Pages

Saturday 12 November 2011

bLAck pEPpEr sTeAk wITh pOtAto sALad



Assalamualaikum...
Banyak betul walimatulurus yang diterima untuk hari ini...tak termampu untuk memenuhi kesemuanya...hanya yang terdekat saja dapat sri hadirkan diri...itu pun masih banyak lagi jemputan yang menanti dan yang bakal menyusul belum tahu lagi jemputannya...






Hari nie sri nak kongsikan resepi black pepper steak...almaklumlah, dah banyak makan nasi kenduri...terasa nak makan western food pulak...daging korban pun banyak lagi dalam peti ais...sebelum pergi kenduri tadi sri dah perap daging dengan rempah ratus...:)))






Bahan-bahan:-
-*1kg daging pejal (kalau dapat bahagian batang pinang lagi best)

-*Bahan Perap:-
***1 sdt minyak masak
***3 ulas bawang putih - di cincang
***1 sdb sos tiram
***1 sdt serbuk lada hitam
***1 sdt serbuk lada hitam kasar
***1 sdt serbuk lada sulah
***1 sdt oregano
***garam

-*Bahan Sos Lada Hitam:-
***2 sdb tepung jagung
***1 sdb serbuk lada hitam
***2 sdt serbuk lada hitam kasar
***1 1/2 cawan air
(satukan semua bahan sos dan gaul sebati...di gunakan semasa membakar daging)

Cara-cara:-
-Daging di potong lebar dan ketebalan daging dalam 1/2  inci...kemudian diketuk sedikit agar daging lembut dan mudah dimakan bila di bakar.
-Satukan semua bahan perap dan gaul sebati...kemudian perap bersama-sama dengan daging tadi dan simpan di dalam peti sejuk 15 - 30 minit.
-Selepas itu daging boleh di bakar menggunakan non-stick pan...semasa daging hampir masak, bolehlah tuang sos lada hitam di atas daging...biarkan sebentar dan boleh terus di angkat...hias bersama kentang goreng dan salad.






Bahan Salad:-
-*3 biji kentang - di potong dadu besar
-*3 biji tomato - di potong dadu besar
-*8 biji baby carrot - di potong
-*serbuk lada hitam kasar - secukup rasa
-*mayonis - secukup rasa
-*garam - secukup rasa

Cara-cara:-
-Rebus kentang dan baby carrot hingga empuk dan toskan.
-Satukan semua bahan salad dengan kentang dan baby carrot tadi...gaul sebati.






SELAMAT MENCUBA :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...