A)
-*1/2 sdt jantan manis
-*1/2 sdt jintan putih
-*2 sdb ketumbar @ reempah biji
***goreng ketiga-tiga bahan tadi tanpa minyak.

-*1 sdb serbuk kari ayam/daging
-*1 sdb serbuk kunyit
-*1 sdt serbuk lada sulah
-*3 ulas bawang putih
-*1 inci halia
-*sedikit air

(B)
-*tepung beras - secukupnya

Cara-cara:-
-Kisar semua bahan-bahan (A) hingga hancur dan sebati.
-Perapkan ayam yang telah ditoskan tadi dengan bahan-bahan kisar dan biar selama 15 - 30 minit.
-Panaskan minyak untuk menggoreng ayam...sebelum goreng ayam, golekkan dulu pada tepung beras dan siap untuk digoreng.






Nasi ayam nie disajikan dengan sambal goreng dan sup...nak buat sambal nie mudah je...sup pula kita gunakan saja stok rebusan ayam tadi dan kita cuma perlu tambah beberapa bahan lagi untuk menyedapkan sup...untuk sambal kita perlu lakukan 2 kali proses menggoreng.

Bahan-bahan:-

SaMBaL
-*3 biji cili hidup
-*10 biji cili padi
-*5 ulas bawang merah
-*1 ulas bawang putih
-*2 biji tomato
-*sedikit belacan
-*2 sdb ikan bilis goreng
-*2 sdb gula melaka (dah di cairkan)

Cara-cara:-
-Goreng semua bahan-bahan diatas kecuali ikan bilis dan gulla melaka hingga layu...angkat dan kisar bahan tadi bersama-sama dengan ikan bilis dengan sedikit air.
-Bahan-bahan tadi yang  telah dikisar dimasukkan kedalam kuali berserta dengan gula melaka yang telah di cairkan dan masak hingga sambal menjadi pekat.


Bahan-bahan:-

sUp
-*stok rebusan ayam
-*1 kiub pati lembu @ kiub sup tulang (utk elakkan sup berbau hanyir)
-*bhn hiasan:bawang goreng, daun sup & daun bawang





SELAMAT MENCUBA :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...